Monday 15 February 2016

Mini Trip ke Delhi-Agra


Impression luar Agra Fort, Agra

Ini merupakan salah satu tripku yang di-plan last-minute gila2. Cuti CNY akan bermula minggu hadapan. Dalam hati macam dah redha untuk duduk je hostel study ngadap buku x pegi mana2. Member2 ramai balik Msia. Yang stay pulak not even bother pun nak ajak aku pergi mana2. Apa bleh buat...

Entah macam mana, tiba2 ada orang (Lis) terplan trip 3 hari 2 malam Agra-Delhi.Katanya ada kawan dia pun yang nak ikut. Hehe, apelagi, join r. Setelah membincangkan secara mendalam pro and cons trip ni, akhirnya aku decide utk pergi juga. Yeay! Termasuk aku, kami berempat kesemuanya. Khidmat hotel masih menggunakan Sir Vinay @ Boss kepada CityLinker Travel Agent (agent sama utk trip Shimla -Manali, Nov 2015).Bus pulak book sendiri. Summary perjalanan ialah::Belagavi-->Mumbai-->Delhi-->Agra-->Delhi-->Mumbai-->Belagavi


Belagavi--> Mumbai 9Feb 2016


First time naik bus Telsang Travel. Ingatkan tempe sgt sebab harga murah. Rupanya, even far better than company2 besar mcm VRL and SRS in terms of service & ticket price. Siap bagi mineral water free lagi. Journey pun smooth xde bas rosak2. Cuma ruang tengah tu je sempit sikit. nasib baik tak buncit, senang lalu haha. Journey 9.15pm, sampai kat Mumbai jam 7.30am. Pergi airport naik auto. Silap airport pulak, seba terpergi yang international punya. Kenala amek cab pulak nak ke domestic airport.Jam 10.50am flight kitorang ke Delhi. Alhamdulillah berjalan lancar

Bila sampai kat Delhi, jumpa pulak dengan sir Vinay. Dia siap belanja lunch lagi tu!!! Bukan belanja kat gerai berdiri tempe tau, tapi dalam restoran mahal beb, waiter pakai vest, dengan layanan first class gitu..Sempat lagi sembang2 untuk next trip (yang tak tahu bila dan ke mana lagi).


Dari Kiri: Priyanka (manager CityLinker), Lis, Ecah, Tiya and Sir Vinay (Boss CityLinker)

Delhi-->Agra 10 Feb 2016


Plannya ialah untuk bergerak ke Agra, sambil2 tu singgah ke some location dekat Delhi. Sembang punya sembang, x sedar dah sampai pukul 4pm. Sempat pergi satu je tempat, so kitorang pun decide nak pergi Humayun's Tomb.

Ingatkan tomb2 kat india ni lame. Rupa2nya, luas gila kawasan dia ni, macam satu complex. Dekat sini ada makam Humayun dan ahli2 keluarganya yang lain jugak. Rasa best bila guard tu cerita sikit2 pasal history of Humayun ni, and tak sangka this monument is the replica of Taj Mahal itself!
Humayuns Tomb


Pemandangan dari atas Humayun's tomb. Imagine Humayun dulu bangun pagi2 tengok view macam ni. Gila best!

Arab-ki-Sarai Gateway, Humayun's tomb

Rasa macam tak puas pusing2 dekat Humayun's tomb ni. Next, perjalanan ke Delhi menuju hotel Amar Yatri Niwas di Agra mengambil masa 4 jam. Delhi punya traffic memang legendary. Kereta macam semut, setiap cabang jalan mesti jam. Nasib baik jalan highway straight and kereta da kurang.. Sampai kat hotel, ingatkan ada dinner, rupanya tak disediakan. Sebab lapar, kitorang pun order je la dinner ala kadar.

