Wednesday 25 July 2012

Philosophy has Turned me On

''There will be moment when people summarise you during 30min of meeting. Though seems unfair, that is how the system works. The dark solution is hypocrisy....''


     Once, reading the plentiful branches of philosophy on Wikipedia is just a leisure activity, made due to the depletion of idea. Oh, not to mention that I was brought there when reading Allegory of the Cave,Sun and when reading Shakespeare biography.

     For me, Philosophy during that time reflected a ridiculous way of human views. Why there must be a bunch of hardcore mentalist that thinks what people think that they might be thinking? I assumed that Philosophy is just a wasteful of the precious time, when you can live normally without worrying about a single damn thing about it.
Images from wholelifediets.com


     Well, my brain seems to hit me back eventually, as if dissatisfied with me. The times come when I reviewed The Matrix Trilogy during my IB course. Yeah why not? Philosophy is not eccentric, it is a means of escapism (I got this word from another blogger though) for you to imagine your life from the eyes of others, your parents, partners, teammates, and even your pet.

     Previously, words of wisdom is rubbish for me, I mean if not them who had said them, I or someone else would then, lucky they got the name. However  now, whenever I encounter a word of wisdom column, I consider them as a great tool for realizing humanity. Those quoters must be a mastermind for understanding the complexes of humanity system.

     Well, now my heart has opened for conceptual thinking, logic and justified reasoning. Yet some are insulting, I preferred to use them up for the good. Anyone can try this: spend some time to reflect your surrounding, create your own quotes and dont forget to Googled them to avoid plagiarism (oh, this word really made me stress once..)

     I wonder why did I compose this post in English. Well, life is about choices and this time, my brain and desire chose to spoke in English. Pretty rare but awesome though. xD








Monday 16 July 2012

You're Right but....Annoying

''Sering kali hati bertanya, tiap saat kita bersama sampai bilakah harus ku memendam rasa..''

     Ayat ini dibaca dengan nada ala-ala panas, (bukan jiwang eh) yang dapat menggambarkan betapa geramnya perasaan Aku (dan sesiapa saja) bila berjumpa dengan golongan ini. Memanglah rapat, tetapi hati tak kesampaian untuk menegur mereka>> Yang claim dan point  mereka betul tapi ada unsur-unsur annoying serta sinisme sampai terasa hati orang lain. 

       Aku menyedari hal ini setelah terkena, namun bila diimbas kembali masa lampau, Aku pernah juga ada sikap macam ini dahulu semasa masih di college. Tapi apakan daya hendak mengubat hati-hati (wanita?)  yang terasa, hanya maaf sesangat yang dapat Aku ucapkan.  

         Kebenaran pasti akan tertegak jua akhirnya, cuma caranya saja berbeza. Mungkin ada insan-insan  di luar sana yang bright (tanak cakap diri sendiri, haha). Ya! Mungkin kami tak tahu apa yang anda tahu, tetapi pengetahuan itu adalah rezeki anda. Ianya bukan hak anda untuk menghina kami melaluinya. 

       Seeloknya, mereka yang terguris hati bertindak menegur perbuatan ini. Jangan biarkan hati tertanya-tanya, sampai bila boleh bertahan. Nescaya, kedua-dua pihak akan benefit. Pengalaman merupakan our best teacher dalam membentuk sikap dan keyakinan diri. Penyesalan, sebaik-baik turning point yang pernah dikurniakan. Lebih baik makan bubur daripada nasi yang sudah basi. 

     Sekian epilog ini yang hanya menyampaikan pandangan jujur dan nasihat saja. Sesungguhnya ramai orang zaman moden ini tidak mengambil berat tentang benda-benda perasaan remeh macam ini, padahal itulah sebenarnya teras kepada perkara yang lebih besar. Dan beruntunglah orang yang memberi peringatan dan mengambil pengajaran. Sekian.







Wednesday 11 July 2012

Life: Understanding People's Behaviour

     Jadi, seterusnya Aku ingin menyambung tentang satu hakikat, iaitu human behaviour versi modern punya. Mestilah modern sebab kita semua, sekali dengan mentaliti akan berubah sekali mengikut zaman.  Apapun, Aku ingin berkongsi beberapa perilaku manusia moden yang kebanyakannya tidak disedari mahupun dizahirkan. 

