Thursday 15 February 2018

Pengalaman Kerja di McD, for beginners


Assalamualaikum salam sejahtera semua, wah sudah lama betul aku tak menulis ya..Maklumlah,lepas habis grad, busy nak settlekan daftar MMC, SPA semua. Nak settlekan convo lagi. 

Okaylah, sebenarnya aku menulis entry ni sebab waktu nak kerja McD dulu, TIADA langsung yang cerita cara2 atau proses nak apply kerja  McD ni. Yang ada pun cerita keburukan/kebaikan kerja di sini. So, those yang baru terfikir or start nak apply kerja di McD boleh lah baca ya, semoga bermanfaat. 

Sebelum Apply Kerja McD

Waktu nak apply kerja, anda semua kena decide dulu nak mohon jawatan apa. Basically, jawatan ada 4, Restaurant Crew (baju merah), Customer Service Ambassador, CSA (baju purple), Barista (baju oren  dan Manager (baju kelabu). Jawatan Manager memerlukan Ijazah dalam bidang F&B dan sebanding dengannya, atau pernah bekerja di McD minimum  3 tahun. Bagi mereka yang TIDAK PERNAH bekerja dalam industri McD, anda perlu bekerja sebagai Restaurant Crew terlebih dahulu. Takkan kita nak manage benda yang kita tak tahu, betul tak?So, most of the time, yang baru nak masuk kerja akan jadi Crew lah.

Okay Sekarang nak Apply

Ada orang yang apply kerja McD di website2 jawatan kosong. In that case, mereka akan kena hadir interview di store2 (istilah rasmi untuk Restoran) McD random di seluruh negara, tak semestinya yang dekat dengan rumah kediaman. Tapi ini memakan masa untuk pemprosesan etc. Cara cepat ialah directly datang ke store. 

     Dahulu waktu aku start kerja, McD ada satu pamplet seperti borang apply kerja yang diletakkan di pintu masuk atau di tepi sebelah kaunter. So, kalau macamni senang, isi saja borang tu dan passkan ke mana2 staf McD untuk diserahkan kepada manager. Dalam beberapa hari, manager akan panggil korang  sekiranya diluluskan. Sekarang, at my store (McD Teluk Intan), borang ni sudah tiada. In this case, korang approach je mana2 Crew yang korang nampak, and cakap "Nak mintak kerja boleh?".
Then, kalau ada kekosongan, on the spot, manager akan interview korang, Make sure korang berumur 18 ke atas by IC sebelum memohon ya.

       Interview ni bukanlah gaya interview SPA tu ya, santai and pakai baju biasa saja. Manager just nak tahu latar belakang korang and yang paling penting, BERAPA LAMA korang nak kerja. Kalau setakat sebulan dua, most likely korang tak akan diterimalah. Macam aku graduan course Medic, ada gap almost setahun sebelum masuk kerja, so sebab tu aku boleh join kerja di sini. Manager juga nak tahu sama ada korang available setiap masa, atau korang hanya free pada waktu tertentu saja sebab dorang perlukan info ni untuk buat jadual kerja.

Nak Masuk First Day

Okay sekarang korang dah habis interview. Selalunya, kalau korang dapat masuk manager awal2 btau dah apa kena buat. Aku just bagi idea lah eh untuk yang takde pengalaman. Benda pertama yang korang perlukan STAT adalah suntikan Typhoid. Ini adalah wajib kepada semua pengendali makanan dan tertakluk dibawah undang2 Malaysia, Akta Makanan 1983. Sabit kesalahan akan didenda RM10,000 atau penjara maksimum 2 tahun.

      Harga injection ni berbagai2 dari rm50-70 untuk klinik swasta (mungkin lebih di kawasan Selangor/KL). Di klinik 1Malaysia, atau Hospital kerajaan boleh didapati dengan RM20. Selesai dapat injection, simpan kad imunisasi, dan resit sekali kalau ada. Bawa ke store on your first day, tunjuk dekat manager. Selain injection, benda yang tertakluk dibawah undang2 ialah kelas pengendalian makanan. Kelas ni ialah 1day paid course yang wajib korang attend dan akan diuruskan oleh manager around 1-2 weeks lepas korang start kerja.

