Sunday 3 November 2013

Dandeli - Heaven for Watersports

Trip 1.0


Kalau cuti dah seminggu memang tak tau nak buat apa. Duk nak study bilik, hmpph..Main game pun dah bosan. Tatkala terdengar cadangan bebudak ni nak pegi Dandeli, fuh, memang kusambar peluang tu.

Dandeli merupakan antara lokasi water sport yg terkenal di Karnataka. Sebut je, water rafting, kayak, swimming, river crossing, abseilling,  guling dalam bola (entah apalah nama sebenarnya....)etc...macam2 ada

Jarak Belgaum-Dandeli adalah lebih kurang 100km++. So, kami just naik kereta je pergi sana. Trip 2 jam je (8am-10am), tapi jalan India yang laksana kerusi massage Ogawa tu memang mencabar- siap ada member muntah sekali haha.


Asalnya kami nak pergi water rafting, after dealing dengan satu touring agent ni tapi sbb fully booked, melepas lah kali ni. So, kami bertolak ke next destination, Hornbill River Resort yg menawarkan macam2 watersports gak. Dapat rasa kayak n swimming, plus terjun style budak kecik kat lombong. Even though hari panas, tapi air maintain sejuk, sampai terketar2 dah dalam tu.

So kitorang pun berkayaklah kat situ sampai tangan naik lenguh, pusing2 that area. Lumbalah, simbah2 airlah, masing2 release tension duk belajar medic haha.


Harga dalam Rs350 (@RM18) untuk kayak (30min+ unlimited swimming) . Pergh, layan. Sebenarnya aku nak gak rasa aktiviti lain, tapi majoriti dah nak balik, redha jela. Dandeli ni best sebab trip balik hari je, tak payah nak pack banyak2 baju.

 Insha Allah ada Dandeli 2.0...










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...