Hakikat yang Tak Kelihatan

     Dari segi daya tumpuan, manusia tergolong dalam dua kumpulan iaitu long term focus dan short term focus. Selalunya, tahap fokus dan kesedaran kita berada pada short term. Ha, apakah maksudnya? Well, ianya menjelaskan beberapa behaviour kita macam:

  • Kalau baca buku teks sejarah atau esei orang hanya sampai 2-3 perenggan saja.
  • Dengar lecturer mengajar di hadapan, then baru 10 min terasa macam sejam
  • Tengah revise buku kononnya fokus; sedangkan baru 2 pages dah terasa nak main DotA -___-''

  Aku sendiri memahami situasi ini, lalu meletakkan sedikit picture dan tulis sikit-sikit saja dalam entri yang lepas-lepas, takut sendiri malas baca. Walaupun short term focus nampak teruk, tapi ini adalah norma manusia. Anda akan menukar fokus anda jadi long term kalau melakukan sesuatu yang memang minat anda, ataupun tertarik melalui first impression. Contohnya:  

  • Mudahnya wanita menghabiskan satu novel cinta 200 mukasurat dalam sehari kerana minat
  • Hanya page yang ada gambar dalam buku sejarah yang menarik perhatian untuk dibaca.
  • Penerbit buku letak book cover warna warni yang boleh beri first impression untuk pelanggan, tapi isi dalam black n white saja
     Baiklah, dengan mereverse-kan the concept, anda akan dapati jika anda ingin mendapatkan perhatian kawan ke, interviewer ke, atau girlfriend (chewah), anda mesti dapat mengubah fokus mereka jadi very-very long lasting terhadap anda. Well, terpulang pada diri sendiri macam mana.

     Seterusnya, seorang sahabat karib Aku pernah mengingatkan Aku dengan ayat yang aku tak akan lupa:

''We girls do appreciate small things''

       Jadi, Aku ingin modify sedikit ayat beliau ni, ''We, humans do appreciate small things''. Ya! Sebab Aku tahu lumrah manusia yang memang gemar ke arah penghargaan tanpa mengira gender. Sesenang-senang penghargaan yang boleh anda tunjukkan ialah senyuman; kalau rajin sikit ucaplah terima kasih. Cubalah, dan pasti anda telah mengindahkan hidup anda, dan orang di sekeliling anda.


    
      Selain itu, adalah menjadi kelaziman pada generasi kini untuk mendapatkan info dan detail serba latest tentang benda yang mereka MINAT. Seorang sahabat Aku tak habis-habis post latest news pasal Nokia (minat la katakan). Aku pula, tak tahu apa-apa pasal Nokia; baik-buruk semua kena tanya orang.

       Bagi Aku, bidang Math & Science lebih menarik minat. Tahukah anda, pada tarikh blog ini ditulis, sudah 42 hari elemen nombor 114 dan 116 dinamakan sebagai Flerovium (Fl) dan Livermorium (Lv) dalam Periodic Table. Nasib baik Aku sudah tamat course IB Diploma dan tak perlu memikirkan pasal ini lagi, haha. Apa yang perlu anda faham ialah minat setiap orang tidak sama, dan dengan memahami ini, hubungan anda (friendship) pasti lebih bermakna.

Fahami Orang Lain

     Sedikit sebanyak dengan memerhati orang lain, Aku dapat memahami tindakan mereka. Jadi, ada 3 behaviours yang dibincangkan dan ini hanyalah perkongsian pendapat saja. Apa yang pasti, Aku berpendapat dalam hidup ini, kita perlu faham akan orang lain. Nescaya, orang lain akan faham anda pula nanti. Komen yang boleh dikongsi bersama dialu-alukan. Sekian.








Monday 9 July 2012

Fairy Tail: Happy Ending Tidak Mustahil

    Kejanggalan Pada Drama

      Pertama sekali, Aku berpendapat realiti kehidupan yang intersect dengan unsur drama adalah karut dan absurd. Aku tidak percaya pada air mata drama kerana mereka tak ubah seperti terpaksa saja. Bukan sekadar air mata, Aku berasa agak janggal kalau asyik jumpa orang yang sama saja setiap kali lalu, walhal kalau drama, berpisah sekejap pun nak menangis dan berpeluk-peluk.
       Kalau diperhatikan pada drama, hampir semua jalan cerita ikut skrip fairy tail yang happy ending. Aku berpendapat ini adalah kontra terbesar dalam kehidupan ini kerana tidak semua insan berpeluang merasai detik gembira.

