Sunday 28 October 2012

Hikayat Kekandanya Tanggang-Part 2

Antara Dua Tanggungjawab


     Langit hujan, seolah-olah menangisi perjalanan seorang anak muda ini. Si Tanggang sendiri tidak dapat berdiri tegak- dia tewas dengan gelora ombak dan juga perasaannya yang tiba-tiba diruntun sedih. Ditekannya dalam-dalam dan tatkala itulah nakhoda Awang masuk ke dalam biliknya.

"Apakah kau tidak pernah berjauhan dengan keluargamu? Barang kulihat wajahmu menahan duka"
"Benar, nakhoda"
"Jangan risau. Aku pernah melalui saat yang sama seperti kau dahulu. Namun eraku lebih gelap dan pedih"
"Mengapakah nakhoda berkata demikian?" Si Tanggang berminat tahu.
"Ah, biarkan saja. Sekarang, kita akan mengadap sultan untuk aku perkenalkan kau pada baginda. Lagi dua malam barangkali kita akan tiba ke pelabuhan.

     Si Tanggang membiarkan saja pertanyaannya tidak berjawab. Bilamana nakhoda meninggalkan biliknya, dia pun menyandarkan badannya, lalu dibuai lena.

     Dipendekkan cerita, tibalah Si Tanggang ke sebuah pekan yang dipenuhi bahtera dan sampan, bersama-sama manusia yang turun naik daripadanya. Riuh benar suasananya, lain benar dengan kampung halamannya. Entah apa yang mereka tuturkan,ada yang iras-iras bahasa melayu, ada juga yang tidak dia fahami.

"Wahai Tanggang, selamat datang ke negeri Muara. Mari ikut aku, jangan kau hilang dalam ramai pula."
Dia menuruni bahtera tergesa-gesa mengikut nakhoda Awang, menyelit di celah-celah manusia yang mahu berdagang, menjala dan entah apa-apa lai halnya. Jauh jua perjalanan mereka ini, hinggalah sampai ke istana sultan.

      Halamannya indah dihiasi dengan pokok-pokok rendang separa tinggi. Pintu gerbangnya tinggi melangit, bersama pengawal yang memegang tombak. Tangganya dari marmar sejuk dipijak walaupun cuacanya terik berpeluh. Panjang juga istana baginda. Di dalam, ada orang sedang mengajar bahasa Arab. Di sudut yang lain pula ada yang sedang menulis, tidak kurang juga yang sedang melukis sesuatu di atas kulit binatang.

     Akhirnya, nakhoda Awang masuk ke dalam sebuah kamar yang besar. Duduknya seorang lelaki di tengah-tengah, dikipaskan oleh dua wanita di sisinya. Dia melutut lalu mengadap. Si Tanggang hanya mengikut gerak-geri nakhoda saja. Bersuara pun dia tidak mahu. Takut dikata biadab di hadapan sultan.

"Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Sewaktu patik berhenti singgah di tanjung Kelana, patik berjumpa dengan pemuda ini Si Tanggang"
"Apa hajat kau membawanya kemari?
"Ampun tuanku. Patik berkenan dengan keberaniannya dan kerajinannya, lalu berhajat menjadikannya orang kanan patik. Izinkan patik mengajarkannya selok-belok lautan di negeri kita ini. "
"Tidakkah kamu sedar wahai nakhoda Awang yang Tanjung Kelana itu, kawasannya bersempadan pemerintahan sultan Khaidir al-Janmisi, waris kepada sultan Kamal al-Janmisi yang zalim itu. Mungkinkah ini akan menimbulkan sebarang kekhuatiran kepadanya tentang hajat kamu ini?
"Ampun tuanku. Patik berkira-kira tiadalah akan timbul apa-apa, kerana Si Tanggang ini hanyalah pemuda biasa, umurnya pun baru belasan tahun saja.
"Baiklah jikalau begitu, beta akan perkenankan permintaan kamu. Pengawal, berikan pemuda ini sepersalinan pakaian. Dan kamu wahai anak muda, kita manusia ini, dimana-mana pun akan berpijak di bumi Allah. Anggaplah daerah ini laksana rumah kamu sendiri.
"Baik, tuanku!" Jawab Si Tanggang penuh bersemangat, satu-satunya patah perkataan yang diucapkannya dalam istana sultan hari itu.


