Thursday 26 May 2016

Medicine Posting - Short Case

Alhamdulillah, baru saja selesai menamatkan short case exam untuk posting Medicine pada 26 May 2016. Bukan main berdebar aku dibuatnya. Manakan tidak, Medicine ni ibarat "Father of all medical field". Dia cover semua bidang, termasuk posting2 aku yang lepas dulu, baik major atau minor.

 
Gambar hiasan

Pre-Exam state


     Seperti biasa, aku ni bukanlah ulat buku sangat seperti yang diperkatakan orang. Bukannya selalu sangat pun bukak buku. Lagi lagi buku untuk Medicine. Let say Harrison (3895 page). Davidson (1377 pages). Kumar n Clarks (1360 pages). Buku local je yang agak okay, macam Kundu, tu pun 544 pages. So, bila nak exam ni kadang2 kita nak tengok buku je pun dah malas sebab tebal sangat taktau nak baca apa. Nak cari from content pun dah 10 minit. 

     Adalah jugak aku buat nota, yang specific ikut flow untuk examination. Inipun nota lama, time present case ke Dr dulu. Nak practise pun, takde teddy bear pulak. Member memang tak le nak tolong, haha. So, practise pun atas angin je la huhu. Malam tu aku practise sampai terlelap atas kerusi. Sedar2 je dah pukul 11.30pm. Tak larat punya pasal, sambung jela tidur. 

Hari Exam


Pagi tu ada tutorial ganti pulak. Sepatutnya hari isnin haritu. Topic Vulvovaginitis under STD. Oh, ya, sekarang orang panggil STI dah. Pagi2 tu jugakla dapat info yang exam kena prepone dari pukul 2.30pm ke pukul 2pm. Aku rasa macam ...really? xde effect apa pun, tapi yang lain sibuk kata kenapa awalkan...huhu
      
     Rasa bertambah keyakinan pulak bila present ni. Oklah slide aku, tapi doctor kata banyak lagi space boleh improve untuk presentation ni. Anyway, habis dalamn pukul 12pm sharp gitu, aku terus pegi mess untuk makan. Takut2 hypoglycemia, nanti tought block pulak time exam. 

     Revise balik abdominal, respi dengan CVS examination. Dengan nota2 jawapan untuk "soalan maut" yang pernah Dr Walvekar tanya waktu clinical dulu. Dah lama selak buku, baru aku macam teringat. Nak study untuk CNS system ke take eh...Hmm, takpe kott, sebab Cranial Nerve dengan motor system aku macam ingat2 sikit. 

     Okay, maka bergerak lah aku ke Hospital, Sampai dalam sharp pukul 2pm gitu. Semua utensil aku bawak, termasuk goniometer!. Sebab saja nak nampak poket penuh. Padahal benda basic macam pembaris panjang pun takde huhu. Sampai2 je, yang lain dah ada. Duk bincang2. Aku join je. Dalam setengah jam gitu, baru bhaiya office tu panggil.

     Tiba2 aku rasa surge of adrenaline. Rasa mcm nak pecah je carotid ni, cuak habis. 

"Roll number 1 to 6, come here"

Aku dengan cuak hatinya follow je bhaiya tu. Okay, lalu depan Dr. Tugashetti. 

"Your roll number?'"
"One, sir"
"This bed" sambil menunjuk ke arah katil sebelah aku. Aku pun pegila. Hairan, sebab file patient dah ada tercangak atas katil!. Diagnosis jelas menunjukkan case of Pleural Effusion. Rasa macam nak bukak je, nasib baik ada Dr kat sebelah. Patient ni seorang aunty, yang dah agak berumur.Aku pun startlah clerk dia. Sekali dia cakap Marathi bai...! Aduh, dahla translator takde. Nasib baik aku tau Hindi sikit2. Since, Marathi ni macam dekat2 dengan Hindi, boleh la tanya general details sket2. Masuk je chief complaints, dah tak faham dia cakap ape dah, haha. Kebetulan pulak si Yana lalu sebelah aku, dia ni macam grandsifoo la, kannada dgn Hindi dia expert, untuk tolongkan. Rupanya dia ada cough..boleh la aku elaborate sikit pasal cough ni dalam HOPI. Katanya lagi, dia ada yellow sputum.Terus dalam kepala aku automatic ada pneumonia.

     Nasib baik short case je. Aku pun terus jump ke GPE tanpa perlu ambil detail history. Semangat la aku buat, siap check gila2 detail kot. Cervical lymphadenopathy siap ulang check lagi nak make sure ada ke tak Tiba2 ternampak ada satu kertas A4 tertampal kat dinding  belakang katil patient tu, written "Respiratory Examination". Ah sudah...!

