Friday 4 December 2015

Long Case - Paediatrics

Alhamdulillah, long case Paeds telah tamat pada hari khamis 3 Dec, 2015.First 8 students dah lepas. Sekarang, baki lagi 6 students sedang meneruskan perjuangan. 
     

Persediaan


Aku bukanlah seorang yang rajin sangat 24jam baca buku. Tapi aku percaya dengan manfaatnya. Most of the time, aku hanya menggunakan pre-requisite medicine knowledge sahaja, seperti bab anemia, dehydration, shock etc2. Cuma, dalam ilmu paeds ni, ada chapter tentang developmental milestone, yang pada aku sama susah macam menghafal biochem. Begitu juga dengan vaccination schedule. Ada dua pulak schedule yang India guna which are, IAP, dengan NIS. Maka berhuhu lah aku sampai ke sudah kena refer jadual immunization schedule. 

Ada satu lagi intrinsic problem. Aku ni bukanlah suka sangat dengan budak-budak. Bukan benci. Aku malas nak layan budak2 yang menangis. Leceh. Itu saja. Dengan ibu2 mereka yang high expectation jugak dekat kita, padahal kita hanya student je, merencatkan lagi confidence aku untuk practise dekat patient. Kalau ada pun, ikut orang je. Malam itu jugak practise examination; dekat diri sendiri lol. Tak pernah dibuat orang, tapi aku tak kisah. Itu lebih baik daripada buat benda2 lain yang tak berfaedah. Nasib baik slide tutorial pun dah siap, walaupun agak cincai sebab nak focus more dekat exam. 

Hari Exam


Pagi tu ada tutorial. Aku pulak kena present. Topic acquired pancytopenia dengan unclassified IBMFs. Present pun sederhana je, compared to previous2 presentation (previous week punya presentation kena puji dengan Dr, heheh). Balik tu terus selak buku Chedda. Lunch pun sikit2, xde selera sangat. Refer balik proforma untuk common case mcm CHD, nephrotic syndrome, dengan PEM. Practise balik semua gpe dengan systemic examination, so that tak kelam kabut depan patient nanti. 

Sampai dah dekat hospital, jam 2pm. Attendance sheet dah sign. Tengah tunggu Dr Murugesh, coordinator posting sampai. Meanwhile, kitorang buat heading siap2 dah untuk history dengan examination. Dr Murugesh sampai, dia call first 2 student. Aku first dalam list. Aku bangun, dan follow dia keliling katil2 patient. Pastu, dia stop kat satu bed ni, "You take this case", dia cakap, lalu beredar. My time started. 45min clerk, 15min writing. Aku greet mak patient tu, ajet2 baik lah. 2y/o female. Everything was fine, sampailah aku cuba nak pegang budak tu- Dia menangis kuat gila satu ward dengar, and peluk mak dia rapat2....

Aku tak cepat panik. Aku hulur gula2 cadbury, dengan harapan dapat gain trust. Dia ambik selamba je. Aku cuba sekali lagi nak try check tangan dia for cyanosis/clubbing, still dia menangis jugak, kuat gila gaban tahap speaker. In addition to that, mak dia pun speaking Kannada pekat tahap ceruk kampung, sepatah Hindi pun tak faham.

 Then I realized, that, Im gonna have a very difficult time now.....

Kalau bukan sebab exam, confirm aku dah blah. Tapi, terpaksa jugak ku teruskan. History  taking was very painful. Aku dah try my best cakap bahasa diorang, tapi still dia tak faham. Entah di mana silapnya. Selalunya, klau convert ke Hindi, most of patient akan faham, tapi tak dengan this patient. Adalah jugak kadang2, brother sebelah yang power english, translatekan untuk aku. Tapi sikit je, sebab dia pun sibuk nak jaga anak dia. Thats it. Berbekalkan chief complaint patient, dengan pengalaman yang ada, aku pun narrate dia punya HOPI. Yang history lain2 pun katanya takde masalah, so, aku pun letak je lah normal.  Tiba-tiba, dia keluarkan record dulu2 dari hospital lain, baru aku tau patient ada ToF dengan VSD. 

Tanya breakfast makan apa tak faham, tanya husband kerja apa pun tak faham. Tanya immunization dah ambik ke tak pun tak faham. Penat je selama ni datang class kannada, bila speaking patient tak faham. Tak boleh jugak nak salahkan dia, dah dia memang tinggal kat ceruk kampung. Kita pun taram jela semua normal...Even lepas habis history, part HOPI takde. sebab dia tak paham. Summary pun terbengkalai. Aku proceed je dulu.