     Maka bermulalah kehidupan Si Tanggang menuntut ilmu. Diperkenalkan dahulu dia dengan aksara jawi dan arab agar dia tahu membaca kitab. Sesudah mahirnya mengaji kitab, diajarkan pula ilmu agama agar mahmudah suci hatinya, sentiasa dekat dengan Islam. Kemudian barulah dibawa Si Tanggang belayar, sambil diajar membaca langit dan meramal cuaca agar lengkap ilmunya sebagai seorang nakhoda.

      Si Tanggang sungguh bersyukur dengan kurniaan Tuhan padanya.Sudah lima tahun dia di perantauan. Hidupnya berbeza benar kini. Kalau dulu,panjat pokok kelapa sajalah kerjanya. Andai tiada buah pergilah dia menenun atau menolong abangnya menjala ikan. Kini, sudah tahu dia bertutur bahasa arab. Cukup mahir juga dia membaca langit. Pernah sekali dia diuji oleh nakhoda pada suatu petang:

"Sekarang beritahu aku Tanggang, apa yang kau dapat beritahu aku dari langit ini."

    Didongaknya melihat langit sekeliling buat seketika. Dilihatnya matahari tidak kelihatan. Awan pula separa gelap. Dirasanya kelembapan angin yang bertiup. Dikira olehnya kadar cepatnya turun naik kapal. Dikiranya juga tarikh hari itu dan juga cuaca hari sebelumnya. Lalu berkata Tanggang sambil tersenyum:

"Lebih kurang suku jam lagi hujanlah ni."

     Nakhoda Awang membalikkan jam pasir suku jamnya. Tidak disangka-sangka, sedang butir-butir pasir yang terakhir mengalir turun, setitik demi setitik air hujan jatuh menimpa dahi panglima Awang.Dia tersenyum bangga. Begitu juga Si Tanggang. Si Tanggang ingin masuk berlindung, tetapi tangannya dipegang oleh nakhoda yang tidak mahu dia berganjak.

"Biarlah tubuhmu basah disirami hujan ini wahai Tanggang. Inilah bukti kejayaanmu dan susah payahmu menimba ilmu. Tidak sia-sia aku mengajarkan kau selama ini."
"Tidak, saya hanya belajar. nakhodalah yang banyak menabur budi dan bersusah payah" kata Si Tanggang perlahan.

 Minat Si Tanggang menuntut ilmu dan belajar perkara baru cukup mengagumkan nakhoda Awang. "Pemuda ini sungguh luar biasa tekadnya, sesuai benar menjadi penggantiku nanti," terdetik hatinya tatkala dia merenung mata Si Tanggang.

Maka berdirilah mereka di kemudi bahtera, lalu kuyuplah pakaian kedua-duanya, sehinggalah bahtera kembali berlabuh di persisiran semula. Sekembalinya mereka di istana, mereka disambut oleh Puteri Aishah, anakanda sultan Ridhuan al-Usaimi. Manis sungguh wajahnya.  Kulitnya licin, sejuk mata memandang. Dua-dua sudah besar sekarang. Umur pun padan jua. Masing-masing menjaga adab bertutur. Namun, nakhoda Awang sudah dapat membaca isi hati masing-masing. Dia mendiamkan diri saja, maklumlah orang muda bercinta jangan dikacau.

     Si Tanggang sudah mendapat kepercayaan nakhoda untuk mengemudi bahtera milik sultan.Namun, Si Tanggang terasa tanggungjawabnya sedikit tawar. Nakhoda Awang sudah tidak larat lagi. Dia hanya mampu memerhatikan dari jauh saja. Pada suatu hari, nakhoda sudah terlantar di kamarnya di istana. Dia sudah tidak terdaya lagi meneruskan hidup. Umurnya sudah hampir tiga suku abad. Nafasnya terhenti-henti. Sedar akan riwayatnya yang tidak lama itu, dia memanggil Si Tanggang ke pangkuannya.

 "Wahai Tanggang, sungguh aku lihat kau cukup sempurna sekarang. Namun, sebelum aku pergi, aku mahu kau tahu satu perkara. Kukira, sudah tiba waktunya sekarang.
"Apakah ia rahsia yang sangat penting, nakhoda? Sungguh saya tidak akan beritahu barang siapa pun tentang ini. Saya berjanji demi Allah"
"Bukan Tanggang. Ingatkah kau waktu mula-mula kita bertemu dahulu. Aku katakan masa lampau ku lebih gelap dan memedihkan dari sekarang."
"Ya, waktu itu kita berdua ada di atas kapal"

"Sebenarnya, kedua-dua ibu bapaku telah dibunuh oleh sultan Kamal al-Janmisi kerana dituduh tidak melangsaikan cukai. Dengan izin Allah, aku dapat melarikan diri ke sini. Aku bertekad untuk membalas dendam untuk ibu bapaku, lalu aku mengkaji jalan laut ke sana dan meracun sumber air mereka. Sultan jatuh sakit dan akhirnya mangkat, lalu takhtanya diambil oleh puteranya.