Agra 11 Feb 2016


Pagi2 keluar bilik je, terkejut tenngok 3 orang anak dara ni, berhias abis siap pakai baju cantik2 gitu, mana taknya, nak pergi taj mahal kott. Taj 7 km je dari hotel. Tapi sebab traffic, setengah jam baru sampai, around 9am. Baru sampai kat parking lot, kitorang dah dihujani salesman yg jual macam2...baju la, poskad la, bunga etc2,...ada gak offer guide, tumpangkan kenderaan, kuda etc2... pening kitorang. Last2, kitorang pun terasa nk naik kuda, xdela penat nak jalan 1 km ke main gate of taj Mahal

Masuk2 je dalam tu, tertanya2 lagi mana taj nye, sebbab tak directly nampak. Rupa2nya, kena lalu gerbang, baru nampak. Gerbang gila besar, masuk siap kena check ala immigression kat airport just sebab dorang taknak ada orang bawa makanan, chewing gum, marker pen etc yang boleh mengotorkan bangunan ni.
Di luar Taj


The moment melangkah je dalam gerbang tu, hati rasa macam terpaut. Kawasan yang luas, memang membuatkan hati rasa tenang. Senibina dia pun memang amazing. Also, dia ada dua gate of entry ke taj.
Padanlah orang local kata Taj ni as "Love Temple".  Suasana and settings dia memang romantik habis.


As the legend said, Taj Mahal ialah monumen yang dibina oleh Maharaja Moghul waktu tu (tahun 16++ by Shah Jahan) kepada isterinya Mumtaz Mahal sebagai lambang cintanya kepada isteri beliau. Di dalam ini juga mereka bersemadi side by side, memang sweet habis. Lenguh kaki berjalan hampir tak terasa kerana kekaguman yang amat sangat terhadap seni bina nya, dari carved marble stone. Dekat dalam dia tak boleh ambik gambar, so, to be safe, no picture was snapped inside.

Kalau boleh rasa nak stay je sampai petang dekat Taj ni. Tapi ada satu lagi tempat kena visit which is Agra fort. SO, kitorang pun dengan sedihnya terpaksa ucapkan bye2 kepada Taj. Moga kita berjumpa lagi Taj!
Di hadapan Taj
salah satu side of the Taj

Di bangunan at West side of  Taj
Taj Mahal from the side
Pemandangan dari atas Taj Mahal. Terbaik Shah Jahan~


Petang pulak kami dikejutkann sekali lagi dengan surprise sir Vinay, which is lunch dia belanja. So, kitorang pun layan jelah, and bersyukur sangat, kira dapat saving dalam rs200-300 utk this lunch. Nama kedai Zaarah Restaurant, lebih kurang style restaurant yang dia belanja semalam. Terasa classy gitu. Pastu, terus gerak ke Government shop untuk beli souvenir. To our surprise, souvenir dia only ada from marble stone. Even fridge magnet pun marble and sangatlah mahal harganya. Rasa menyesal pun ada sebab tak beli je keychain time dekat taj tadi. So, kitorang learned new lesson. Souvenir kalau murah tu, rembat jelah, jangan percaya sanngat cakap driver huhu...Berlepas lah kitorang ke Agra fort, tanpa souvenir dari taj.

Dekat Agra fort dah petang dalam 2pm mcm tu. Luas pun luas jugak tempat ni, senibina lebih kurang je dengan Taj, tapi this time dia punya stones mostly are reddish in colour. Ada sikit2 area masjid kat dalam yang guna purely marble putih.
Nagina masjid dalam Agra Fort

Di luar Agra Fort


Hall of Public Audiences, Agra Fort





Inside Agra Fort

Jahangir Palace dri dalam
senibina dalam Agra Fort.. Amazing




Kitorang habis round2 Agra fort ni around 4.30pm. Ingatkan plan nak pergi shopping mall dekat Delhi. So, kitorang pun rushing back ke Delhi dengan harapan dapat ke shopping mall. Tapi, traffic Delhi sekali lagi mengecewakan. Kitorang sampai pukul 8.30pm dekat Capitol Hills Hotel, Delhi. Settle punya settle barang pukul 9 bru habis, tak dan nak pergi Mall. 
So, kitorang pun jalanlah ke Market berdekatan. Ala2 mall, barang pun branded, tapi dia kedai2 setingkat macamtu je. Jalan punya jalan ternampak Pizza Hut. Ingatkan katt Malaysia je ada. Setelah confirm halal, kitorang pun diner lah dekat situ.