The Word of Wisdom

    Meskipun aku tidak berapa taksub dengan keindahan cerita fairy tail, namun ada beberapa peristiwa yang menyangkal pemikiran Aku. Well, aku dapat simpulkan ending kehidupan ini menerusi sebaris ayat; sedap kalau translate jadi English:

             ''Eventually, the thing that counts is the well ending, not the foul beginning''

     Ya! Bagi apa-apa pekerjaan sekalipun, janganlah dinilai dari permulaannya yang teruk, tapi dari hasilnya. Aku mempunyai beberapa pendapat untuk dikongsi bersama tentang quote ini. Mungkin ada yang dekat di hati anda atau macam pernah dengar, mana tahu?

     Beberapa Alkisah

     Aku dapati agak susah untuk memandu kereta walaupun kalau tengok orang lain, macam petik jari saja mereka lepas JPJ test. Pusingan pertama aku dalam lesson pemanduan yang pertama sudah jadi petunjuk awal yang aku akan gagal. Dengan enjin kereta yang mati dalam 5 kali dan 2 tiang terkorban semasa parking kereta, suasana ketika itu amat frustrating. Ianya terbukti; Aku gagal semasa ujian JPJ sebenar kerana berhenti terlalu lama di ujian 3 penjuru.

     Aku dihujani perasaan bersalah kerana terpaksa melaburkan extra RM untuk benda ini. Itu pun atas dorongan keluarga, kalau tidak, sudah lama aku biarkan terbengkalai saja. Well, akhirnya aku ketepikan perasaan risau akan gagal dan berjaya melakarkan huruf ''D'' di lesen memandu Aku. The well ending...

     Semasa menuntut dalam diploma IB, aku bagaikan terasing kerana pertama kali berjumpa dengan mastermind yang kencang dalam pelbagai bidang. Aku terkakai dalam subjek Theory of Knowledge beserta segala bagai ujian lisan yang seakan-akan tahu aku perlukan masa untuk fikir apa yang nak dikatakan; spontan memang nightmare.
        Tatkala Aku terlalu memikirkan diri sendiri, rupa-rupanya ramai lagi sahabat yang memerlukan bantuan.Ada yang mengeluh asyik dapat gred 5 (max gred 7) dalam exam math atau subjek lain. Amaran cikgu-cikgu akan exam sebenar kami sudah bagai bom jangka menanti detik 00.00 saja. Hanya doa, tawakal dan ilmu yang menemani kami sewaktu exam sebenar. Namun siapa tahu, rakan Aku yang tak pernah cecah score 40 (max 45) tiba-tiba score 40, malah ada yang lebih. Aku sendiri terkejut, namun  yang lepas biarlah ia berlalu. Peristiwa ini menguatkan lagi keyakinan aku pada quote ini. The well ending...
       
       Ultimately, sebagai seorang muslim kita perlu mempersiapkan diri kita untuk ke alam kematian. Aku tiada tauliah, malah ilmu pun dangkal celup lagi kalau nak tulis soal agama. Tapi kita perlu berwaspada, sedangkan tukang kasut yang seumur hidupnya jujur boleh masuk neraka, kerana sekali khianatnya pada pelanggan (beliau korek sedikit kayu di terompah untuk buat pencungkil gigi, tapi tak beritahu customer). Aku berpendapat, apa yang penting nanti ialah kita semua dapat menuju ke syurga Allah, the well ending- tak kiralah apa pun cabaran yang kita hadapi.

 Jadi, inilah satu-satunya part di mana Aku percaya akan happy ending dalam fairy tail...Jadi, kalau ada orang marah or kutuk anda sebab prestasi anda teruk, ingatlah quote ini dan anda mesti buktikan yang mereka salah!

Nantikan epilog  yang akan datang, InshaAllah, banyak lagi isu-isu yang akan dikupas melalui perspektif seorang Aku. Siapa Aku? Aku bukan siapa-siapa.Sekian.
















Sunday 8 July 2012

Life: The Line Mechanism

      Baiklah, Aku tertarik untuk memulakan isu pertama dengan tajuk ''Life'' ie kehidupan. Ini bukanlah seperti mana-mana esei SPM  mahupun tesis yang panjang meleret, tapi sekadar pandangan dan tafsiran Aku saja setelah melaluinya.

SEJARAH RINGKAS

     Kajian dan debat tentang permasalahan kehidupan sudah bermula sejak 500 BC pada zaman Plato lagi menerusi The Metaphor of the Sun yang membicarakan tentang realiti kehidupan menerusi analogi menggunakan matahari. Selepas itu, lahirlah cabang-cabang falsafah yang lain seperti, epistemeolgy, theology  (TOK pun adalah sikit2) etc.
      Sekitar awal kurun ke-17, William Shakespeare menyifatkan kehidupan  umpama sebatang lilin yang tempoh nyalaannya amat singkat. Ada lagi mereka yang menggambarkan hidup ini umpama berlian yang tak ternilai, roda (kejap atas, kejap bawah) , jigsaw puzzle (jumpa kat fb, haha) ECG wave (mesti ada ups & down, kalau straight line, mati) dan lain2 yang mungkin Aku belum pernah terbaca.

