Sunday 18 November 2012

Hikayat Kekandanya Tanggang-Part 3

Meredah Mungkiran


     Langkahnya perlahan. Fikirannya kosong, entah kerana apa. Hanya bunyi tapak kaki kedengaran dari tanah perkuburan nakhoda Awang. Tidak pernah Si Tanggang kelihatan tidak bermaya seperti ini. Air mukanya ini disedari oleh Puteri Aishah, lalu disapanya dari belakang. Suara gadis yang seorang ini lunak sungguh; pantas Si Tanggang tersedar, lalu berpaling:

"Hai, kalau dahulu, muka tuan hambalah yang paling ceria; waktu pulang dari belayar mesti ada saja ceritanya. Kenapa kini laksana dilanda badai pula? Bukankah kematian itu telah difirmankan Tuhan?"
"Hamba bersedih bukan kerana nakhoda, tuan puteri. Tetapi, kerana ibu bapa hamba di kampung."
"Oh....Pasti tuan hamba amat merindui mereka, benar?"
"Masakan tidak. Sudah bertahun lamanya hamba di perantauan ini. Hamba....hamba ada bercadang untuk kembali semula ke sana....nanti" nadanya separa yakin.
"Tapi pesan nakhoda....."
"Ya! Hamba tahu! Hamba sudah berjanji! Namun, biarlah janji dimamah mungkir, asalkan hamba tidak digelar anak derhaka. Kelak nanti jarak hamba ke neraka hanyalah kematian saja." Si Tanggang meninggikan suara, tegas.

Puteri Aishah maklum tentang itu; dia juga diasuh dengan ilmu agama oleh sultan, ayahandanya. Dia buntu. Si Tanggang inilah yang banyak menemani dia dahulu, umpama lilin yang menyinari ruang sunyi jiwanya. Kini lilin itu sudah terpadam, dan dia mahu menyalakannya semula.

"Wahai Si Tanggang, untuk pengetahuan tuan hamba, dahulu ibu saya selalu menemani saya , di kamar, di taman, di mana jua. Ibu seorang yang ceria dan pandai berjenaka. Namun, ibu sudah tiada,sejak tuan hamba belum tiba lagi.
"Hamba sedia maklum dan bersimpati dengan nasib tuan puteri. Kehilangan kasih ibu pasti amat memeritkan."
"Lupakanlah kisah silam. Kalau tuan hamba nak tahu, ibu dulu sama dengan tuan hamba. Senyum tak lekang, bahasa sopan, wajah pun ada iras-iras juga. Tapi ada satu saja perbezaan."
"Ha? Perbezaan?"Si Tanggang keliru, bila tiba-tiba disamakan dengan ibu Puteri Aishah..
"Ibu saya cantik, tapi tuan hamba tak cantik. Tuan hamba ni kacak orangnya...."

Satu senyuman terukir di wajah Si Tanggang dek pujian yang tak disangka-sangkanya itu. Dah pandai pula anak dara nan seorang ni rupanya. Senyumannya sempat dilihat tuan puteri. Namun ia tidak kekal lama. Si Tanggang meminta diri, lalu melangkah laju meninggalkan kawasan taman itu. Jauh sudah mereka berjalan dari tanah perkuburan tadi rupanya. Puteri Aishah terkejut seketika, berfikir yang mungkin Si Tanggang masih dihambat kerinduan pada keluarganya. Dia pun meneruskan langkah perlahannya, menuju pulang ke istana.

     Kemurungan Si Tanggang sudah sampai ke pengetahuan sultan Ridhuan al-Usaimi. Barangkali Puteri Aishah yang mengkhabarkannya. Untuk menghilangkan rasa dukacitanya Si Tanggang; yang kini menjadi orang kanannya, Sultan telah mengahwinkan puterinya dengan Si Tanggang. Majlis mereka meriah. Ada tetamu luar yang juga dijemput. Muka kedua-duanya berseri. Bak kata ramai, kalah merpati dua sejoli.

     Si Tanggang kini sudah bergelar nakhoda Tanggang setelah dikurniakan darjah oleh sultan. Bertambah sibuk pula dirinya. Namun, dia ini insan terdidik. Tidak pernah dia merungut tentang kerja. Tidak pernah dia mengeluh penat. Senyuman dan raut wajahnya masih utuh terpapar. Hasratnya untuk menjenguk ibunya terpaksa disimpan dahulu.

     Alkisah dipendekkan cerita, telah hamillah puteri Aishah. Nakhoda Tanggang bukan kepalang gembira. Dalam hatinya, dia bakal bergelar bapa. Masuk purnama yang ke empat, Puteri tiba-tiba mengidam sesuatu.

"Kanda. Ingatkah kanda dulu kanda pernah ceritakan tentang ibu bapa kanda."
"Benar dinda. Kanda pun tidak tahu perihal mereka kini. Abang kanda pun sudah lama tidak ketemu. Kanda cuma menunggu peluang saja untuuk ke sana.
"Benarkah begitu? Sebab dinda terasa mahu pergi melawat mereka. Apa salahnya menantu melawat mentua"
"Eh? Tak perlulah dinda mahu ikut sekali. Dinda perlu banyak berehatlah."
"Kanda. Percayalah. Jikalau peluang yang kanda nanti, nescaya bulan tidak akan pernah menanti pungguk. Jadual kanda penuh dengan tugas mengutip cukai, berdagang, berlayar, pasti tiada masa. Ayahanda pasti tidak mengizinkan.
" Kanda sedar akan hakikat itu. Kanda berdoa setiap hari agar dimurahkan hati sultan untuk mengizinkan kanda singgah ke Tanjung Kelana satu hari nanti."
"Tentang itu dinda boleh uruskan. Tetapi, syaratnya dinda mahu ikut sama."

Si Tanggang agak keberatan pada mulanya. Namun, bila difikirkan semula memang benar kata isterinya itu. Dia begitu sibuk sekali. Ibu bapanya pasti sudah tua benar sekarang. Masa tidak boleh ditangguh lagi. Sekaranglah waktunya.

"Jikalau begitu kehendak adinda, baiklah. Tapi ingat, dinda mengandung, tidak boleh buat kerja berat-berat."
"Alah, kanda kan ada, tolonglah dinda banyak-banyak sikit," kata Puteri Aishah manja.
"Dinda ni macam-macamlah". Si Tanggang geli hati dengan gelagat isterinya itu.

     Sultan Ridhuan tidak keberatan dengan permintaan puterinya itu, tetapi dengan syarat mesti pulang sebelum sepurnama. Itu sudah cukup bagus buat Si Tanggang. Dia cuma mahu berjumpa sebentar dengan ibu bapanya saja; masakan cecah sepurnama. Kandungan isterinya pula baru purnama keempat, nescaya tiada masalah besar.

     Malam sebelum berlabuh, Tanggang tidak dapat tidur dengan lena. Dia bermimpi seolah-olah sedang berada di dalam kapal. Ombak begitu ganas membuai bahtera. Kamarnya terbakar. Hujan dari ribut petir belum mampu menjilat api yang marak. Seorang pemuda sedang mentertawakannya dari jauh. Entah siapa gerangannya, tetapi dia tidak mahu mempedulikan semua itu. Di manakah Puteri Aishah? Itu yang lebih mustahak. Zuriatnya, kasihnya, maruahnya pada sultan terletak pada Puteri. Puas dia  mencari sekeliling kapal. Api makin marak. Pandangannya pula makin kabur. Tanggang tidak mampu lagi bertahan. Dia melutut kepenatan tercungap-cungap. Kepanasan bahtera menewaskannya. Hanya hatinya saja yang mampu menjerit. Dinda dimana!! Dinda!!!.........

      Si Tanggang tersentak dari lamunan ngerinya. Peluh membasahi diri. Puteri Aishah masih di sebelah, nyenyak tidur. Kecantikan isterinya itu sedikit sebanyak melegakan hatinya. Barangkali banyak dugaan yang bakal ditempuhinya nanti. Diusap wajah isterinya itu, lalu dia berdoa, semoga dipermudahkan urusan perjalanannya esok hari.    

     Petang keesokan harinya, Nakhoda Tanggang mempersiapkan bahteranya untuk berlayar ke tanah asal-usulnya. Sudah lama dia tidak melihat barisan pokok kelapa yang suatu ketika dulu menjadi sasarannya memetik buah kelapa. Sudah lama dia tidak merasai turun naik deru ombak di Tanjung Kelana sepertimana dahulu dia bersama-sama abangnya menongkah arus menjala ikan. Diiringi lambaian dari penduduk kampung, sauh diangkat dan bahtera pun perlahan-lahan berlalu pergi. 