 Delhi 12 Feb 2016


Harini is the last day kitorang di Delhi. Flight pukul 4pm, so awal2 lagi kitorang dah checkout our stuff from hotel. First, driver bawak pergi Lotus temple. Unfortunately, belum bukak sbb waktu tu 8 am belum bukak lagi. So, kitorang pun pergi ke Jama Masjid . 
Kawasan luar Jama Masjid

Tak sangka pulak nak bawa phone/kamera kena bayar rs300 masuk. Gila bai. SO, kitorang decide nak guna 1 phone je. Jama masjid ni luas gila, sesuailah dengan gelaran dia as masjid terbesar di India. Yang lagi mengkagumkan, dia pegang rekod tu since dibina pada tahun 1656. Rasa teruja sangat. Cuma, disebabkan tempat ni kawasan lapang, area2 yang belakang ni agak bersepah tahi burung. Jijik pun ada sebab masjid kot, sepatutnya pihak pengurusan jagalah kesucian masjid ni. Kitorang nak jalan pun dah macam nak elak landmines.  Fikir untung duit je, haish.
Kolah untuk wudhu (share dengan burung lol)
Minta doa dipercepatkan jodoh #ehh




Seni bina lebih kurang seperti Taj Mahal, kerana ia turut dibina oleh Shah Jahan yang lebih terkenal membina Taj Mahal! Walaupun distance Delhi-Agra lebih kurang 250km, ia tidak menghalang Shah Jahan untuk menegakkan masjid. Allahuakbar
classic. harap tak kiasu

Next, pergi ke president palace & parliament building. Kalau kat Malaysia, comparable to Putrajaya lah. Memang sebijik pun. Ada bangunan ala istana dengan jalan yang gila lebar tapi takde kereta. Bezanya ialah it was built waktu awal 20th century dengan sebina British.
Sekitar Presidential Residence, Delhi
Yang kelakarnya, jalan ni ada line kuning dekat tengah2. Walaupun jalan besar, tapi semua kereta cuak nak cross the yellow line, sebab klau kantoi kena saman gila mahal. Ni lah the only road kat Delhi yang driver patuh traffic law agaknnya haha. Dah puas ambik gambar, kitorang ke India gate pulak. Betul2 jalan straight dari tempat ni.
India Gate
So basically, it is just a gate, nothing more... Diabadikan untuk pahlawan2 India yang terkorban dalam satu peperangan (Afghan war klau x silap). So, tinggal satu je lagi gate yang aku belum pergi-->Gates of India dekat Mumbai. Nama pun lebih kurang je, confusing betul haha. ANd dekat sinilah jugak aku dapat beli souvenir. Ok lah jugak, daripada takde langsung. Siapa suruh percaya sangat cakap driver.

Then, kitorang bergerak terus ke destinasi terakhir and wajib kalau ke Delhi, which is Qutub Minar. Kalau search Google, Qutub Minar ni just a tiang, thats it. Sekali bila sampai, rupa2 nya dia macam Humayuns Tomb, ada complex of building jugak sekeliling dia.

Majority of sisa bangunan yang tinggal is the tiang, dinding, and satu kawasan masjid sebab kawasan ni pernah dilanda gempa bumi yang dahsyat lama dulu. Tak tercapai imaginasi macam manalah rupa complex ni kalau semua bangunan asal dia masih utuh.
So, Qutub Minar terletak dalam kawasan Qutab Complex

Gaya hipster sikit
Caligraphy Arab
Antara bangunan yang masih utuh di Qutab complex, Tomb of Iltutmish
Penat gila jalan area Qutab complex ni. Kitorang balik around 1.30pm. Rupa2nya ada Masjid solat Jumaat yang still functional dalam kawasan ni. Betapa bila fikir balik, sunnatullah memang akan terjaga dan tetap berjalan walaupun berabad sudah berlalu since kawasan ni dibina.

Kemudian naik flight ke Mumbai jam 4pm. Bus dari Mumbai ke Belagavi jam 9.45pm dan sampai ke hostel USM-KLE tercinta jam 7.30 pagi. Walaupun agak singkat, tapi memori yang terpahat takkan pernah pudar dari ingatan. Seungguhnya, bila melihat balik monumen2 Islam bersejarah di India ni, kita rasa kagum dengan orang2 yang terdahulu dari kita. Betapa mereka mahu generasi akan datang mengetahui tentang kebesaran dan keagungan Tamadun Islam yang pernah bertapak di India satu ketika dahulu.

Okaylah cukup sekadar di sini, sebab dah kena back to reality haha. Banyak topic nak cover dalam Ortho posting.  InshaAllah akan ada lagi trip2 best macam ni pada masa akan datang~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...