     Next, attire, korang perlu cari baju Tshirt putih, short sleeve lelaki, long sleeve perempuan (perempuan ada extra tudung hitam), seluar hitam and kasut hitam. Bagi lelaki, janggut tak dibenarkan, so kena shave, misai boleh asalkan kemas. Belilah baju and seluar ni mimimum 2, sebab korang kena pakai baju ni around seminggu. Korang akan dapat apron dengan cap je on first day. Lepas dalam semiggu, barulah korang dapat baju McD yang merah stripe hitam tu.

Etika pemakaian baju McD



     Seperkara lagi tentang requirement sebelum masuk kerja. Korang perlu ada account Maybank, sebab gaji dibayar thru maybank. And bagi yang belum pernah bekerja (mcm akula student degree duk buat belajar je), korang kena daftar KWSP. Senang je, serious....dekat bangunan kwsp tu, straight pegi ke mesin, xyah pergi ke kaunter pun xpe. 

Macam Mana Kerja?


             Okay, sekarang korang dah diterima masuk. Nice job people! In general lah kan, aku cakap in general. Crew Lelaki akan diletakkan di Kitchen whereas perempuan akan masuk Front counter atau Drivethru (DT) counter. Shift kerja Full Time adalah selama 8 jam sehari (7.5jam kerja, 30min break), 6 hari seminggu.Whereas shift kerja Part Time adalah 4 jam sharp tanpa break. 

     Waktu mula2 masuk ni, nama korang belum ada dalam duty roster. Dalam seminggu, nama korang akan didaftarkan dalam system dan korang akan dapat buat unique Palm ID untuk punch in dan punch out.. System punch dekat McD ni guna tapak tangan korang sendiri, so mustahil nak palsukan waktu korang masuk and keluar

       Dalam seminggu, korang ada 1 off day, itupun tak tetap kejap hari rabu, kejap khamis etc depends. Shift paling awal ialah shift 7am-3pm yang dipanggil sebagai "Open shift". Shift paling lambat ialah shift 11pm-7am yang dipanggil "Midnight shift". Aku nak cerita pasal kitchen lah, sebab waktu aku mula2 masuk pun, aku kena campak situ je huhu. 

KITCHEN

Okay so bagi yang tak pernah ke McD, korang kena tahu McD ada 2 jenis set makanan. Breakfast (4am-11am) dan Regular Menu (11am-4am).Dan untuk regular Menu pulak, ada Burger and ayam. Standard budak2 baru masuk lah, korang selalu akan disuruh masak ayam je. Sebab apa?, sebab untuk masak burger perlukan speed and accuracy. Kalau customer complain pasal anything wrong pasal their order , say, patty dah keras, atau ban dah lembik satu kitchen crew akan dipersalahkan. In addition, KVS (kitchen-video service) kena jaga bawah 25 saat or else manager akan panggil korang lagi kenapa lama sangat nak siapkan product. Whereas masak ayam lebih relax and less pressure, tapi takdelah relax sangat sampai tak siap2 ayamnya kan. Kalau product tu parking (istilah untuk customer kena tunggu barang ni siap masak), korang still kena sound dengan manager jugak. 

     Setiap Crew yang masuk at specific time ada function masing2. Contohnya Crew Open kitchen (7am-3pm) kena buat breakfast, crew 9am kena standby untuk regular menu, crew 10am masak ayam, 5pm bersihkan grill, 9pm buat filtering dan sebagainya.
     