     Nakhoda Tanggang menggenggam sangkar burung utusan yang dikurniakan sultan sambil memerhatikan khalayak ramai yang semakin mengecil dari pandangannya. Dia teringat akan mimpinya semalam. Suara lelaki yang mentertawakannya masih terngiang-ngiang. Namun, semua itu disimpannya dari pengetahuan sesiapa. Mimpi dan duniawi sebenar tiada berjambatan. Seakan-akan hilang sayup bunyi orang ramai, hatinya bersuara gusar:

"Maafkan hamba nakhoda Awang. Kali ini, janji bersamamu terpaksa kumungkiri...."   
  (To be continued....)



   

Sunday 28 October 2012

Hikayat Kekandanya Tanggang-Part 2

Antara Dua Tanggungjawab


     Langit hujan, seolah-olah menangisi perjalanan seorang anak muda ini. Si Tanggang sendiri tidak dapat berdiri tegak- dia tewas dengan gelora ombak dan juga perasaannya yang tiba-tiba diruntun sedih. Ditekannya dalam-dalam dan tatkala itulah nakhoda Awang masuk ke dalam biliknya.

"Apakah kau tidak pernah berjauhan dengan keluargamu? Barang kulihat wajahmu menahan duka"
"Benar, nakhoda"
"Jangan risau. Aku pernah melalui saat yang sama seperti kau dahulu. Namun eraku lebih gelap dan pedih"
"Mengapakah nakhoda berkata demikian?" Si Tanggang berminat tahu.
"Ah, biarkan saja. Sekarang, kita akan mengadap sultan untuk aku perkenalkan kau pada baginda. Lagi dua malam barangkali kita akan tiba ke pelabuhan.

     Si Tanggang membiarkan saja pertanyaannya tidak berjawab. Bilamana nakhoda meninggalkan biliknya, dia pun menyandarkan badannya, lalu dibuai lena.

     Dipendekkan cerita, tibalah Si Tanggang ke sebuah pekan yang dipenuhi bahtera dan sampan, bersama-sama manusia yang turun naik daripadanya. Riuh benar suasananya, lain benar dengan kampung halamannya. Entah apa yang mereka tuturkan,ada yang iras-iras bahasa melayu, ada juga yang tidak dia fahami.

"Wahai Tanggang, selamat datang ke negeri Muara. Mari ikut aku, jangan kau hilang dalam ramai pula."
Dia menuruni bahtera tergesa-gesa mengikut nakhoda Awang, menyelit di celah-celah manusia yang mahu berdagang, menjala dan entah apa-apa lai halnya. Jauh jua perjalanan mereka ini, hinggalah sampai ke istana sultan.

      Halamannya indah dihiasi dengan pokok-pokok rendang separa tinggi. Pintu gerbangnya tinggi melangit, bersama pengawal yang memegang tombak. Tangganya dari marmar sejuk dipijak walaupun cuacanya terik berpeluh. Panjang juga istana baginda. Di dalam, ada orang sedang mengajar bahasa Arab. Di sudut yang lain pula ada yang sedang menulis, tidak kurang juga yang sedang melukis sesuatu di atas kulit binatang.

     Akhirnya, nakhoda Awang masuk ke dalam sebuah kamar yang besar. Duduknya seorang lelaki di tengah-tengah, dikipaskan oleh dua wanita di sisinya. Dia melutut lalu mengadap. Si Tanggang hanya mengikut gerak-geri nakhoda saja. Bersuara pun dia tidak mahu. Takut dikata biadab di hadapan sultan.

"Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Sewaktu patik berhenti singgah di tanjung Kelana, patik berjumpa dengan pemuda ini Si Tanggang"
"Apa hajat kau membawanya kemari?
"Ampun tuanku. Patik berkenan dengan keberaniannya dan kerajinannya, lalu berhajat menjadikannya orang kanan patik. Izinkan patik mengajarkannya selok-belok lautan di negeri kita ini. "
"Tidakkah kamu sedar wahai nakhoda Awang yang Tanjung Kelana itu, kawasannya bersempadan pemerintahan sultan Khaidir al-Janmisi, waris kepada sultan Kamal al-Janmisi yang zalim itu. Mungkinkah ini akan menimbulkan sebarang kekhuatiran kepadanya tentang hajat kamu ini?
"Ampun tuanku. Patik berkira-kira tiadalah akan timbul apa-apa, kerana Si Tanggang ini hanyalah pemuda biasa, umurnya pun baru belasan tahun saja.
"Baiklah jikalau begitu, beta akan perkenankan permintaan kamu. Pengawal, berikan pemuda ini sepersalinan pakaian. Dan kamu wahai anak muda, kita manusia ini, dimana-mana pun akan berpijak di bumi Allah. Anggaplah daerah ini laksana rumah kamu sendiri.
"Baik, tuanku!" Jawab Si Tanggang penuh bersemangat, satu-satunya patah perkataan yang diucapkannya dalam istana sultan hari itu.


     Maka bermulalah kehidupan Si Tanggang menuntut ilmu. Diperkenalkan dahulu dia dengan aksara jawi dan arab agar dia tahu membaca kitab. Sesudah mahirnya mengaji kitab, diajarkan pula ilmu agama agar mahmudah suci hatinya, sentiasa dekat dengan Islam. Kemudian barulah dibawa Si Tanggang belayar, sambil diajar membaca langit dan meramal cuaca agar lengkap ilmunya sebagai seorang nakhoda.

      Si Tanggang sungguh bersyukur dengan kurniaan Tuhan padanya.Sudah lima tahun dia di perantauan. Hidupnya berbeza benar kini. Kalau dulu,panjat pokok kelapa sajalah kerjanya. Andai tiada buah pergilah dia menenun atau menolong abangnya menjala ikan. Kini, sudah tahu dia bertutur bahasa arab. Cukup mahir juga dia membaca langit. Pernah sekali dia diuji oleh nakhoda pada suatu petang:

"Sekarang beritahu aku Tanggang, apa yang kau dapat beritahu aku dari langit ini."

    Didongaknya melihat langit sekeliling buat seketika. Dilihatnya matahari tidak kelihatan. Awan pula separa gelap. Dirasanya kelembapan angin yang bertiup. Dikira olehnya kadar cepatnya turun naik kapal. Dikiranya juga tarikh hari itu dan juga cuaca hari sebelumnya. Lalu berkata Tanggang sambil tersenyum:

"Lebih kurang suku jam lagi hujanlah ni."

     Nakhoda Awang membalikkan jam pasir suku jamnya. Tidak disangka-sangka, sedang butir-butir pasir yang terakhir mengalir turun, setitik demi setitik air hujan jatuh menimpa dahi panglima Awang.Dia tersenyum bangga. Begitu juga Si Tanggang. Si Tanggang ingin masuk berlindung, tetapi tangannya dipegang oleh nakhoda yang tidak mahu dia berganjak.

"Biarlah tubuhmu basah disirami hujan ini wahai Tanggang. Inilah bukti kejayaanmu dan susah payahmu menimba ilmu. Tidak sia-sia aku mengajarkan kau selama ini."
"Tidak, saya hanya belajar. nakhodalah yang banyak menabur budi dan bersusah payah" kata Si Tanggang perlahan.

 Minat Si Tanggang menuntut ilmu dan belajar perkara baru cukup mengagumkan nakhoda Awang. "Pemuda ini sungguh luar biasa tekadnya, sesuai benar menjadi penggantiku nanti," terdetik hatinya tatkala dia merenung mata Si Tanggang.

Maka berdirilah mereka di kemudi bahtera, lalu kuyuplah pakaian kedua-duanya, sehinggalah bahtera kembali berlabuh di persisiran semula. Sekembalinya mereka di istana, mereka disambut oleh Puteri Aishah, anakanda sultan Ridhuan al-Usaimi. Manis sungguh wajahnya.  Kulitnya licin, sejuk mata memandang. Dua-dua sudah besar sekarang. Umur pun padan jua. Masing-masing menjaga adab bertutur. Namun, nakhoda Awang sudah dapat membaca isi hati masing-masing. Dia mendiamkan diri saja, maklumlah orang muda bercinta jangan dikacau.

     Si Tanggang sudah mendapat kepercayaan nakhoda untuk mengemudi bahtera milik sultan.Namun, Si Tanggang terasa tanggungjawabnya sedikit tawar. Nakhoda Awang sudah tidak larat lagi. Dia hanya mampu memerhatikan dari jauh saja. Pada suatu hari, nakhoda sudah terlantar di kamarnya di istana. Dia sudah tidak terdaya lagi meneruskan hidup. Umurnya sudah hampir tiga suku abad. Nafasnya terhenti-henti. Sedar akan riwayatnya yang tidak lama itu, dia memanggil Si Tanggang ke pangkuannya.