"Walaupun tiada bukti, pemerintah mereka tahu hanya aku, seorang nakhoda yang tahu selok-belok lautan di sana. Hingga ke hari ini, mereka masih menyimpan dendam terhadap aku. Jadi, berjanjilah padaku Tanggang, bahawa kau tidak akan menjejakkan kaki ke sana semula, balik ke kampung Tanjung Kelana. Andai sultan tahu kau anak murid aku, pasti kau akan dibunuh jika ke sana, meskipun kampungmu bersempadan dengan wilayahnya.. Demi nyawaku, berjanjilah padaku Tanggang. Ce..cepat.."


     Si Tanggang tersepit. Mana mungkin dia tidak akan menjejakkan kakinya semula ke tanah airnya yang sudah lama ditinggalkan. Lagipun, dia sudah berjanji pada keluarganya bahawa dia akan pulang semula suatu hari nanti. Ingatan itu tiba-tiba menghambatnya, namun dia tidak mahu pula mengecewakan gurunya ini yang telah banyak berjasa. Dia semakin terdesak. Keputusan terpaksa dibuat.

"Ba....baiklah nakhoda. Saya....saya janji.." katanya serba salah.
"Terima kasih Tanggang" Lalu, nakhoda pun menghembuskan nafas terakhirnya.

Suasana kamar itu cukum suram. Jam pasir di tepi nakhoda habis mengalir, seolah-olah meramalkan waktu kematiannya. Puteri Aishah cuba menyekat tangisannya di luar kamar.  Si Tanggang pula dirundung perasaan bersalah; kini dia terbeban antara dua tanggungjawab.  ( To be continued......)





Thursday 25 October 2012

Hikayat Kekandanya Tanggang-Part 1

   Mukadimah

     Sesetengah cerita lisan yang ku dengari, Aku hanya angguk dan pekakkan telinga. Manusia penuh dengan tokok tambah, dan tidak 100% jujur. Tatkala cerita sebenar diberitahu, tiada yang akan peduli; kerana kisah lama sudahpun menjadi lagenda, meskipun ianya dusta.....


Perginya Membawa Janji

  Di sebuah kawasan perkampungan yang digelar penduduk Tanjung Kelana, tinggallah sebuah keluarga yang sangat miskin. Hidup mereka daif, ibarat berkais baru makan. Alkisah sang ibu bernama Si Deruma , bersuamikan Si Talang. Anak bongsu mereka bernama Si Tanggang, kacak paras rupanya. Tutur katanya sopan santun malah suaranya juga lembut didengar.
   
Gambar hiasan
     Seorang lagi anak pasangan ini ialah Si Temenggung, berbadan sasa dan tegap, dan tegas jua orangnya. Tua Si temenggung lagi 3 tahun dari Si Tanggang. Meskipun kedua-dua mereka baru berumur belasan tahun meniti alam remaja, kesukaran hidup memaksa mereka berdua bekerja, mengambil upah menenun, memetik kelapa-apa2 saja asalkan mendapat upah.

     Pada suatu hari, tatkala sedang menjala ikan,  dengan takdir Allah,  tiada seekor ikan pun yang berjaya ditangkap Si Temenggung. Jiwa mudanya membara. Dia sudah lama berjemur menanti hasil. Hatinya mula terdetik bosan dengan kehidupan daif ini. Dihempasnya air lautan barang terbakar hatinya, lalu mudiklah dia semula ke pinggiran. Dilihat Si Temenggung oleh adiknya yang sedang memanjat pokok kelapa, lalu disapanya dengan sopan.