    Kerja bukan setakat buat burger dan masak ayam saja. Korang juga perlu belajar part cleaning/maintainance. Contohnya, tempat Grill digunakan untuk masak GCB, beef patty. Korang perlu belajar cara guna, cara bersihkan, and cara maintainence dia. Tempat masak fries,  patty dan ayam pulak, setiap malam kena buat "Filtering". Kalau minyak dah hitam, kena tukar minyak baru terus. Satu kitchen area pulak kena "Scrub" untuk bersihkan sisa2 mintak dsb dekat lantai. Berita baik ialah crew2 malam je yang akan buat kerja2 bersih/maintenence ni SETIAP MALAM, so kalau korang masuk pagi senanglah sikit kerja sebab petang dah balik

Selain tu, dalam 2-3 kali seminggu, lori delivery akan sampai and 2 orang yang nasib tak baik akan dipanggil manager untuk susun barang2 ni. Bukan sikit tau, banyak berkotak2! Barang chiller, barang freezer, barang drystore and barang2 backyard. Korang kena angkat barang2 ni, susun atas trolley, then susun balik dalam store. Confirm sakit belakang kalau kena.

Let say korang punya shift habis pukul 5pm, korang tak boleh balik macamtu je. Korang kena "stockup" barang2 yang dah habis digunakan (stockup product dengan kotak). Stockup ni maksudnya macam refill la so that crew yang nak sambung bekerja tak perlu susah2 nak cari product2 yang dah habis ni dalam freezer/chiller drystore. Dorang pun kena jaga KVS timer jugak

LOBBY

Dalam lepas 3 minggu aku kerja kitchen, aku kena masuk Lobby pulak. Lobby ni merangkumi dining area, and toilet. Kerja lobby ni senang je macam waiter restoran. Kerja korang angkat tray, stockup  sos, lap meja, sapu, mop dan kerja2 pembersihan lain. Bila pagi, best lah kalau kerja lobby ni, sebab customer pun kurang, serious lepak je korang kerja. Siap boleh singgah kitchen lagi sembang2 dengan dorang.

      Tapi, kalau korang dapat midnight lobby (11pm-7am), fuh, ni sakit. Sebabnya, korang kena scrub the whole lobby by yourself. Macam scrub kitchen, senang je sebab kitchen tu kecik. Lobby ni satu kawasan makan tu semua korang kena alihkan meja & kerusi, scrub semua lantai tu, lepastu susun balik. Toilet pun kena srub, sental dengan green pad sekali tau. Serious patah pinggang. Lagi teruk kalau weekend, bila customer suka lepak sampai 3-4 pagi. Bila korang nak habis scrubnya betul tak? Lepas habis scrub, korang kena buat "lobby pickup" pulak. Maksudnya kutip SEMUA sampah sekitar store. Kalau korang tengok kawasan sekitar  McD tu kotor semacam, trust me itu sebab crew midnight dia tak buat kerja.

     Paling teruk yang aku pernah kena ialah pada malam sebelum Azmir Jaafar, Managing Director McD Malaysia (yes guys, satu Malaysia punya McD dia pegang) nak datang ke store kami. The moment aku punch masuk  pun dah kena suruh buat macam2. Even daun kering dekat jalan pun kena sapu! Korang bayangkanlah dia punya penat macam mana. 


  FRONT COUNTER

 Ok setiap fast food restaurant mesti ada staff yang jaga dekat counter untuk ambil order. Senang cerita orang kaunterlah kami panggil. Duduk kaunter ni ada beberapa bahagian. Satu, ambil order (Front Counter Order Taker, FCOT), yang akan sapa korang "hai selamat datang ke mcDonald!" sambil buat fake smile tu.Kerja dia hafal apa yang customer order baru press button dekat monitor tu. Sebab once dia press a button dekat situ, semua timer start berjalan. And satu lagi tanggung jawab besar ialah jaga drawer. Bila korang duduk FCOT, nama korang akan masuk dalam system. Masalah jadi bila jumlah sales dalam system tak tele dengan jumlah duit dalam drawer tu. Dalam istilah inggerisnya, "short". A common problem sebab sepanjang 8 jam korang kerja, mesti ada korang salah bagi coin ke , takde 5 sen ke, so yang baik ni bagi 10sen, and paling teruk customer yang hulur rm50 tapi dia mati2 defend yang dia dah bagi rm100. Hat ni yang korang kena hati2 takut ada orang ambik kesempatan!