Masuk examination. Aku bangun dari bangku, and letak case sheet atas katil utk prepare examine patient. Angkat je stet dari bahu, budak tu dah teriak terpekik terlolong. Allah...betapa bebannya rasa time tu, Allah je yang tahu. Aku start dengan piccle. Try nak tengok nails. Todia, immediate reflex dia tarik tangan dia. Aku dah fedup. Aku pakai dua2 tangan, pegag tangann dia kuat2, tak kasi dia meronta2. Dia melalak semakin kuat. Aku buat dono je. Mak cik2 bed lain pun simpati je panndang aku.... "Kesian budak ni"... (dialog hiasan =.=)

Nak check eyes pulak untuk icterus ad pallor. Lagi budak ni pegi pejam mata kuat2. Punyalah kesabaran aku betul2 diuji waktu ni. Geram rasa macam nak cungkil je biji mata dia. Aku kuatkan sabar. Tarik nafas dalam2, betulkan balik niat. Aku press je lower eyelid dia sampai nampak. Next check vital pulak. Hanya Allah yang tau, betapa patient ni meronta macam ikan kat darat bila aku nak pasang BP cuff. Di sebalik teriakan tu, nasib baik boleh dengar clearly korotkoff sound. Pulse dengan respiratory rate takyah cerita. Tangan gerak2, memang mustahil nak complete 1 min. Aku bantai 15sec darab 4 je. Respiratory rate? wew. Celah mana nak tengok dah dia meggeliang geliut tak tentu pasal. Hentam jugak.  

Anthropometry lagi. Duhh, aku teruskan jua, walaupun budak ni start bergolek2 macam kena minyak panas.

CVS examination. Tak dan nak rasa peripheral pulse. Straight ke precordium. Aku still tak faham pathophysiology yang budak ni tak reti duduk diam dengan tak henti2 melalak. Apex beat boleh rasa. Chest ada scar, yang mak dia kata buka sebab operation. Kepala dah bertambah pening. Itu, aku set aside kejap. Palpation. takde thrill, heave etc.  auscultation dengar bunyi dia menangis lah, dengan samar2 macam continuous murmur. Aku pelik, sebab budak ni bukan PDA, tapi, dah takkan nak tipu pulak, nanti kantoi dengan examiner. Aku pun decide nak tulis continuous murmur as auscultatory findings.

Per abdomen, dengan respi, dua2 ke laut. punya lah teruk budak ni melalak, sampai rasa guarding all quadrant P/A. tapi, mak dia tak kata anak dia sakit perut. Part percussion pulak, kita pun percuss je macam orang tak betul, dah budak ni tak boleh duduk diam. Last2 conclude je normal.  Thats it. aku dah tak larat nak layan kerenah budak ni. Pastu, takut jugak kalau tak sempat nak tulis balik. So, aku proceed dengan lengkapkan apa yang belum lengkap. 

Dr Murugesh tiba2 datang dari belakang, tanya dah siap ke belum. Noo, aku mintak 10min. Dia pun beredar. Dia cakap nanti, dr lain akan assess. To my surprise, HOPI aku still kosong tak bertulis....apa lagi, macam2 la goreng.

Presenting time


Waktu tu dah tak fikir apa dah, just go straight forward, and goreng sikit2 part mana yang lompong tu. Alhamdulillah, HOPI berjalan lancar. Soklan yang Dr tanya pu aku boleh jawab. Just ada sikit2 history yang dia cakap kena tanya in case of CVS patient. Aku terkejut jugak sebab boleh jawab soalann normal gross motor milestone. Ni, berkat member tanya waktu jalan2 otw ke hospital.   Sampailah ke CVS examination, Dr suruh aku demonstrate apex beat ,dengan diastolic shock. Aku demo, and cakap takde. Dr mcm tak puas hati, dia ambil file patient. Dia pun try, sama jugak, takde. Heave pun takde. Aku tau ToF ada heave, tapi masalahnya, patient ni takde, so tak berani nak gorenng part ni. Dia takde comment apa2, menandakan yang dia satisfied dengan demo & findings yang aku present. Auscultatory pulak, aku cakap je straight continuous murmur...

"Are you sure?"
Yes madam.
Aku pun pening. Ni bukannya PDA or CoA untuk continuous murmur. Dia try dengar. Lama lah jugak. Pastu dia suruh aku lukis murmur. Haa, pening tak pening macam mana nak lukis bunyi. Nasib baik ada tengok video Dr Najeeb, pasal heart murmur, kalau tak kelautla jawabnya.   Dia cakap yang murmur tu just during systole sahaja. Aku immediately tanya is it PSM, sebab memang clear murmur part systole, cuma, somehow aku macam dengar the same sound waktu diastole jugak. Dia cakap, its not CM, sebab boleh dengar S2. Aku pun iyakan jela. So, final diagosis ialah VSD. Aku tak cakap ToF sebab takde evidence of cyanosis or heave. 