"Apakah gerangannya yang mengganggu perasaan abang, ceritalah sama Tanggang".
"Kau tahu Tanggang, aku dah mula rasa bosan dengan kehidupan kita ini. "
"MashaAllah, kenapa abang cakap begitu pula?"
"Sudah hampir sepurnama aku mula menjala, paling tidak ada juga 3-4 ekor ikan. Ini, barang anak ikan pun tak kena."
"Alah, itu cuma ujian dari Tuhan saja, abang janganlah cepat sangat mengalah"
"Ah kau ni tak habis-habis dengan ujian, lagi-lagi ujian. Aku dah muak dengan semua ni. Aku ada bercadang nak keluar kampung kita ni Tanggang"
"Ke..keluar kampung?!Tak mungkin! Abang nak ke mana pula??"
"Aku mahu bekerja di bawah sultan, dapatlah aku mengumpul harta lalu menjadi kaya raya. Akan ku tujukan hasratku ini pada ibu dan ayah"
"Benarkah begitu abang?Kalau begitu, izinkan juga Tanggang mengikut abang. Biar kita sama-sama berbakti pada ibu dan ayah. Biar kita merasa hidup senang.

     Mereka berdua pulang ke teratak buruk mereka lalu menceritakan hasrat mereka yang terpendam itu pada Si Talang dan Si Deruma sewaktu makan malam. Namun, ibu dan ayah mereka tidak mengizinkan mereka pergi kerana rasa sayang yang tidak terbendung. Si Temenggung tidak puas hati. Kudratnya rasa terbazir. Pisang salai kegemarannya dan Tanggang terasa pahit. Dia tidak dapat tidur dengan tenang malam itu.

Gambar hiasan
     Keesokan harinya, Si Tanggang terus memanjat pokok kelapa seperti biasa. Dan Si Temenggung sedang menyirat jalanya yang koyak. Arakian, mereka terpandang sebuah bahtera yang amat besar sedang belayar menuju pesisiran. Kedua-duanya terkesima; tidak pernah dilihat mereka  sesuatu yang sebesar itu seumur hidup mereka. Si Temenggung pantas menduga. Hatinya kuat mengatakan itu mesti bahtera sultan. Lalu cepat-cepat dia menolak sampannya ke laut sambil mendayung gagah ke tengah lautan untuk menunjukkan kehebatannya menjala.

     Lain pula dengan Si Tanggang, bahtera besar itu tidak langsung menarik minatnya. Cukuplah andai ditoleh sekejap, banyak lagi kelapa yang perlu dpetiknya. Digugurkannya sebiji demi sebiji kelapa muda, lalu dipanjat pula pokok seterusnya. Tidak lama kemudian, bahtera besar itu berlabuh di teluk berhampiran mereka. Berpijak di atas kapal itu, seorang lelaki berumur lebih pertengahan abad sedang memandang-mandang sekeliling, seperti mencari sesuatu.

     Dialah Nakhoda Awang, pelayar yang bernaung di bawah sultan. Tidak pernah dia diberi peluang berlayar sekitar sini. Barangkali kerana sudah tua, sultan memberi izin padanya untuk singgah di kampung Tanjung Kelana, kampung asal-usulnya. Tatkala itu juga, nakhoda Awang kagum dengan kecekapan dan kerajinan Si Tanggang memanjat pokok kelapa. Terlepas pula Si Temenggung yang masih terkapai-kapai menjala ikan itu dari pandangannya.

     Terdetiklah hasrat nakhoda Awang untuk mencari pemuda baru sebagai pengikutnya. Maka dilihat Si Tanggang sempurna sifatnya,diperhatikannya jua rajin memanjat pokok kelapa, lalu disapa olehnya Si Tanggang. Si Temenggung pula, barang dilihatnya nakhoda Awang menyapa adiknya, berlekaslah dia ke pesisiran semula, sambil menyumpah seranah jalanya yang koyak itu. Si Tanggang membawa nakhoda Awang singgah ke teratak sambil diikuti oleh Si Temenggung.

     Alangkah terkejutnya Si Talang dan Si Deruma melihatkan nakhoda Awang, berpakaian ala kerabat diraja datang ke rumah mereka. Si Talang berkata dalam tidak percaya:

"Awang! MashaAllah, engkaukah ini?! Meski berdekad berlalu, raut wajahmu tidak akan kulupa.Sungguh kau sudah kaya benar sekarang, berbeza benar sewaktu kita sama-sama membesar dahulu.

"Ya,ini akulah Talang, Deruma. Tak sangka di umur ini kita berjumpa semula. Aku bersyukur pada Tuhan atas segala kurniaan-Nya ini. Aku bekerja di bawah sultan menguruskan kutipan cukai. Dalam perjalanan, aku singgah sebentar disini. Aku pun ternampak pemuda ini sewaktu sedang berlabuh, anak kau rupanya."
"Ya, ini Tanggang, dan di belakang itu Temenggung, anak aku.
"Oh, yalah Talang, kalau tak keberatan, aku mahu mengambil anak kau Si Tanggang ini untuk bekerja di bawah sultan bersama-sama aku. 