Untuk FC juga, dia ada satu lagi tanggungjawab iaitu make sure kena make sure customer ambik "set besar" sebanyak yang mungkin kerana McD ada large set target 60% per day. Sebab tu kalau korang perasan, the moment korang order je, dia terus pancing, " Ambil set besar ye" Kalau customer taknak, ada spare ayat followup "Tambah RM1.60 sahaja!". Ayat pancing kena power sebab kalau tak sampai target 60% manager akan bising. (Walhal  manager pum sama je tak dapat large set hahaha)

Kedua, Runner (Front Counter Runner, FCR). Kerja runner ni ambik product apa yang customer order tadi dari kitchen. Tanggungjawab dia agak besar, sebab kalau ada product missing, and customer file complain dialah yang akan disalahkan dulu. Sambil tu, runner kena jaga timer jugak, so dorang ni memang jenis akan pressure orang kitchen suruh cepat2. 

Ketiga, presenter (FCP) Kerja presenter ialah bagi order yang runner tadi kepada customer. And tambahan kalau order banyak, presenter akan duduk tempat air untuk tolong runner. Masalahnya yang berlaku ialah customer ingat McD ni macam kedai mamak yang akan hantar order dorang straight ke meja. Its not okay. Tolonglah duduk dekat waiting area.  So, bila presenter terjerit2 nombor customer, tapi takda customer datang ambik product. Dah satu hal nak cari customer tu, bila pusing belakang pulak order lain dah beratur dengan timer berjalan lagi. Bayangkanlah the stress macam mana!

Drivethru (DT)

Duduk area DT sama jugak macam duduk counter. Ada order taker, runner dengan presenter. Cuma semua barang kena bungkus, and runner kena pandai guna carry bag size apa nak guna untuk setiap order. 

Juga, dekat tempat DT tu ada monitor yang tunjuk ranking utk semua 138 McD outlet seluruh Malaysia. Siapa yang kerja lagi cepat, dapatlah ranking No1. Ranking ni bukannya apa pun, but inilah yang jadi pumca manager bising nak jugak kita dapat top ranking.


GAJI?

        Soalan paling famous untuk orang yang tengah consider nak cari kerja betul tak? Okay first of all, bila korang nampak iklan "Kru Restoran McD diperlukan, Gaji RM2500++" korang tak boleh expect 100% macam tu ya. Sebab apa? sebab macamni. Satu, gaji yang dorang iklankan tu adalah gaji maksimum. Jangan mimpi la nak kerja McD gaji rm2k++...membongak je semua tu. Then, dari hari pertama korang kerja, sampai ke hari gaji (selalunya last day of the month), gaji korang akan dikira secara PART TIME at the rate of RM2.50 per hour. Sebagai contoh, gaji bulan pertama aku kerja (21 hari) ialah rm460 saja. Ini merupakan saat yang genting untuk korang tidak putus asa kerja dekat sini sebab bulan kedua onwards gaji dah okay, bukan lagi macamni. 

      Di McD, pekerja yang baru masuk within 3 months akan dilabel sebagai part time crew. Lepas 3 bulan baru manager akan update status korang jadi Full Time (juga dipanggil Monthly Crew). 

     Apa yang beza gaji part time crew dengan full time crew?Senang saja. Full time crew ada basic  tetap RM1200 permonth. Whereas, untuk part time crew, tiada basic tetap and gaji dikira ikut rate of RM5 per hour. Disebabkan gaji part time crew ikut hour, 1 minit pun sangat berharga tau. Korang lambat  punch satu minit, atau terlebih break 1min, semuanya akan affect gaji.

    Secara keseluruhannya, gaji korang akan evolve dari gaji pertama yang ciput tu, then, gaji part time crew selama lagi 2 bulan, then baru gaji full time crew bulan ke-4. Jangan expect masuk2 je gaji dah rm1200 . Kalau korang kerja cantik, disiplin baik, datang on time semua, manager mungkin akan up status korang kepada Monthly Crew lebih awal daripada 3 bulan, ingat tu. So,ikhlas2kan bekerja!

MAKAN?

        Kalau korang perasan dekat atas, aku ada mention 30min break waktu kerja. Break ni generally 4 jam selepas masuk kerja, tapi kadang2 ikut manager jugak. Kalau dia panggil korang break, korang kenalah break walaupun baru sejam korang masuk. 

