Welcome to USM KLE International Medical Program
Sebelum 2 Jun 2013.
USM korang mesti tau. KLE stands for Karnataka Lingayat Education & IMP (International Medical Program. KLE merupakan satu badan/yayasan pendidikan yang sangat terkenal di India. Satu program course MD, 5 tahun dan bermula tahun 2010 (setakat ini baru ada 3 batch sahaja).
Kelayakan untuk masuk taklah susah. Kalau IB 34 pun dapat, CGPA matrix 3.7, MUET band 3, lulus ujian personaliti (ape entah nama test ni, x ingat, something macam Munsyi...) dan lulus interview. SPM macam mana?? Tidak diambil kira pun, asalkan korang lulus, then masuk matrix, then bolehlah apply based on result matrix.
USMKLE cemerlang dengan rekod exam PRO 100% lulus 2 tahun berturut-turut. Manakan tidak, suasana untuk belajar di sini amatlah condusive. Meh aku cerita sikit.
Sedikit insight tentang hostel |
-Facility hostel (ada hostel sendiri tu) yang comparatively selesa, siap internet port. Takyah dok pikir nak bayar broadband bulan-bulan macam kat college dulu.
- Jarak dari hostel ke campus is lima minit berjalan kaki sahaja.
- Lecture Hall yang sederhana besar (back benchers can still clearly see lecturer in front)
- Ada sesi demo di samping sesi lecture untuk kasi 3D understanding. Ilmu anatomi korang komfem akan berkilat2 sebab ada banyak model untuk
digunakan sebagai rujukan.
-Kemudahan mikroskop yang abundant; ratio mikroskop to student is 1:2. Maka takdelah case macam
zaman2 sekolah@kolej dulu berebut2 nak tengok slide. Plus, the slide is ready made for you to see.
-Lecturer yang Masha Allah, boleh aku kata macam library bergerak. Among them:
-- Dr. Vishnu MD....boleh ceritakan course of artery dari common carotid a. & its branches keatas, dan
ke bawah, kemana-mana sahaja.
ke bawah, kemana-mana sahaja.
-- Dr. Iyer K......antara editor buku Grays Anatomy, buku rujukan anatomi yang paling dikenali di seluruh
dunia since cetakan pertamanya tahun 1858
-- Dr. Sadanand BP.... boleh describe TCA cycle, glycolysis and apa2 cycle yang dia suka dari mana-
mana intermediate, as well as menyebut phosphohexoseisomerase & phosphogluconolactone tanpa
terbelit lidah, haha
--Dr Oswal KH......penghasil model dan chart2 anatomi utama bagi student2 medic di India melalui
syarikatnya Oswal Publications (or productions x ingat lak). Ingat, umur beliau sudah 79 tahun, tapi
memorinya sangat tajam!
-Tidak dilupakan juga harga buku yang sangat murah di India. Pengalaman Aku menguruskan pembelian
buku untuk batch, kebanyakan buku berharga bawah Rs1000@RM59 sebuah. Mana korang nak cari weii
kat tempat lain buku medic tebal ratus2 page harga camni.??
-Bilangan pelajar yang sedikit, macam batch aku just 59 orang. Senang untuk lecturer lecture korang, dan
korang jumpa lecturer. They are very2 friendly to us, foreign students.
-Cerita yang korang dengar pasal India banyak mayat tu, memang betul. Supply cadaver adalah continous. Plenty of dissected cadaver are there untuk korang tengok2. Satu peluang yang tiada di Malaysia, dan sangat terhad di Universiti2 lain.
-Pelajar-pelajar USMKLE akan mendapat baucar buku 1M setiap tahun, berbeza dengan pelajar oversea
negara lain. Of course la kena guna kat Msia, takkan nak guna kat sini pulak, haha.
- Ada kelas untuk bahasa Kannada (local language) & Hindi sikit2. So, peminat bollywood memang mudah
menjiwai cerita favourite anda lepas ni.
- Ada kelas untuk bahasa Kannada (local language) & Hindi sikit2. So, peminat bollywood memang mudah
menjiwai cerita favourite anda lepas ni.
-Bagi student lelaki, ada bas disediakan untuk ke masjid Solat Jumaat. Inilah masanya korang nak berjumpa
dengan umat Islam mazhab lain (Hanafi).
Enjoy2 lah belajar di negara orang ni^^ |
Well, memang ada ranjau dan cabaran lain. The whole batch is from Malaysian students only, tak campur dengan local students. Ia hanyalah minor, almost tak akan kacau focus study korang. So, harap-harap adalah mereka yang berminat ke sini. Penat promote kott, haha. Credit to Akhyar Doctorgraphy kerana berikan inspirasi untuk aku menulis pulak. Sekian.
#Update
Baucar buku sudah tidak diperuntukkan kepada student USM-KLE
#Update
Penulis kini sedang menjalani Hospital posting Phase III selama 2 tahun, sehingga Sept 2017 dan tidak mempunyai kesempatan utk membalas pertanyaan para pembaca. Harap maaf utk semua.