Telinga Si Temenggung naik merah. Mustahil! Dia lebih mahir tentang soal perairan. Adiknya itu hanya tahu mengikut saja.

"Aku lihat dia seorang saja sanggup panjat banyak pokok kelapa tadi. Nanti aku boleh ajarkan dia soal laut pula, nescaya dia akan mahir"

Si Temenggung tidak mahu menyerah kalah, bulan sudah jatuh betul-betul di pangkuannya. Kaya raya-itulah yang dikejrnya selama ini. Dia juga ingin meminta untuk mengikut nakhoda Awang, namun di pintas bapanya.

"Wahai Awang, sungguh aku begitu berat untuk melepaskan anakku ini. Bukannya aku takut dengan sejarah silam kau, tetapi aku dan Si Deruma cukup sayang akan anak-anak kami. Namun, demi kau aku rela. Kau bawalah Si Tanggang pergi, biarlah Si Temenggung yang menjaga kami berdua di sini."

     Jantung Si Temenggung seakan-akan gugur. Hasratnya untuk kaya raya seakan diragut direntap. Dia mahu membantah, tetapi lidahnya terkelu. Keberaniannya tersekat Dilihatnya kelibat adiknya dan nakhoda Awang keluar dari pintu buruk teratak itu dengan perasaan yang bercampur-baur. Si Tanggang berpusing semula, lalu bersalam dengan abangnya.

"Maafkan Tanggang abang.Tanggang janji Tanggang akan balik semula ke sini satu hari nanti. "
Tangan Si Temenggung lembik tidak bermaya dek kecewa.

"Mak, ayah, Tanggang janji tak akan melupakan kita sekeluarga. Percayalah, susah macam mana sekalipun, Tanggang akan pulang suatu hari nanti berbekalkan masa depan yang baru. "

     Air mata Si Deruma sudah bercucuran sejak tadi lagi. Sudah 15 tahun dia melihat anaknya ini membesar di hadapan matanya, tidak pernah berjauhan walaupun semalam. Dan kini, dia akan melepaskan anaknya ke perantauan, bukannya semalam atau sepurnama, mungkin berdekad lamanya. 

Gambar hiasan
     Tatkala bahtera berlabuh, Si Tanggang melambai pada keluarganya, pada kampung Tanjung Kelana jua tanah kelahirannya. Dia begitu bersemangat untuk meniti masa depannya. Walhal, tatkala itu jugalah, hati Si Temenggung dihanyutkan bunyi ombak yang memukul bahtera sultan. Hati kecilnya memaki-maki adiknya itu  sendirian yang telah merampas haknya; yang pada hemahnya dia lebih tua dan berpengalaman untuk mengikut nakhoda Awang. 

 "Celaka kau Tanggang! Selagimana mengalir panas darahku ini laksana air mendidih, selagi itulah aku akan membalas dendam atas perbuatan kau merencatkan hasrat aku ini!Kau tunggulah Tanggang!! 

Makian Si Temenggung disahut dengan guruh petir, yang seakan-akan mengerti kepedihan batin yang sedang ditanggungnya itu. (To be continued...)

      



Tuesday 23 October 2012

Setelah Sepurnama di Perantauan

Pengalaman yang Pertama


     Tidak Aku sangka, 2(pejam celik) dah lebih sebulan aku menetap di negara orang, almaklum di Belgaum,Karnataka, India.Pertama kali Aku menghirup udara bumi India adalah pada 14 Sept 2012. Tujuannya tak lain tak bukan, untuk menggenggam amanah menjadi pelapis kepada para-para cendekiawan perubatan negara. Even though baru sebulan, banyak (boleh ditambah gila.....-banyak gila) benda-benda baru yang seumur hidup aku tak pernah jumpa kat sini.

Gaya Hidup

     Di sini lifestyle memang betul2 buat aku culture shock. Pertama, kat Msia, kita tak suka orang hon-hon kita- buat sakit hati je. Namun, kat sini, aktiviti hon mengehon memang digalakkan. Tak kirala nak potong ke, nak belok ke hooonnnn je. Tambah syok, ada gak hon yang berirama & ada melody. Pelik tak pelik hahaha...

     Jangan terkejut kalau tengok bangunan belum siap lagi, tapi dah ada orang  duduk. Takda sijil CF kat India, asal selesa je, diorang terus pindah masuk and stay. Yang tak bestnya, kalau diorang da comfortable dgn 1st floor, memang baris 1st floor jela yang siap. No wonder rumah2 kat sini tak berbumbung, banyak yang still terpacak cerucuk on their roof. Even tingkat atas masjid  (sebenarnya rumah kedai bertingkat je...) still bau simen and berpasir lagi.