 "Wahai Tanggang, sungguh aku lihat kau cukup sempurna sekarang. Namun, sebelum aku pergi, aku mahu kau tahu satu perkara. Kukira, sudah tiba waktunya sekarang.
"Apakah ia rahsia yang sangat penting, nakhoda? Sungguh saya tidak akan beritahu barang siapa pun tentang ini. Saya berjanji demi Allah"
"Bukan Tanggang. Ingatkah kau waktu mula-mula kita bertemu dahulu. Aku katakan masa lampau ku lebih gelap dan memedihkan dari sekarang."
"Ya, waktu itu kita berdua ada di atas kapal"

"Sebenarnya, kedua-dua ibu bapaku telah dibunuh oleh sultan Kamal al-Janmisi kerana dituduh tidak melangsaikan cukai. Dengan izin Allah, aku dapat melarikan diri ke sini. Aku bertekad untuk membalas dendam untuk ibu bapaku, lalu aku mengkaji jalan laut ke sana dan meracun sumber air mereka. Sultan jatuh sakit dan akhirnya mangkat, lalu takhtanya diambil oleh puteranya.

"Walaupun tiada bukti, pemerintah mereka tahu hanya aku, seorang nakhoda yang tahu selok-belok lautan di sana. Hingga ke hari ini, mereka masih menyimpan dendam terhadap aku. Jadi, berjanjilah padaku Tanggang, bahawa kau tidak akan menjejakkan kaki ke sana semula, balik ke kampung Tanjung Kelana. Andai sultan tahu kau anak murid aku, pasti kau akan dibunuh jika ke sana, meskipun kampungmu bersempadan dengan wilayahnya.. Demi nyawaku, berjanjilah padaku Tanggang. Ce..cepat.."


     Si Tanggang tersepit. Mana mungkin dia tidak akan menjejakkan kakinya semula ke tanah airnya yang sudah lama ditinggalkan. Lagipun, dia sudah berjanji pada keluarganya bahawa dia akan pulang semula suatu hari nanti. Ingatan itu tiba-tiba menghambatnya, namun dia tidak mahu pula mengecewakan gurunya ini yang telah banyak berjasa. Dia semakin terdesak. Keputusan terpaksa dibuat.

"Ba....baiklah nakhoda. Saya....saya janji.." katanya serba salah.
"Terima kasih Tanggang" Lalu, nakhoda pun menghembuskan nafas terakhirnya.

Suasana kamar itu cukum suram. Jam pasir di tepi nakhoda habis mengalir, seolah-olah meramalkan waktu kematiannya. Puteri Aishah cuba menyekat tangisannya di luar kamar.  Si Tanggang pula dirundung perasaan bersalah; kini dia terbeban antara dua tanggungjawab.  ( To be continued......)





Thursday 25 October 2012

Hikayat Kekandanya Tanggang-Part 1

   Mukadimah

     Sesetengah cerita lisan yang ku dengari, Aku hanya angguk dan pekakkan telinga. Manusia penuh dengan tokok tambah, dan tidak 100% jujur. Tatkala cerita sebenar diberitahu, tiada yang akan peduli; kerana kisah lama sudahpun menjadi lagenda, meskipun ianya dusta.....


Perginya Membawa Janji

  Di sebuah kawasan perkampungan yang digelar penduduk Tanjung Kelana, tinggallah sebuah keluarga yang sangat miskin. Hidup mereka daif, ibarat berkais baru makan. Alkisah sang ibu bernama Si Deruma , bersuamikan Si Talang. Anak bongsu mereka bernama Si Tanggang, kacak paras rupanya. Tutur katanya sopan santun malah suaranya juga lembut didengar.
   
Gambar hiasan
     Seorang lagi anak pasangan ini ialah Si Temenggung, berbadan sasa dan tegap, dan tegas jua orangnya. Tua Si temenggung lagi 3 tahun dari Si Tanggang. Meskipun kedua-dua mereka baru berumur belasan tahun meniti alam remaja, kesukaran hidup memaksa mereka berdua bekerja, mengambil upah menenun, memetik kelapa-apa2 saja asalkan mendapat upah.

     Pada suatu hari, tatkala sedang menjala ikan,  dengan takdir Allah,  tiada seekor ikan pun yang berjaya ditangkap Si Temenggung. Jiwa mudanya membara. Dia sudah lama berjemur menanti hasil. Hatinya mula terdetik bosan dengan kehidupan daif ini. Dihempasnya air lautan barang terbakar hatinya, lalu mudiklah dia semula ke pinggiran. Dilihat Si Temenggung oleh adiknya yang sedang memanjat pokok kelapa, lalu disapanya dengan sopan.

"Apakah gerangannya yang mengganggu perasaan abang, ceritalah sama Tanggang".
"Kau tahu Tanggang, aku dah mula rasa bosan dengan kehidupan kita ini. "
"MashaAllah, kenapa abang cakap begitu pula?"
"Sudah hampir sepurnama aku mula menjala, paling tidak ada juga 3-4 ekor ikan. Ini, barang anak ikan pun tak kena."
"Alah, itu cuma ujian dari Tuhan saja, abang janganlah cepat sangat mengalah"
"Ah kau ni tak habis-habis dengan ujian, lagi-lagi ujian. Aku dah muak dengan semua ni. Aku ada bercadang nak keluar kampung kita ni Tanggang"
"Ke..keluar kampung?!Tak mungkin! Abang nak ke mana pula??"
"Aku mahu bekerja di bawah sultan, dapatlah aku mengumpul harta lalu menjadi kaya raya. Akan ku tujukan hasratku ini pada ibu dan ayah"
"Benarkah begitu abang?Kalau begitu, izinkan juga Tanggang mengikut abang. Biar kita sama-sama berbakti pada ibu dan ayah. Biar kita merasa hidup senang.

     Mereka berdua pulang ke teratak buruk mereka lalu menceritakan hasrat mereka yang terpendam itu pada Si Talang dan Si Deruma sewaktu makan malam. Namun, ibu dan ayah mereka tidak mengizinkan mereka pergi kerana rasa sayang yang tidak terbendung. Si Temenggung tidak puas hati. Kudratnya rasa terbazir. Pisang salai kegemarannya dan Tanggang terasa pahit. Dia tidak dapat tidur dengan tenang malam itu.

Gambar hiasan
     Keesokan harinya, Si Tanggang terus memanjat pokok kelapa seperti biasa. Dan Si Temenggung sedang menyirat jalanya yang koyak. Arakian, mereka terpandang sebuah bahtera yang amat besar sedang belayar menuju pesisiran. Kedua-duanya terkesima; tidak pernah dilihat mereka  sesuatu yang sebesar itu seumur hidup mereka. Si Temenggung pantas menduga. Hatinya kuat mengatakan itu mesti bahtera sultan. Lalu cepat-cepat dia menolak sampannya ke laut sambil mendayung gagah ke tengah lautan untuk menunjukkan kehebatannya menjala.

     Lain pula dengan Si Tanggang, bahtera besar itu tidak langsung menarik minatnya. Cukuplah andai ditoleh sekejap, banyak lagi kelapa yang perlu dpetiknya. Digugurkannya sebiji demi sebiji kelapa muda, lalu dipanjat pula pokok seterusnya. Tidak lama kemudian, bahtera besar itu berlabuh di teluk berhampiran mereka. Berpijak di atas kapal itu, seorang lelaki berumur lebih pertengahan abad sedang memandang-mandang sekeliling, seperti mencari sesuatu.

     Dialah Nakhoda Awang, pelayar yang bernaung di bawah sultan. Tidak pernah dia diberi peluang berlayar sekitar sini. Barangkali kerana sudah tua, sultan memberi izin padanya untuk singgah di kampung Tanjung Kelana, kampung asal-usulnya. Tatkala itu juga, nakhoda Awang kagum dengan kecekapan dan kerajinan Si Tanggang memanjat pokok kelapa. Terlepas pula Si Temenggung yang masih terkapai-kapai menjala ikan itu dari pandangannya.

     Terdetiklah hasrat nakhoda Awang untuk mencari pemuda baru sebagai pengikutnya. Maka dilihat Si Tanggang sempurna sifatnya,diperhatikannya jua rajin memanjat pokok kelapa, lalu disapa olehnya Si Tanggang. Si Temenggung pula, barang dilihatnya nakhoda Awang menyapa adiknya, berlekaslah dia ke pesisiran semula, sambil menyumpah seranah jalanya yang koyak itu. Si Tanggang membawa nakhoda Awang singgah ke teratak sambil diikuti oleh Si Temenggung.