Tak sempat nak present respi dengan per abdomen, dia dah wish aku goodluck and chow untuk assess next student. Patient pulak dah tidur. Lantak pi lah dia, malas nak usik2 dah, karang nangis lagi 1 ward dengar. Aku bagi lagi sebijik candy kat mak dia, say thankyou, and beredar dari situ.

Post Long Case Exam


Dah keluar ward barula tiba2 semua ilmu nak terlintas. Kenapalaa aku tertukar PDA dengan ToF. Kan sebab resp rate dia laju, sebab tu macam dengar murmur time diastole. Actually, its just a very rapid PSM je, mimicking a CM.  Aku pun baru tahu kalau dengar S2, maksudnnya bukan CM. Lalu berjalan lah aku dengan sedihnnya, mengenang nasib badan dapat patient yang "luar biasa" macamni. Sekarang cuma boleh doa je agar lulus untuk posting ni.

Tapi, aku kuatkan diri jua. Ni baru sikit. In real life, mesti ada lagi yang lagi teruk daripada ni. Aku tak boleh banyak complaint, sebab this is the profession I had chosen for. Aku just anggap, ini sebagai permulaan untuk aku capai cita-cita aku menjadi seorang pakar Cardiologist. Harap2 ilmu yag aku dapat waku long case ni kekal sampai bila2. Teringat satu quotes, terbaca waktu scroll fb malam sebelum exam.

"Every master, was once, a disaster..."

A master to be. InshaAllah~




 






Sunday 15 November 2015

Labour Room Oncall - Umpama Sebuah Karya Kehidupan

 

Aku bersama dua lagi rakan, ditugaskan untuk Oncall ke Labour room selama seminggu - 7 hingga 12 Sept 2015. Disebabkkan kami sibuk dengan sesi kelas sebelah pagi, maka kami memutuskan untuk ke labour room pada sebelah malam. 

Hari Pertama: 8 Sept

Hari pertama Oncall umpama hari pertama ke sekolah asrama penuh, SBP. Kami dikehendaki utk monitor BP & PR setiap patient (5 bilik, lebih kurang 35 pesakit) selang 2 jam.Sungguh kasihan melihat situasi di sini. Para ibu tidur di lantai bersebelahan katil anak mereka yg bersalin.Ada juga yang berkampung di tepi pintu Kadang2, terpaksa mengejutkan mereka disebabkan tiada ruang utk ambil BP patient.

Tiada patient yg on labour, atau delivery. hanya ada observe female catetherization. Jadi, aku berasa agak hampa pada hari pertama ini. Kami pulang sekitar 2.30am, setelah selesai monitor patient jam 2am.

Hari Kedua: 9 Sept

Seperti semalam, para PG yang bertugas tersenyum lega melihat kelibat kami yang tiba sekitar 9.15 pm. Aku sudah dapat mengecam beberapa orang dari mereka.Hanya lelaki yang ada ialah 2 lelaki internship JNMC.Yag lain ialah perempuan. Seorang PG pendiam, seorang Final Year JNMC berbadan besar, seorang PG pembuli, seorang PG spec garang, seorang surgeon putih, seorang surgeon muka mak orang, dan satu-satunya nama yang aku ingat, Kasturi Moshi. Bersama mereka ialah paediatric dan Anaesthetist PG & doctor Sejurus sampai, seperti biasa, kertas carta BP menanti untuk kami monitor...

 Selesai monitor jam 10pm, kami ditunjuk ajar cara menyediakan dilute & concentrated oxytocin preparation, dan setting CTG. Kami juga diajar cara utk membaca CTG. Sejurus tamat monitor jam 12pm, 3 orang patient goes into labour. Namun, ia bukan sekejap seperti yang disangka..

 Hampir 2 jam kami berdiri menanti delivery. Dan akhirnya, demi pengalaman, kami sanggup menunggu melihat buat pertama kali NSTVD di hadapan mata kami sendiri. Juga procedure episiotomy and suture. Kami pulang sekitar 3am, bersama kaki yang sangat cramp kerana berdiri non-stop selama 6 jam....


Hari Ketiga: 10 Sept


Sesampainya kami di sana jam 9.15pm, carta BP sudah menanti, namun ia kelihatan agak pendek berbanding biasa. Masuk2 saja labour room sudah ada delivery, kami meminta untuk melihat ia dahulu.
 Selesai ambil BP beberapa patient, kami dikejutkan dengan Kasturi Moshi yang menghulur baju OT kepada kami secara tiba2.