     Anyway, guess what, waktu break ni, korang akan disediakan makanan dari McD itself free of charge!Tetapi, ada bezanya in terms of part time crew dengan full time crew. Full time crew, korang makan apa2 menu, yang paling sedap antaranya ialah ayam 2 ketul, and my personal favourite GCB. Tetapi, kalau korang part time crew, korang boleh makan limited choice je, McChicken, nugget 6, fillet of fish, bubur, cheeseburger, beefburger, double cheeseburger. Hanya pada hari sabtu dan ahad part time crew dibenarkan makan any menu pada waktu break. 

     Menu break korang consist of 3 benda. Main (burger/bubur/nugget) + side (pie/fries/sundae/corncup) +air (Coke, Fanta, Milo, etc2). So korang trylah semua combination sampai dah bosan nak makan apa hahaha.

employee meal discount means makanan yg sepatutnya rm20++ jadi free


MINTA CUTI

    Kalau korang nak minta cuti, korang kena jumpa manager dan apply untuk cuti tanpa gaji (unpaid leave) sekurang2nya seminggu sebelum the date. Kalau korang sakit pula, and tak dapat datang kerja, korang perlu dapatkan MC (medical certificate) dan tunjukkan ke manager once korang dah masuk kerja. Andainya korang gagal tunjukkan MC, korang akan dikira sebagai "No Show" . Maksudnya, korang tak dapat gaji for that day, korang akan dapat surat amaran, dan korang hilang kelayakan untuk dapat bonus.

WELFARE

McD ada policy  whislte blowing; any employee boleh memaklumkan kesalahan employee lain yang melanggar etika kerja. Juga, ada People Manager yang tanggungjawabnya memastikan korang sentiasa ok (hopefully lol)
Add caption
People Manager


NASIHAT?

     Nasihat aku kepada korang yang nak kerja McD, ialah supaya bertahan fizikal dan mental.Ramai mereka yang kerja di McD adalah budak lepasan SPM yang tidak berpeluang sambung belajar. So, perangai budak2 ni korang faham lah macam mana kan, yang kurang ajar pun ada. Walaupun aku umur 25, and dorang baru umur 19, dorang dah pandai kurang ajar dengan aku. Belum cerita dengan staf umur 30 and 40 lebih lagi.

     Even manager yang umur awal 20an  pun dah pandai marah2 crew yg umur lagi tua...Apa dia kisah, dia manager dekat situ betul tak...pernah jadi satu kes, sorang crew kena gantung kerja 7 hari sebab lawan cakap sorang manager muda ni.

     So, mana2 tempat kerja pun pasti ada orang yang perangai tak berapa nak elok ni. Makcik bawang, bbnu bajet gengster, mat vape, mat rokok, mat ketum, you name it macam2 perangai manusia aku dah hadap sepanjang kerja dekat sini. Terpulang pada kita ni yang kena tabahkan diri untuk keep focusing to our job.

     

Update After April 2018


--Waktu Regular Menu dah diawalkan kepada pukul 10am instead of 11am. So, regular menu will be from (10am-4am) dan Breakfast from (4am-10am)

-Penulis mula bekerja di Hospital pada 25 Jun 2018 dan mungkin tidak dapat membalas komen anda semua setelah tarikh tersebut.

-Pasca COVID, kebanyakan store dah ada option self -order dan Table Service so that lagi senang. Ambik je nombor plastik yg besar tepi machine order tu, nanti ada crew hantar direct ke meja bila order kita siap. 

Doakan kelancaran penulis sebagai seorang doktor yang berkarisma untuk menulis pula :)



Sekian entry kali ini,drop your comment if this helps okay! assalamualaikum~
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oh, kalau tak nak kalut, better prepare baju siap2 sebelum start kerja =)

Baju Tshirt putih murah (Lelaki, lengan pendek) : https://invl.io/cljlghh
Baju Tshirt putih murah (Perempuan, lengan panjang): https://invl.io/cljlgi4
Tudung hitam cantik: https://invl.io/cljlgnl
Kasut hitam selesa : https://invl.io/cljlgm3













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...