     Alangkah terkejutnya Si Talang dan Si Deruma melihatkan nakhoda Awang, berpakaian ala kerabat diraja datang ke rumah mereka. Si Talang berkata dalam tidak percaya:

"Awang! MashaAllah, engkaukah ini?! Meski berdekad berlalu, raut wajahmu tidak akan kulupa.Sungguh kau sudah kaya benar sekarang, berbeza benar sewaktu kita sama-sama membesar dahulu.

"Ya,ini akulah Talang, Deruma. Tak sangka di umur ini kita berjumpa semula. Aku bersyukur pada Tuhan atas segala kurniaan-Nya ini. Aku bekerja di bawah sultan menguruskan kutipan cukai. Dalam perjalanan, aku singgah sebentar disini. Aku pun ternampak pemuda ini sewaktu sedang berlabuh, anak kau rupanya."
"Ya, ini Tanggang, dan di belakang itu Temenggung, anak aku.
"Oh, yalah Talang, kalau tak keberatan, aku mahu mengambil anak kau Si Tanggang ini untuk bekerja di bawah sultan bersama-sama aku. 

Telinga Si Temenggung naik merah. Mustahil! Dia lebih mahir tentang soal perairan. Adiknya itu hanya tahu mengikut saja.

"Aku lihat dia seorang saja sanggup panjat banyak pokok kelapa tadi. Nanti aku boleh ajarkan dia soal laut pula, nescaya dia akan mahir"

Si Temenggung tidak mahu menyerah kalah, bulan sudah jatuh betul-betul di pangkuannya. Kaya raya-itulah yang dikejrnya selama ini. Dia juga ingin meminta untuk mengikut nakhoda Awang, namun di pintas bapanya.

"Wahai Awang, sungguh aku begitu berat untuk melepaskan anakku ini. Bukannya aku takut dengan sejarah silam kau, tetapi aku dan Si Deruma cukup sayang akan anak-anak kami. Namun, demi kau aku rela. Kau bawalah Si Tanggang pergi, biarlah Si Temenggung yang menjaga kami berdua di sini."

     Jantung Si Temenggung seakan-akan gugur. Hasratnya untuk kaya raya seakan diragut direntap. Dia mahu membantah, tetapi lidahnya terkelu. Keberaniannya tersekat Dilihatnya kelibat adiknya dan nakhoda Awang keluar dari pintu buruk teratak itu dengan perasaan yang bercampur-baur. Si Tanggang berpusing semula, lalu bersalam dengan abangnya.

"Maafkan Tanggang abang.Tanggang janji Tanggang akan balik semula ke sini satu hari nanti. "
Tangan Si Temenggung lembik tidak bermaya dek kecewa.

"Mak, ayah, Tanggang janji tak akan melupakan kita sekeluarga. Percayalah, susah macam mana sekalipun, Tanggang akan pulang suatu hari nanti berbekalkan masa depan yang baru. "

     Air mata Si Deruma sudah bercucuran sejak tadi lagi. Sudah 15 tahun dia melihat anaknya ini membesar di hadapan matanya, tidak pernah berjauhan walaupun semalam. Dan kini, dia akan melepaskan anaknya ke perantauan, bukannya semalam atau sepurnama, mungkin berdekad lamanya. 

Gambar hiasan
     Tatkala bahtera berlabuh, Si Tanggang melambai pada keluarganya, pada kampung Tanjung Kelana jua tanah kelahirannya. Dia begitu bersemangat untuk meniti masa depannya. Walhal, tatkala itu jugalah, hati Si Temenggung dihanyutkan bunyi ombak yang memukul bahtera sultan. Hati kecilnya memaki-maki adiknya itu  sendirian yang telah merampas haknya; yang pada hemahnya dia lebih tua dan berpengalaman untuk mengikut nakhoda Awang. 

 "Celaka kau Tanggang! Selagimana mengalir panas darahku ini laksana air mendidih, selagi itulah aku akan membalas dendam atas perbuatan kau merencatkan hasrat aku ini!Kau tunggulah Tanggang!! 

Makian Si Temenggung disahut dengan guruh petir, yang seakan-akan mengerti kepedihan batin yang sedang ditanggungnya itu. (To be continued...)

      



Tuesday 23 October 2012

Setelah Sepurnama di Perantauan

Pengalaman yang Pertama


     Tidak Aku sangka, 2(pejam celik) dah lebih sebulan aku menetap di negara orang, almaklum di Belgaum,Karnataka, India.Pertama kali Aku menghirup udara bumi India adalah pada 14 Sept 2012. Tujuannya tak lain tak bukan, untuk menggenggam amanah menjadi pelapis kepada para-para cendekiawan perubatan negara. Even though baru sebulan, banyak (boleh ditambah gila.....-banyak gila) benda-benda baru yang seumur hidup aku tak pernah jumpa kat sini.

Gaya Hidup

     Di sini lifestyle memang betul2 buat aku culture shock. Pertama, kat Msia, kita tak suka orang hon-hon kita- buat sakit hati je. Namun, kat sini, aktiviti hon mengehon memang digalakkan. Tak kirala nak potong ke, nak belok ke hooonnnn je. Tambah syok, ada gak hon yang berirama & ada melody. Pelik tak pelik hahaha...

     Jangan terkejut kalau tengok bangunan belum siap lagi, tapi dah ada orang  duduk. Takda sijil CF kat India, asal selesa je, diorang terus pindah masuk and stay. Yang tak bestnya, kalau diorang da comfortable dgn 1st floor, memang baris 1st floor jela yang siap. No wonder rumah2 kat sini tak berbumbung, banyak yang still terpacak cerucuk on their roof. Even tingkat atas masjid  (sebenarnya rumah kedai bertingkat je...) still bau simen and berpasir lagi.

     Kat India still ada sistem kasta, yg membezakan orang kaya dan miskin. Yang miskin ni memang sanggup buat apa-apa je, asalkan dapat duit. Memang bersepah la orang gaji (a.k.a Moshi) kat sini, ada yg siap bawak anak sekali angkat batu2 kat construction site.

     Yang status rendah memang takut dengan orang atasan. Ada sekali Director of Karnataka Lingayat Education (setaraf macam Datuk Pengarah MARA la..) pergi visit hostel kitorang.. Time tu banyak lagi tak siap. Baru bawah je habis. Seminggu lepas tu, semua student dah boleh terus pindah hostel baru. Nak kata betapa efficientnya and cuaknya diorang ni haha. Sampai harini pun, kerja construction still ada utk siapkan tingkat 3,4&5. Start pukul 7.00 pagi dah dgr bunyi driller, sampailah lebeh kurang pukul 10.00pm baru abes.

     Ramai penduduk sini yang miskin& tak berkemampuan. Yang dah besar takpa, tapi yang kecik2 ni end up mintak sedekah tepi lorong.Their victim??Orang yang kaya mengikut persepsi mereka. Pernah sekali Aku jalan dengan member2-pakai baju smart2, jeans siap speck rock kapak dengan beg sandang lagi, kira style abes la ni. Then ada budak2 datang serbu mintak duit. Ramai, bukan sorang .Siap cium kaki, tarik-tarik baju lagi. Sabo jela. (Last2 lari kat kedai high class yang ada guard hehehe).

     Then, kedai Samsung, Nokia, Sony Ericcsson etc memang ada, tapi sikit gila customer. Lagipun most citizen tak guna smartphone, but yang cikang2 je. Sekali korang keluarkan iPad, Samsung SIII, Galaxy Note etc, memang ramai la yang menjeling & mengusha tahap tak puas hati. This happens everywhere- hostel, hospital, restaurant, money changer, dalam lif (kelakar jugak la haha ).

     Ada ke dalam lif tengah whatssap, tiba2 orang sebelah tanya, " how much you buy this (my Galaxy Note"? Terkejut den nk mengonvertkan RM jadi rupee on the spot.. Aku beli rm1900, so Aku tembak jela 40k rupee, & terbeliak jugak la mamat ni dengar hahaha....Then, another story, sambil tunggu member kat money exchange, adala sorang worker ni duk sembang2 denga kitorang, and tiba2 mintak tengok my Galaxy Note. As usual, tanya how mucy you buy this? Den da bersiap-siaga dah this time.."32k rupee sir, and it might be lesser than that now since the new model is coming out (Note II)". Kesimpulan: jangan show gajet depan orang ramai.=--=

     Ada certain2 benda yang murah kat sini. Sari, makanan , baju, motor superbike pun murah haha. Nasi beryani common sangat, dalam 50 rupee @ Rm3 dah ada, siap boleh mintak delivery lagi. Sari sepasang for rs110 @ rm6.60 ada. Teksi Auto (Yang roda tiga tu) tambang dalam rs50 @ rm3  for about 4km journey, naik 3 orang, singgit sorang. Teringat dulu time dekat kolej. Journey 30km nak pegi Alamanda,naik teksi 7 orang kena rm55. Memang tercekik darah den huhu.