    Macam tu rupanya format short case, baru tau. Kira wasted la aku buat GPE dekat dia, sebab soalan nak tanya pasal respi system. Time tu dah sampai lower limb GPE. Apa lagi, terus abandon GPE , menggelabah tukar ke Respiratory system examination. Upper RT seems okay. Masuk je trus ke Lower RT. Inspection. Hmm, nak bukak baju, tak boleh, so, ak skip je dulu. Palpation. Hmm, tak dapat lah nak ukur chest expansion untuk mammary area. Measurement pun aku abandon sebab tak valid lah kalau ukur dengan baju semua.

     Aku buat auscultation dulu, takut tak sempat. Ingatkan adalah crepitations ke apa.. Tapi, no findings! Percussion, pun sama no findings. Okay je. Aku macam blur sekejap macam mana nak proceed. Masa dah takde. Tulis pun belum.  The moment baru nak tulis pasal all the systemic findings, bhaiya tu dah panggil....Time is up. OMG, MY TIME IS UP WITHOUT ANY POINT WRITTEN ON THE PAPER TO PRESENT THE RESPIRATORY SYSTEM EXAMINATION!! Can you imagine that,  kira, aku kena present spontan je nanti...Time tu baru menyesal, lain kali baca dulu soalan nak apa.15 min memang berlalu macam air je, tak terasa langsung.  Aku tiada masa untuk menyesal sekarang. Moving on to next bed....

     An old patient with hemiplegia. Sah sah CNS case. Kena lagi, dah lah aku tak banyak cover CNS. Macam sudah jatuh ditimpa tangga. Tiba2 teringat pasal kertas yang tertampal tu

"Do GPE with examination of the eye"

Fuhh, legaaa bukan CNS case. Apa lagi, aku pun ambik history, katanya ada right side weakness for 10 years. Terkejut aku dengar 10 years. Tak tau nak ambil hisotry apa lagi, aku proceed jelah to GPE. Sekejap je GPE ni. okay, part eye examination, aku buat ala2 CN 2,3,4,6 examination. Nampak tu nampak. Tapi, bila suruh dia gerakkan mata, tak boleh gerak. Dua2 belah pulak tu. Gerak sikiiit je. Aku ingatkan dia x paham. Slow2 aku cakap balik in kannada. suruh mata dia gerak ikut pen yang aku pegang ni. No outcome, hmm, jujur aku ada rasa fedup sikit lah sebab dia tak faham arahan aku. So, aku letak jelah inference yang patient only can move his eyes slightly.

      Aku check jugak untuk Bell's palsy. nampak positive sebab ada deviation of mouth to one side. Tapi tulah...semua lesion dia bilateral. Like, mata tak boleh tutup kuat bilateral, buccinator pun dua2 side weak. Pening aku belah mana sebenarnya lesion pakcik ni. Sebab ada masa lgi, aku pun sambung ke muscle power and reflex. Wa cakap lu, muscle power dia yang belah sihat Grade 2 je! Yang affected memang grade 0 terus...

       Muscle tone dekat affected side memang increased habis. Sampai patella tendon dia jadi keras macam simen, ketuk dengan knee hammer pun tak affected tendon dia. Stretch reflex memang dah obliterated habis dekat situ. Dua tiga kali jgak la aku ulang check muscle tone untuk pastikan belah mana affected. Siap check reflex lagi nak kot2 ada hyperreflexia. Then, times up.

     Kitorang diiring ke satu bilik menunggu. Semua sekali dalam tu, sempat la sembang2 wey, betul tak findings patient ni etc2...Dalam 5 min macam tu, kitorang dipanggil balik. Roll number 1 to 6. Keluar bilik, jalan balik ke katil tadi. Aku betul2 cuak sekarang. Tiba2 teringat yang respi exam got literally NOTHING written on it. Kalau dapat ke Dr psycho macam HBR or PKP memang sayur laaa....

     Walking to bed, Dr Amit menunggu aku. Pergh, ya Allah, syukurr! Antara consultant Medicine termuda, dan Dr yang paling sempoi in medicine. Okay, aku macam dapat harapan baru, walaupun aku tau, im gonna be dead. Aku pun start present short history, okay, dia kata Good. "Next..
Aku macam nak melengahkan masa dengan present GPE. Dia kata tak perlu, sebab short case takde masa nak present semua. Gulp. Aku tenang. Buat2 selak case sheet aku ke next page, yang literally, is just a blank paper..

     Aku gather confidence, and buat macam Dr. Walvekar tunjuk time clinical haritu. Gaya speaking dia yang satu2 tu pun aku ikut sebijik, haha, sebab taknak nampak gagap bila present spontan ni. In between pun dia interrupt, and Alhamdulillah senang pulak soalan dia boleh la jawab. Contohnya, dia tanya state the boundary of Kronig isthmus. Jawapan ni ada dalm koleksi nota "soalan maut" aku, tak sia2 buat and baca balik...Rasa macam tak percaya, aku go with the flow je, sedar2 dah sampai auscultation, and habis. Terus discuss ddx dgn management. Ada lah jugak dia tanya pasal antitubercular regimen. Pun, Alhamdulillah boleh jawab :)

"Good, so, lets move on to your next patient"

     Rasa macam tak percaya, i survived present spontan tanpa kena marah ke apa. Then, present la case hemiplegia tu. Baru start history dah kena tegur, sebab aku guna term paralysis, instead of weakness dekat chief complaints. Okay, then, dia suruh present higher mental function. Eh....ni dah masuk CNS examination ni. Aku cakap jelah higher mental status is normal. 

