Friday 29 August 2014

Menaiki bahtera kawan

Orang kata ajal, maut dan jodoh terletak di tangan Tuhan, manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan.

Rakan sebatch girls


Tanggal 23 Aug 2014 telah membuktikan kenyataan ini; sahabat sebatchku, Atiqah Yusof telah melangsungkan perkahwinannya. Apa yang mengejutkan ialah lelaki itu adalah sahabatku di campus  sendiri. Kehilangan si Hussein secara misteri selama seminggu sewaktu di campus dahulu rupa-rupanya kerana dia sedang merisik calon isteri nya ini!


Rakan sebatch guys

Aku telah tiba di satu perinngkat iaitu rakan2 seperjuanganku sudah ada yang mahu mendirikan rumah tangga. Maklumlah, umur pun sudah menjangkau 22 tahun. Seorang demi seorang, sekeping demi sekeping kad, dan semesej demi semesej yg datang menjemput.

Apa-apapun, mabrook diucapkann kepada mereka berdua, semoga bahagia buat selama-lamanya. Ttapi jangan lupa, tugas sebagai seorang student masih ada hehehe..

So, selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan sendiri, satu persoalan yang tidak dapat dielakkan ialah....

''Who's next''??....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...