     Kalau kat Msia ada Telekom dengan Astro, dominate telefon dengan tv. Kat sini memang ada berpuluh2 company tv and telefon. Piring yg macam Astro tu macam2 colour ada haha. They have a lot of competitions and untuk promote company mereka, harga pun jadi murah la sebab nak tarik customer. Memang jarang la Aku recharge (a.k.a topup). Bersalah pun ada. Most local student recharge kredit dalam 50-100 rupee. Kitorang bantai 500 or rs1000 terus. Tetiba rasa kaya sekejap =).


Terus Menyusur

     Banyak je lagi benda yang kalau nak diceritakan full, berjilid2 la jawabnya. Ni baru sebulan haha., kalau setahun entah macam manalah. Aku tak pernah tak rasa seronok berjumpa perkara baru. Pengalaman adalah aplikasi terbaik untuk konsep infinity. It can never be reached nor satisfied, but it will increasingly grow and increase-That will make you more mature.





     

Saturday 22 September 2012

Life :Perbandingan yang Buta

Stanza B

     ''When I stand among the tall, I feel myself short''. 
     ''When I sit among the handsome, I feel myself unattractive''.
     ''When I see others' life coloured, I see mine dull and lame''. 
     ''Hopefully when I walk with the genius, they won't regard me as their shame''.
     ''And trust me, when we lied down dead, we are all the same''.

    
     Kadangkala pancaindera boleh mengaburi mata pemiliknya. Kalaupun bukan optical illusion sekalipun, mata yang zahir tetap dengan batasannya; cuma dapat melihat yang zahir saja.

     Pernah tak rasa gemuk kalau kawan suma kurus....rasa miskin kalau member suma kaya...etc2...Fikiran pun bercelaru; kenapa Aku je yang kontra!! Padahal orang lain ok je...
     
     Inilah hakikatnya kita yang rata-rata cuba membandingkan kehidupan kita dengan orang lain secara berlebih lebihan. Ya. Orang kata kalau nak kaya, tengoklah cara orang kaya bekerja. Kalau nak jadi alim, tengoklah pak imam. Hatta, kita lupa; setiap sesuatu yang berlaku ini ada hikmahnya.  Perbandingan biar sebagai pemangkin semangat, kalau ekstrem sangat pun susah- dah masuk kes taksub.

      Bersyukur dengan apa yang ada adalah first priority. Tapi quotes ini saja sudah disalahtasir oleh beribu-ribu orang. Senang je cakap: ''Dah takdir, nak buat macam mana, bersyukur jelah''. No! Ini konsep yang salah. (klise gila). Golongan ni perlu diubah segera via paradigm shift.

    Then, kadang-kadang, kalau dah asyik selalu berkawan dengan orang yang otak komputer, the mighty mind, pasti akan terdetik satu perasaan; kebodohan, loser, tidak setanding dsb.  Apabila kita bergaul dengan mereka ini, janganlah terlalu merendah diri dan menganggap diri kita ini tidak setaraf dengan mereka. Sebaliknya, jadikan ia sebagai batu loncatan untuk menggerakkan dan memajukan diri kita. Percayalah, apa yang diperlukan cuma sedikit kehendak dan kemahuan untuk terus mara, inshaAllah semua kerja senang lepas ada momentum.

     Apa yang penting, apabila tibanya saat menunggu nafas terakhir dihembus, semua manusia ini cuma sekujur tubuh saja-tiada beza.  Pandai bengong kaya miskin; semua burn. Yang kira pun just 3 essential perkara. So, jangan la lupa menambahkan yang ini ye =).

     Bukan setakat persamaan yang penting. Perbezaan pun memainkan peranan yang penting. Bak kata lecturer.   ''If there is no diference between human race, then their continuation are made impossible''
Perbezaan pun banyak menjadikan kita lebih kua gak. Alloy pun lagi kuat dari pure copper. Reinforced concrete lagi kuat dari pure simen, duralumin lagi kuat dari pure Al ...(merepek dah)

     Semoga ini jadi renungan kepada semua, janganlah terlalu membandingkan sesama kita secara melampau sebab setiap sesuatu, kejadian mahupun ciptaan ada hikmahnya.Banyak2kanlah bersyukur dengan nikmat  & kurniaan yang diberikan. Wallahualam.


    













Friday 24 August 2012

Antara Doktor Sebenar dan Bakal

Bakal Doktor, Apa Pendapat Anda?


     Baru pagi ini, 24 Ogos Aku melakukan medical checkup di sebuah klinik swasta di pekan Teluk Intan ini,  sebagai requirement dari sponsor MARA dan pihak USM yang bekerjasama dengan KLE dari India. Aku akan pursue pengajian General Medicine ke Belgaum, India pada bulan Sept nanti.

     Cukup mukadimah. Nampaknya, bukan semua doktor yang bertauliah ini peramah orangnya. Well, mungkin mereka asyik busy dengan kerja. Contohnya, borang medical checkup ada 3 copy from sponsor, dan mereka cuma cop/certify 1 copy sahaja. ''Kalau nak lebih copy, pergi je fotostat'' Amboi, bukan main nurse!? Be positive; mungkin mereka takut kalau cop banyak2 nanti akan ada kes forgery, mana tahu.

   



Semasa checkup sambil berbual dengan doktor dalam room:
D : Ada 2 borang ni (USM & MARA), awak nak buat medical checkup yang mana satu? kami cuma boleh    
      buat satu saja tau.
A : Eh, dua2 lah doktor, satu sponsor punya, lagi satu from USM.
D : Tak boleh. Macam student2 yang lepas, dorg buat yang Uni punya saja.
A : Terdiam...
D : Awak nak masuk USM kan, kenapa ada MARA pulak ni? Unless awak nak sambung belajar luar 
     negara, baru buat yang MARA.
A : Aah, ye doktor, saya akan sambung belajar di India, USM-KLE Belgaum.
D : India? Awak dari (kolej) mana ni?
A : Saya dulu kat MARA Banting Dr. 
D: Ambil IB la ni. Ramai orang yang macam awak ni ( dapat pergi India)?
A :Eh, ramai Dr, dekat 30 orang jugak la.
D : Isy3...Awak semua rugi tau tak.....
A :??????
D: Awak ambil IB dah rugi setahun tau. sepatutnya awak ambil matrikulasi lepas tamat sekolah, lepas tu 
     boleh sambung terus pengajian kat dalam negara je. Kalau dapat UK ke takpe lagi, ini setakat India je.
D : (Menambah lagi) Pengajian kat dalam negara ni lagi tersusun sistem dia sebenarnya daripada oversea
      tu. Nanti, bila awak habis nanti, awak akan kerja di bawah orang yang masuk matriks dulu. Rugi awak.
      Macam Dr dulu, kawan2 doktor ada dapat offer pergi Australia. Doktor pun dapat offer, tapi doktor 
      taknak.  Doktor sambung buat ijazah dalam negara je. Lepas habis belajar, time nak serve dalam 
      government, kawan2 doktor tu sentiasa kerja di bawah doktor. Macam tu lah awak nanti, selagi mana 
      awak kerja dengan kerajaan. 
A: Saya rasa yang penting kita belajar dulu Dr. Dah balik nanti pun boleh serve dalam negara, sama je.
D : Tak, lain tu. Dalam negara punya program lagi bagus. MARA ni dah silap sebenarnya. JPA pun sama je.

A : (Time ni, kalau bukan sebab checkup, Aku memang nak blah je dari situ. Tak cukup aku, dengan 
      MARA sekali dia sound. Sabar je lahkan..Aku  maintain positive. Dr ni banyak pengalaman 
       kott..)
D : Sepatutnya, pelajar2 cemerlang ni dia hantar masuk matrikulasi, program dalam negara saja sebab 
     program mereka lebih baik. Pelajar2 yang kedua cemerlanglah yang sepatutnya dihantar pergi oversea! 
A : (Dalam hati) WTF Dr??
D : Bagi pelajar yang cemerlang berkhidmat dalam negara kita. Sekarang ni, pelajar2 cemerlang yang 
      dihantar ke oversea, bila mereka balik,  tak dapat catchup dengan pelajar yang belajar dalam negara. Itu 
      yang jadi  masalahnya.Hmm.
Agak lama semua terdiam, lalu tiba2:
D:  Ok, boleh tunggu kat luar ye...(lalu menamatkan satu  sesi ''ceramah'' yang penuh kontroversi)

     Pesan emak selepas aku keluar dari bilik checkup; dan menerangkan serba sedikit apa yang dikatakan oleh dr :

''Angah kalau Dr tu cakap apa pun angguk je, memang dia berlagak sikit sebab dia sorang je Dr kat area ni. Nanti jangan jadi berlagak macam tu...''