     Kat India still ada sistem kasta, yg membezakan orang kaya dan miskin. Yang miskin ni memang sanggup buat apa-apa je, asalkan dapat duit. Memang bersepah la orang gaji (a.k.a Moshi) kat sini, ada yg siap bawak anak sekali angkat batu2 kat construction site.

     Yang status rendah memang takut dengan orang atasan. Ada sekali Director of Karnataka Lingayat Education (setaraf macam Datuk Pengarah MARA la..) pergi visit hostel kitorang.. Time tu banyak lagi tak siap. Baru bawah je habis. Seminggu lepas tu, semua student dah boleh terus pindah hostel baru. Nak kata betapa efficientnya and cuaknya diorang ni haha. Sampai harini pun, kerja construction still ada utk siapkan tingkat 3,4&5. Start pukul 7.00 pagi dah dgr bunyi driller, sampailah lebeh kurang pukul 10.00pm baru abes.

     Ramai penduduk sini yang miskin& tak berkemampuan. Yang dah besar takpa, tapi yang kecik2 ni end up mintak sedekah tepi lorong.Their victim??Orang yang kaya mengikut persepsi mereka. Pernah sekali Aku jalan dengan member2-pakai baju smart2, jeans siap speck rock kapak dengan beg sandang lagi, kira style abes la ni. Then ada budak2 datang serbu mintak duit. Ramai, bukan sorang .Siap cium kaki, tarik-tarik baju lagi. Sabo jela. (Last2 lari kat kedai high class yang ada guard hehehe).

     Then, kedai Samsung, Nokia, Sony Ericcsson etc memang ada, tapi sikit gila customer. Lagipun most citizen tak guna smartphone, but yang cikang2 je. Sekali korang keluarkan iPad, Samsung SIII, Galaxy Note etc, memang ramai la yang menjeling & mengusha tahap tak puas hati. This happens everywhere- hostel, hospital, restaurant, money changer, dalam lif (kelakar jugak la haha ).

     Ada ke dalam lif tengah whatssap, tiba2 orang sebelah tanya, " how much you buy this (my Galaxy Note"? Terkejut den nk mengonvertkan RM jadi rupee on the spot.. Aku beli rm1900, so Aku tembak jela 40k rupee, & terbeliak jugak la mamat ni dengar hahaha....Then, another story, sambil tunggu member kat money exchange, adala sorang worker ni duk sembang2 denga kitorang, and tiba2 mintak tengok my Galaxy Note. As usual, tanya how mucy you buy this? Den da bersiap-siaga dah this time.."32k rupee sir, and it might be lesser than that now since the new model is coming out (Note II)". Kesimpulan: jangan show gajet depan orang ramai.=--=

     Ada certain2 benda yang murah kat sini. Sari, makanan , baju, motor superbike pun murah haha. Nasi beryani common sangat, dalam 50 rupee @ Rm3 dah ada, siap boleh mintak delivery lagi. Sari sepasang for rs110 @ rm6.60 ada. Teksi Auto (Yang roda tiga tu) tambang dalam rs50 @ rm3  for about 4km journey, naik 3 orang, singgit sorang. Teringat dulu time dekat kolej. Journey 30km nak pegi Alamanda,naik teksi 7 orang kena rm55. Memang tercekik darah den huhu.

     Kalau kat Msia ada Telekom dengan Astro, dominate telefon dengan tv. Kat sini memang ada berpuluh2 company tv and telefon. Piring yg macam Astro tu macam2 colour ada haha. They have a lot of competitions and untuk promote company mereka, harga pun jadi murah la sebab nak tarik customer. Memang jarang la Aku recharge (a.k.a topup). Bersalah pun ada. Most local student recharge kredit dalam 50-100 rupee. Kitorang bantai 500 or rs1000 terus. Tetiba rasa kaya sekejap =).


Terus Menyusur

     Banyak je lagi benda yang kalau nak diceritakan full, berjilid2 la jawabnya. Ni baru sebulan haha., kalau setahun entah macam manalah. Aku tak pernah tak rasa seronok berjumpa perkara baru. Pengalaman adalah aplikasi terbaik untuk konsep infinity. It can never be reached nor satisfied, but it will increasingly grow and increase-That will make you more mature.





     

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...