Apa lagi, memang peluang yang kami nantikan. Kami berpeluang melihat 2 LSCS surgery waktu itu. Bagaikan tidak percaya melihat perut dirobek, untuk mengeluarkan fetus, & kemudiannya uterus untuk disuture. Namun, apa yang lebih mendebarkan ialah blackout waktu surgery....Only in India....nasib baik hanya sekitar 3 minit, jika tidak patient pasti takkan survive..

Keluar OT dan bersedia untuk monitor jam 12, aku tiba-tiba dipanggil untuk ke OT bilik hujung. Ia umpama reserved OT untuk patient yang lebih severe. Bagaikan tidak percaya. Aku pun menuju ke sink untuk scrubbing, menggunakann memori waktu OSCE tahun lepas...PG pembuli, melihatkan aku kekok, memberitahu aku sedikit sebanyak tentanng apa yang aku missed sebelum ke OT. Baik jugak dia sebenarnya...

Aku berdiri di hadapan pintu OT. Kasturi Moshi melempar surgical dress yang terlipat. Ia dipakai seperti perempuan memakai sweater mereka. AKu kekok lagi. Seorang Dr Anaesthaetist menolong aku. Aku meminta maaf kerana ini pengalaman pertama di bilik OT. Seorang assisttant mennghulur surgical glove. Tanganku menggigil entah kenapa, sehingga jari tak masuk properly dlm glove. Beliau kata tak apa, buat perlahan2 kerana dia tidak boleh menyentuh glove aku, mengikut sepsis protocol,.

Siap. Kini aku betul2 kelihatan seperti seorang surgeon. AKu berdiri di sebelah surgeon.Beliau menyuruh aku meletakkan tangan di kaki patient. Abdomen telah dibedah sehingga uterus. Dia menghulur Doyen retractor, untuk aku pegang. Simple, tapi melenguhkan. Lower uterine segment dihiris, dan tatkala itulah amniotic fluid membobok keluar. Nak tarik tangan tidak boleh, maka terpaksa dibiarkan sahaja tanganku merasai kehangatan amniotic fluid yang melimpah keluar, membasahkan meja dan segala instrument yang ada. 

Rambut baby sudah kelihatan, abdomen dirobek lagi bagaikan mengopek durian. Sehingga cukup space untuk pull baby. Penuh tangan di abdomen patient.untuk incision, untuk retractor, untuk suction, untuk lap bleeding, untuk tarik baby. Dengan segera, baby di pull keluar, dan ditepuk sehingga cry, lalu dibawa keluar dengan tray. Tugas mereka belum habis, kerana uterus perlu disuture. Tangan aku sudah tidak mampu bertahan lagi memegang retractor, Sangat lenguh. Kemudian, dr menegurku supaya tidak meletakkan pressure kepada retractor itu, barulah tanngan tidak lenguh. Suture disambung sehingga skin layer selesai.

Selesai surgery dan transfer patient ke post-op ward, aku dipanggil oleh ward assistant untuk sign surgery records. Aku terkejut. Ku beritahu bahawa aku bukan doctor, tetapi hanya intern student. Beliau kata tidak kisah, kerana aku telah assist surgery. Ia merupakan satu penghargaan yag amat sangat bagiku. Kedengaran juga Anaesthetist dr mengatakan yang aku berjaya assist surgery dgn baik, walaupun pertama kali masuk OT..Dalam hati aku, pegang Doyen retractor je pun haha...

Kemudian baru terjumpa rakan2, mereka kata telah settlekan monitor jam 12. Mana taknya, aku melihat jam ketika itu 1.30am. Langsung tak sedar masa yang berlalu di OT. Aku minnta maaf kerana diminta masuk OT. Aku menceritakan pengalamn ku di bilik special kami (Head Unit Room) sambil kami menunggu jam 2am untuk final monitor kami malam itu..



Hari Keempat 11 Sept


Hari ini kelihatan seperi biasa. Malah, buat pertama kalinya dalam 25 taun, kedua-dua labour room kosong!, menurut seorang pekerja senior di sini. Maka kami pun sedikit hampa, dan hanya mengambil routine BP ibu-ibu ini sahaja. Awal gila dah balik.

Secara keseluruhannya, membantu sikitlah labour room posting ni. Just, turn kami terlalu awal. In fact, ada sekali tu PG dah offer dah nak try buat episiotomy ke tak. Malangnya, suture belum belajar lagi, and kitorang pun x boleh main jahit je. So, yeah hopefully next time, luck will be on our side. ~












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...