     Kepada bakal Dr. semua, adakah ini akan menjadi batu penghalang anda untuk berusaha mengecapi impian anda? Mungkin ada lagi banyak kisah2 drama di luar sana tentang realiti dan sikap doktor sekarang. Yang penting jangan senang2 nak downkan orang lain. Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah; mungkin ia bukan yang terbaik di mata materialistik manusia, tetapi ianya yang terbaik buat kita dan masa depan kita.

     Aku doakan bakal2 doktor nanti akan menjadi aset penting untuk negara, cemerlang rohani dan jasmani. Wallahualam. 












Wednesday 22 August 2012

Economics: A New Theory Perhaps?

Could This Be True?


     Once during my life in college, there is a co-op there; a mini grocery that sell varieties, from food to drinks, junk and nutritious. My favourite goods? A RM1.00-soy drink, 250ml (forgot what brand) and a RM1.50-100plus bottle when my allowance is deposited.

     One day the price of air kotak (soft drinks) went up to RM1.10, all of a sudden even without announcement from Menteri Pertanian yang harga soya naik. Shit! you might say dude, just add 10 sen bhai, but IB students dont have time to dig a 10cent from their wallet. Give RM2.00 la then! You would think x1000 times to do that to our ko-op seller. Sure2 kena sound punya.

      From there-on, im switching to my 100plus drink. Ala, lebeh 4 posen je, why not? Not me alone, others felt it as well because the price for all air kotak went up 10cent. The difficulty of getting 10cents has decreased the demand of soft drinks in the college.

     Economics student mesti tau Veblen and Giffen goods. But have you heard about Rusydi's goods? It obeys the law of demand but with a bit addition.The demand of the goods is affected by the price of the goods, together with customer laziness upon getting few coins to complete the payment. Pergh..


     Like the soft drinks la, The price RM1.00 is comfortable enough, but raising it to RM1.10 kicked out a few lazy customer. If raised to RM1.50 maybe ok because we have 50cents coin. Raising it to RM 1.70 might be ok too since we can just lend RM2.00 instead of providing a massive 70cents (baik save untuk vending machine).


That is the graph hahaaha.Increasing price only by10 cents dont do the trick nowadays. If you want to increase the price, round it to nearest note, senang orang tak payah nak pikir pasal coins. 10 sen tu yg sebabkan demand decrease. However, I think this is only applicable to cheap goods macam air kotak dengan roti gardenia je. Tak pernah pulak dengar harga kereta seratus ribu seposen sebijik muahaha.

     After all, dont seriously google the Rusydi's goods; I named it myself sebab bengang dengan harga air kotak RM1.10 kat kedai.(Google karang keluar gambar pape ntah, hahaha)...Manalah nak cekup 10 sen kan, segan kat orang yg beratur kalau nak mintak kat kawan ...Mungkin sebab ini juga harga air kotak di kolej eventually dropped back to RM 1.00.  Sorry for non-economics student yg x paham. Ala senang je boleh faham punya kalau baca banyak kali. Sekian. =)

   




Wednesday 25 July 2012

Philosophy has Turned me On

''There will be moment when people summarise you during 30min of meeting. Though seems unfair, that is how the system works. The dark solution is hypocrisy....''


     Once, reading the plentiful branches of philosophy on Wikipedia is just a leisure activity, made due to the depletion of idea. Oh, not to mention that I was brought there when reading Allegory of the Cave,Sun and when reading Shakespeare biography.

     For me, Philosophy during that time reflected a ridiculous way of human views. Why there must be a bunch of hardcore mentalist that thinks what people think that they might be thinking? I assumed that Philosophy is just a wasteful of the precious time, when you can live normally without worrying about a single damn thing about it.
Images from wholelifediets.com


     Well, my brain seems to hit me back eventually, as if dissatisfied with me. The times come when I reviewed The Matrix Trilogy during my IB course. Yeah why not? Philosophy is not eccentric, it is a means of escapism (I got this word from another blogger though) for you to imagine your life from the eyes of others, your parents, partners, teammates, and even your pet.

     Previously, words of wisdom is rubbish for me, I mean if not them who had said them, I or someone else would then, lucky they got the name. However  now, whenever I encounter a word of wisdom column, I consider them as a great tool for realizing humanity. Those quoters must be a mastermind for understanding the complexes of humanity system.

     Well, now my heart has opened for conceptual thinking, logic and justified reasoning. Yet some are insulting, I preferred to use them up for the good. Anyone can try this: spend some time to reflect your surrounding, create your own quotes and dont forget to Googled them to avoid plagiarism (oh, this word really made me stress once..)

     I wonder why did I compose this post in English. Well, life is about choices and this time, my brain and desire chose to spoke in English. Pretty rare but awesome though. xD








Monday 16 July 2012

You're Right but....Annoying

''Sering kali hati bertanya, tiap saat kita bersama sampai bilakah harus ku memendam rasa..''

     Ayat ini dibaca dengan nada ala-ala panas, (bukan jiwang eh) yang dapat menggambarkan betapa geramnya perasaan Aku (dan sesiapa saja) bila berjumpa dengan golongan ini. Memanglah rapat, tetapi hati tak kesampaian untuk menegur mereka>> Yang claim dan point  mereka betul tapi ada unsur-unsur annoying serta sinisme sampai terasa hati orang lain. 

       Aku menyedari hal ini setelah terkena, namun bila diimbas kembali masa lampau, Aku pernah juga ada sikap macam ini dahulu semasa masih di college. Tapi apakan daya hendak mengubat hati-hati (wanita?)  yang terasa, hanya maaf sesangat yang dapat Aku ucapkan.  

         Kebenaran pasti akan tertegak jua akhirnya, cuma caranya saja berbeza. Mungkin ada insan-insan  di luar sana yang bright (tanak cakap diri sendiri, haha). Ya! Mungkin kami tak tahu apa yang anda tahu, tetapi pengetahuan itu adalah rezeki anda. Ianya bukan hak anda untuk menghina kami melaluinya. 

       Seeloknya, mereka yang terguris hati bertindak menegur perbuatan ini. Jangan biarkan hati tertanya-tanya, sampai bila boleh bertahan. Nescaya, kedua-dua pihak akan benefit. Pengalaman merupakan our best teacher dalam membentuk sikap dan keyakinan diri. Penyesalan, sebaik-baik turning point yang pernah dikurniakan. Lebih baik makan bubur daripada nasi yang sudah basi. 

     Sekian epilog ini yang hanya menyampaikan pandangan jujur dan nasihat saja. Sesungguhnya ramai orang zaman moden ini tidak mengambil berat tentang benda-benda perasaan remeh macam ini, padahal itulah sebenarnya teras kepada perkara yang lebih besar. Dan beruntunglah orang yang memberi peringatan dan mengambil pengajaran. Sekian.







Wednesday 11 July 2012

Life: Understanding People's Behaviour

     Jadi, seterusnya Aku ingin menyambung tentang satu hakikat, iaitu human behaviour versi modern punya. Mestilah modern sebab kita semua, sekali dengan mentaliti akan berubah sekali mengikut zaman.  Apapun, Aku ingin berkongsi beberapa perilaku manusia moden yang kebanyakannya tidak disedari mahupun dizahirkan. 

Hakikat yang Tak Kelihatan

     Dari segi daya tumpuan, manusia tergolong dalam dua kumpulan iaitu long term focus dan short term focus. Selalunya, tahap fokus dan kesedaran kita berada pada short term. Ha, apakah maksudnya? Well, ianya menjelaskan beberapa behaviour kita macam:

  • Kalau baca buku teks sejarah atau esei orang hanya sampai 2-3 perenggan saja.
  • Dengar lecturer mengajar di hadapan, then baru 10 min terasa macam sejam
  • Tengah revise buku kononnya fokus; sedangkan baru 2 pages dah terasa nak main DotA -___-''

  Aku sendiri memahami situasi ini, lalu meletakkan sedikit picture dan tulis sikit-sikit saja dalam entri yang lepas-lepas, takut sendiri malas baca. Walaupun short term focus nampak teruk, tapi ini adalah norma manusia. Anda akan menukar fokus anda jadi long term kalau melakukan sesuatu yang memang minat anda, ataupun tertarik melalui first impression. Contohnya:  

  • Mudahnya wanita menghabiskan satu novel cinta 200 mukasurat dalam sehari kerana minat
  • Hanya page yang ada gambar dalam buku sejarah yang menarik perhatian untuk dibaca.
  • Penerbit buku letak book cover warna warni yang boleh beri first impression untuk pelanggan, tapi isi dalam black n white saja
     Baiklah, dengan mereverse-kan the concept, anda akan dapati jika anda ingin mendapatkan perhatian kawan ke, interviewer ke, atau girlfriend (chewah), anda mesti dapat mengubah fokus mereka jadi very-very long lasting terhadap anda. Well, terpulang pada diri sendiri macam mana.