     Then, dia suruh present motor system pulak. Ni dah lari soalan ni, aku pun remind kan lah dia yang soalan mintak pasal GPE dengan eye examination. Dia sendiri terkejut. Pastu dia sendiri pegi check mata patient. Sah! patient tak gerak mata bukan sebab dia tak faham instruction aku. Tapi, memang dia ada paralysis, so EOM dia memang tak function sangat.  Dia suruh aku present GPE, aku pun present je lah. This time, dia tak interrupt at all. Dah habis dia tanya.
     "Did you check the reflex?"
     "Yes sir"
     "Demonstrate me biceps reflex"

aku macam pelik, sebab not under soalan, tapi, tak kisah pun sebab akun ada je check sikit2 tadi. Buat bicep reflex, tak jadi. Okay, dia suruh pulak buat knee reflex. Tak jadi jugak, sebab tendon keraas macam apa je. Dia suruh tukar another knee. Pun tak dapat elicit. Last2, dia yang demonstrate, elok je ada knee reflex tu. Huu, aku malu. Lepas tu dia suruh check babinski reflex, using key. Aku tak check tadi. This time, aku dapat elicit, and, also aku perasan yang dia ada upgoing Babinski dengan clonus dekat ankle. 

     "Demonstrate how you see for ankle clonus"

Sudah, knee clonus aku tau ler. Ankle ni dah lupa macam mana nak buat. Maybe sebab dia nampak clonus tadi time buat babinski kot. Aku pun surrender, for the first time of the day.... "I dont know sir..."

Dia pun demonstrate dekat aku macam mana. Haha, takdelah susah sangat sebenarnya. Alhamdulillah, rasa banyak jugak belajar dari exam ni. Then dia tanya diagnosis, and management. Masuk part management, aku sembang kencang, and confidently, yang lesion dia ada dekat Left MCA, so, nak manage dia kena letak stent dekat situ. Terkejut dia dengar. Aku ikut logic je sbb stroke ni lebih kurang sama macam MI, just dia dekat heart. Aku tak tau betul atau tak, tapi, rasa macam salah je, haha. 

       Anyway, as a conclusion, dia kata yang history aku dah well presented. Just, kena improve and read more aboiut examination. Akun macam nak backup myself yang CNS examination yang aku taktau tadi, takde dalam soalan. But then terdetik dalam hati aku, am i not a medical student, that i should know all these thing sebenarnya?. 

     "Okay, so we had finish no?"
     "Yeah, thank you sir" 

Aku berjalan slow belakang dia sambil buat attempt nak usha markah. Tak dapat. Sebab dia dah flip the score paper. Takpelah then, doesnt matter pun sebenarnya, lalu aku berlalu pergi melangkah masuk ke bilik menunggu. Disambut bagai wartawan, macam mana weyy?, dr apa ko dapat weyy? dan sebagainya. Aku second last habis antara 6 orang yang kena soal tadi. Wow, terasa lama betul. Still in progressn is Dr Walvekar, yang terkenal dengan kedetailan dia dalam examination. 

  Post Short Case  


Grabbing my equipments, aku pun pulang ke hostel dengan perasaan gembira bercampur macam terkilan sikit. If only i know the format macam mana, takdelah terkelam kabut dekat first patient tadi. And, dr tegur jugaklah even though patient perempuan, in exam , examination must be done, klau tak lose marks lah jawabnya, huhu. Tu sebab aku cakap yang tak dapat nak examine sangat palpation utk first patient tadi.

Overall, after longcase, aku sedar yang banyak je lagi boleh improve, especially dekat examination. Next, is MCQ which signify the last day of major posting in the Year 4. This time, aku takdela rasa teruk sangat macam time paeds haritu. Comparatively, this time it is better kott..InshaAllah lulus ujian ini, Amin.

After this is Psychiatry for 3 weeks (maybe, sebab lepas cut 1 week), neurosurgery for 2 weeks, then balik rumahh. Tak sabarnyaaa nak balikk, huhu. Homesick. Sekian <3~


    








1 comment:

  1. Tadi google psal goniometer .sebab terpatahkan yg member punya .Haha Lpas tu keluar pulak satu blog yg ada kaitan psal gonio tu .ingat ke budak physio ,,rupenye tak.huhu.. Tp x sangka sy habiskan baca smpai ending . Btw nice sharing. Dpt tau jugak mcm mana medic student exam ..Hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...