     Seterusnya, seorang sahabat karib Aku pernah mengingatkan Aku dengan ayat yang aku tak akan lupa:

''We girls do appreciate small things''

       Jadi, Aku ingin modify sedikit ayat beliau ni, ''We, humans do appreciate small things''. Ya! Sebab Aku tahu lumrah manusia yang memang gemar ke arah penghargaan tanpa mengira gender. Sesenang-senang penghargaan yang boleh anda tunjukkan ialah senyuman; kalau rajin sikit ucaplah terima kasih. Cubalah, dan pasti anda telah mengindahkan hidup anda, dan orang di sekeliling anda.


    
      Selain itu, adalah menjadi kelaziman pada generasi kini untuk mendapatkan info dan detail serba latest tentang benda yang mereka MINAT. Seorang sahabat Aku tak habis-habis post latest news pasal Nokia (minat la katakan). Aku pula, tak tahu apa-apa pasal Nokia; baik-buruk semua kena tanya orang.

       Bagi Aku, bidang Math & Science lebih menarik minat. Tahukah anda, pada tarikh blog ini ditulis, sudah 42 hari elemen nombor 114 dan 116 dinamakan sebagai Flerovium (Fl) dan Livermorium (Lv) dalam Periodic Table. Nasib baik Aku sudah tamat course IB Diploma dan tak perlu memikirkan pasal ini lagi, haha. Apa yang perlu anda faham ialah minat setiap orang tidak sama, dan dengan memahami ini, hubungan anda (friendship) pasti lebih bermakna.

Fahami Orang Lain

     Sedikit sebanyak dengan memerhati orang lain, Aku dapat memahami tindakan mereka. Jadi, ada 3 behaviours yang dibincangkan dan ini hanyalah perkongsian pendapat saja. Apa yang pasti, Aku berpendapat dalam hidup ini, kita perlu faham akan orang lain. Nescaya, orang lain akan faham anda pula nanti. Komen yang boleh dikongsi bersama dialu-alukan. Sekian.








Monday 9 July 2012

Fairy Tail: Happy Ending Tidak Mustahil

    Kejanggalan Pada Drama

      Pertama sekali, Aku berpendapat realiti kehidupan yang intersect dengan unsur drama adalah karut dan absurd. Aku tidak percaya pada air mata drama kerana mereka tak ubah seperti terpaksa saja. Bukan sekadar air mata, Aku berasa agak janggal kalau asyik jumpa orang yang sama saja setiap kali lalu, walhal kalau drama, berpisah sekejap pun nak menangis dan berpeluk-peluk.
       Kalau diperhatikan pada drama, hampir semua jalan cerita ikut skrip fairy tail yang happy ending. Aku berpendapat ini adalah kontra terbesar dalam kehidupan ini kerana tidak semua insan berpeluang merasai detik gembira.

The Word of Wisdom

    Meskipun aku tidak berapa taksub dengan keindahan cerita fairy tail, namun ada beberapa peristiwa yang menyangkal pemikiran Aku. Well, aku dapat simpulkan ending kehidupan ini menerusi sebaris ayat; sedap kalau translate jadi English:

             ''Eventually, the thing that counts is the well ending, not the foul beginning''

     Ya! Bagi apa-apa pekerjaan sekalipun, janganlah dinilai dari permulaannya yang teruk, tapi dari hasilnya. Aku mempunyai beberapa pendapat untuk dikongsi bersama tentang quote ini. Mungkin ada yang dekat di hati anda atau macam pernah dengar, mana tahu?

     Beberapa Alkisah

     Aku dapati agak susah untuk memandu kereta walaupun kalau tengok orang lain, macam petik jari saja mereka lepas JPJ test. Pusingan pertama aku dalam lesson pemanduan yang pertama sudah jadi petunjuk awal yang aku akan gagal. Dengan enjin kereta yang mati dalam 5 kali dan 2 tiang terkorban semasa parking kereta, suasana ketika itu amat frustrating. Ianya terbukti; Aku gagal semasa ujian JPJ sebenar kerana berhenti terlalu lama di ujian 3 penjuru.

     Aku dihujani perasaan bersalah kerana terpaksa melaburkan extra RM untuk benda ini. Itu pun atas dorongan keluarga, kalau tidak, sudah lama aku biarkan terbengkalai saja. Well, akhirnya aku ketepikan perasaan risau akan gagal dan berjaya melakarkan huruf ''D'' di lesen memandu Aku. The well ending...

     Semasa menuntut dalam diploma IB, aku bagaikan terasing kerana pertama kali berjumpa dengan mastermind yang kencang dalam pelbagai bidang. Aku terkakai dalam subjek Theory of Knowledge beserta segala bagai ujian lisan yang seakan-akan tahu aku perlukan masa untuk fikir apa yang nak dikatakan; spontan memang nightmare.
        Tatkala Aku terlalu memikirkan diri sendiri, rupa-rupanya ramai lagi sahabat yang memerlukan bantuan.Ada yang mengeluh asyik dapat gred 5 (max gred 7) dalam exam math atau subjek lain. Amaran cikgu-cikgu akan exam sebenar kami sudah bagai bom jangka menanti detik 00.00 saja. Hanya doa, tawakal dan ilmu yang menemani kami sewaktu exam sebenar. Namun siapa tahu, rakan Aku yang tak pernah cecah score 40 (max 45) tiba-tiba score 40, malah ada yang lebih. Aku sendiri terkejut, namun  yang lepas biarlah ia berlalu. Peristiwa ini menguatkan lagi keyakinan aku pada quote ini. The well ending...
       
       Ultimately, sebagai seorang muslim kita perlu mempersiapkan diri kita untuk ke alam kematian. Aku tiada tauliah, malah ilmu pun dangkal celup lagi kalau nak tulis soal agama. Tapi kita perlu berwaspada, sedangkan tukang kasut yang seumur hidupnya jujur boleh masuk neraka, kerana sekali khianatnya pada pelanggan (beliau korek sedikit kayu di terompah untuk buat pencungkil gigi, tapi tak beritahu customer). Aku berpendapat, apa yang penting nanti ialah kita semua dapat menuju ke syurga Allah, the well ending- tak kiralah apa pun cabaran yang kita hadapi.

 Jadi, inilah satu-satunya part di mana Aku percaya akan happy ending dalam fairy tail...Jadi, kalau ada orang marah or kutuk anda sebab prestasi anda teruk, ingatlah quote ini dan anda mesti buktikan yang mereka salah!

Nantikan epilog  yang akan datang, InshaAllah, banyak lagi isu-isu yang akan dikupas melalui perspektif seorang Aku. Siapa Aku? Aku bukan siapa-siapa.Sekian.
















Sunday 8 July 2012

Life: The Line Mechanism

      Baiklah, Aku tertarik untuk memulakan isu pertama dengan tajuk ''Life'' ie kehidupan. Ini bukanlah seperti mana-mana esei SPM  mahupun tesis yang panjang meleret, tapi sekadar pandangan dan tafsiran Aku saja setelah melaluinya.

SEJARAH RINGKAS

     Kajian dan debat tentang permasalahan kehidupan sudah bermula sejak 500 BC pada zaman Plato lagi menerusi The Metaphor of the Sun yang membicarakan tentang realiti kehidupan menerusi analogi menggunakan matahari. Selepas itu, lahirlah cabang-cabang falsafah yang lain seperti, epistemeolgy, theology  (TOK pun adalah sikit2) etc.
      Sekitar awal kurun ke-17, William Shakespeare menyifatkan kehidupan  umpama sebatang lilin yang tempoh nyalaannya amat singkat. Ada lagi mereka yang menggambarkan hidup ini umpama berlian yang tak ternilai, roda (kejap atas, kejap bawah) , jigsaw puzzle (jumpa kat fb, haha) ECG wave (mesti ada ups & down, kalau straight line, mati) dan lain2 yang mungkin Aku belum pernah terbaca.

PERSPEKTIF AKU

      Aku mempunyai pandangan sendiri untuk visualize kehidupan agar ianya hampir selari dengan realiti sebenar. Baiklah, Aku sering menggambarkan kehidupan ini umpama satu number line. Ha, mengapa number line? Sebenarnya, Aku mempunyai minat yang kompleks dalam bidang matematik. Jadi, entah macam mana idea ini boleh melintasi fikiran dan aku berasa tertarik untuk mengembangkannya. So, selepas tolak Complex Number, Argand Diagram dan ambil kira Real Number line, rupanya lebih kurang macam yang ini:


Number line mempunyai ciri-ciri yang berikut:
  • Ia bermula dari 0 dan bertambah positive unit ke kanan dan bertambah negative unit ke sebelah kiri
  • Tiada had untuk kedua-dua arah yang akan menjangkau infiniti
  • Ianya amat bosan dan kalau anda lukis, mungkin rakan anda akan kata, ''Demam ke, beb?''

     Anda mesti pernah mendengar yang hidup ini mesti positif dan ayat skema sekolah rendah , ''jangan terjebak dalam gejala negatif''. Well, seiring dengan peralihan zaman Aku juga pernah merasai perasaan jiwa kosong. Jadi, anda di sebelah mana; (+), (-) atau 0?
      Hidup ini penuh dengan cabaran yang mendatang. Akan tetapi, anda perlu sentiasa melangkah dan melihat jauh ke hadapan untuk menghadapinya, sama seperti number line yang semakin positif apabila bertambah ke hadapan. Nilai kehidupan anda akan bertambah seiring dengan langkah positif yang anda buat.
     Ada juga yang menyalahkan masa silam sebagai punca kegagalan, tak kurang juga yang suka mengungkit kelemahan waktu dulu sebagai beban untuk melangkah ke hadapan. Jadi, mereka yang gemar memandang ke belakang ini tak lari ibarat number line yang begerak ke belakang ke arah nilai negatif. Hidup mereka literally akan jadi kurang bernilai dan asyik bersikap negatif saja. Jadi, sekarang, anda di sebelah mana? 
      Ada juga vertical number line, yang kalau diletakkan bersama jadi Cartesian plane. Hasilnya masih sama: Jika anda tidak mahu selalu berasa DOWN sepanjang masa anda mesti bangkit (get UP ) dari konflik diri yang melanda. Kesimpulan dari idea Aku ini, Aku berpendapat hidup ini perlukan manusia yang berwawasan dan sentiasa melangkah ke hadapan. Langkah yang anda ambil akan menentukan nilai hidup anda, Get the point?
     

SAMBUNGAN

     Jadi, itu adalah sedikit sebanyak tentang cara untuk menghadapi kehidupan menerusi perspektif Aku.  Kalau Aku panjangkan lagi isinya, memang bunyinya nanti macam buku Psychology dan tak banyak yang baca kerana ini satu lagi fitrah manusia.  (InshaAllah, nanti akan ada entri untuk ini pula). Akan datang ialah sambungan bagi epilog ini, yang akan membicarakan tentang dua gergasi iaitu drama vs realiti. Sebarang komen adalah dialu-alukan.  Sekian.











Saturday 7 July 2012

Pengalaman Blog yang Pertama oleh Aku..


     Banyak isu yang akan diketengahkan dan diutarakan menerusi perspektif seorang Aku. Well, mungkin ada jugak cerita tentang asal-usul address blog ini sendiri nanti, ESA (epilog-seorang-aku)..
     Tak banyak ayat-ayat gramatis, tapi cuma menyatakan fakta dan perkara yang ingin diluahkan saja di kala waktu kelapangan masih meniti (chewah)..

BIODATA

     Sebagai permulaan, biarlah Aku menceritakan sedikit biodatanya. Aku tidak berminat dengan biodata yang skema, macam favourite food, hobi, DoB, etc...Bagi aku, ciri-ciri biodata ini lebih kepada cara kita menganalisa diri sendiri beserta perwatakannya secara pure untuk memudahkan orang lain memahami diri kita.
     Mula-mula, Aku gemar memerhatikan perwatakan manusia lain. Setiap kali aku melihat gelagat manusia, aku akan berfikir tentang rasional tindakan mereka itu. Fitrah manusia adalah bertindak rasional, jadi tatkala Aku melihat tindak-tanduk manusia yang lain dari yang lain, Aku akan mencari justification untuk action mereka. Well, kalau takda Aku simpulkan mereka ini special kalau tak tergolong dalam kumpulan orang gila.
     Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan kerana terlalu banyak memerhatikan orang, Aku berubah sikap menjadi seorang yang pendiam dan tidak banyak berkata-kata. Aku lebih gemar berada dalam comfort zone dan tidak akan bertindak atau memulakan sesuatu selagi tiada urge to do so. Aku teringat akan pepatah Melayu: bagai pahat, tidak ditukul tidak makan.
     Aku merupakan seorang yang berprinsip human realist. Aku tak percaya, apatah lagi menaruh minat kepada movie ataupun anime/kartun yang overloaded dengan alien, penjaga galaksi, etc...Biarlah x real dan lebat macam mana sekalipun, asalkan cerita human based macam Naruto, Detective Conan (teringat seorang kawan Aku yang memang suka Conan, so Aku suka panggil dia kiddo haha) dan etc..
     Aku percaya dengan apa yang dipanggil 'hukum karma' dan 'dejavu' meskipun kedua-duanya tidak dapat dibuktikan melalui fakta sains. Aku percaya jika kita buat kebaikan pada orang, nescaya kalau tak immediate, lambat laun ada orang yang akan buat baik pada kita. 
     Jadi, Aku reversed the sequence: kalau nak orang happy, kita mesti happy dulu dan kalau kita marah-marah, orang sekeliling kita pun mesti terbawa2 dan asyik nak marah saja, betul tak?Yes! Pepatah Arab pun kata: Barangsiapa yang menanam, dialah yang dapat menuai hasilnya. Itu merupakan contoh behaviour yang telah aku perhati dan fikirkan secara mendalam dan apa yang baik telah Aku cuba jadikan panduan hidup ini.
      Aku berasal dari keluarga yang sederhana, tiada darah raja, pembesar, Dato' mahupun Datin. Jadi, ianya bagaikan satu cabaran bagi Aku untuk menyesuaikan diri dengan orang2 seperti ini. Well, Aku sendiri  pun mempunyai rekod buruk dalam berkomunikasi secara professional.
      Aku sangat kagum akan mereka yang dapat berpidato, menyampaikan hujah yang bagai meriam saja tanpa henti. Aku memang fail kalau spontan dan tiada kebolehan seperti itu, hendak cakap pun kena fikir dulu apatah lagi mahu mempertahankan hujah sendiri. Jadi sewaktu kelas, aku menjadikan rakan yang petah berkata-kata sebagai idola untuk Aku memperbaiki skill komunikasi Aku. 

ASAL-USUL

     Sebenarnya, idea tentang ''epilog seorang aku'' telah pun tercetus sejak 2009 lagi, ketika aku masih menuntut di Form5. Ketika itu, Aku di prep malam (student SBP) dan tidak dapat fokus untuk study kerana terlalu banyak konflik yang melanda diri; keputusan exam merosot, cikgu tak suka, ditinggalkan girlfriend (kidding, best friend) kawan-kawan bahan etc..
       Di tempat duduk sendiri, Aku, dengan hampir menitis air mata mengenangkan nasib ini mencapai sebatang pensel dan mula mencanangkan idea tentang situasi Aku ketika itu. Maka lahirlah karya ringkas yang macam cerpen pendek (dah pendek, pendek lagi, haha); ESA yang kini entah ke mana yang berkisar tentang kesedihan dan nasibku yang bagai jatuh ditimpa tangga ini. Aku luahkan segala-galanya di atas kertas itu, walaupun aku sendiri sedar yang ia tidak akan memperbaiki mutu penulisan aku jua.
       Itulah satu-satunya karangan pasal diri Aku. Kini, Aku telah tamat Form5 dan juga selesai program Diploma International Baccalaureate, IB. Namun, 2 tahun yang Aku hadapi bukanlah seperti fairy tail yang happy ending saja. Terlalu banyak duka, kepayahan, seksa dan pengorbanan yang telah aku lalui, tak lari seperti sekolah dahulu saja rasanya. Jadi,  kebetulan pula masa lapang ada melimpah-limpah, Aku bercadang untuk menyambung legacy ESA melalui blog pula.

FOKUS

     Jadi, di entri yang akan datang, inshaAllah, Aku akan berkongsi pendapat tentang beberapa isu yang menarik serta banyak lagi realiti manusia dan masyarakat yang aku rasakan menarik perhatian. Lagi satu, Aku amat menghargai sokongan. Jadi, Aku ingin berterima kasih kepada sesiapa saja yang telah menyokong Aku selama ini. Tanpa anda, Aku pasti sudah lebur dimamah kehidupan. 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...