PERSPEKTIF AKU

      Aku mempunyai pandangan sendiri untuk visualize kehidupan agar ianya hampir selari dengan realiti sebenar. Baiklah, Aku sering menggambarkan kehidupan ini umpama satu number line. Ha, mengapa number line? Sebenarnya, Aku mempunyai minat yang kompleks dalam bidang matematik. Jadi, entah macam mana idea ini boleh melintasi fikiran dan aku berasa tertarik untuk mengembangkannya. So, selepas tolak Complex Number, Argand Diagram dan ambil kira Real Number line, rupanya lebih kurang macam yang ini:


Number line mempunyai ciri-ciri yang berikut:
  • Ia bermula dari 0 dan bertambah positive unit ke kanan dan bertambah negative unit ke sebelah kiri
  • Tiada had untuk kedua-dua arah yang akan menjangkau infiniti
  • Ianya amat bosan dan kalau anda lukis, mungkin rakan anda akan kata, ''Demam ke, beb?''

     Anda mesti pernah mendengar yang hidup ini mesti positif dan ayat skema sekolah rendah , ''jangan terjebak dalam gejala negatif''. Well, seiring dengan peralihan zaman Aku juga pernah merasai perasaan jiwa kosong. Jadi, anda di sebelah mana; (+), (-) atau 0?
      Hidup ini penuh dengan cabaran yang mendatang. Akan tetapi, anda perlu sentiasa melangkah dan melihat jauh ke hadapan untuk menghadapinya, sama seperti number line yang semakin positif apabila bertambah ke hadapan. Nilai kehidupan anda akan bertambah seiring dengan langkah positif yang anda buat.
     Ada juga yang menyalahkan masa silam sebagai punca kegagalan, tak kurang juga yang suka mengungkit kelemahan waktu dulu sebagai beban untuk melangkah ke hadapan. Jadi, mereka yang gemar memandang ke belakang ini tak lari ibarat number line yang begerak ke belakang ke arah nilai negatif. Hidup mereka literally akan jadi kurang bernilai dan asyik bersikap negatif saja. Jadi, sekarang, anda di sebelah mana? 
      Ada juga vertical number line, yang kalau diletakkan bersama jadi Cartesian plane. Hasilnya masih sama: Jika anda tidak mahu selalu berasa DOWN sepanjang masa anda mesti bangkit (get UP ) dari konflik diri yang melanda. Kesimpulan dari idea Aku ini, Aku berpendapat hidup ini perlukan manusia yang berwawasan dan sentiasa melangkah ke hadapan. Langkah yang anda ambil akan menentukan nilai hidup anda, Get the point?
     

SAMBUNGAN

     Jadi, itu adalah sedikit sebanyak tentang cara untuk menghadapi kehidupan menerusi perspektif Aku.  Kalau Aku panjangkan lagi isinya, memang bunyinya nanti macam buku Psychology dan tak banyak yang baca kerana ini satu lagi fitrah manusia.  (InshaAllah, nanti akan ada entri untuk ini pula). Akan datang ialah sambungan bagi epilog ini, yang akan membicarakan tentang dua gergasi iaitu drama vs realiti. Sebarang komen adalah dialu-alukan.  Sekian.











Saturday 7 July 2012

Pengalaman Blog yang Pertama oleh Aku..


     Banyak isu yang akan diketengahkan dan diutarakan menerusi perspektif seorang Aku. Well, mungkin ada jugak cerita tentang asal-usul address blog ini sendiri nanti, ESA (epilog-seorang-aku)..
     Tak banyak ayat-ayat gramatis, tapi cuma menyatakan fakta dan perkara yang ingin diluahkan saja di kala waktu kelapangan masih meniti (chewah)..

BIODATA

     Sebagai permulaan, biarlah Aku menceritakan sedikit biodatanya. Aku tidak berminat dengan biodata yang skema, macam favourite food, hobi, DoB, etc...Bagi aku, ciri-ciri biodata ini lebih kepada cara kita menganalisa diri sendiri beserta perwatakannya secara pure untuk memudahkan orang lain memahami diri kita.
     Mula-mula, Aku gemar memerhatikan perwatakan manusia lain. Setiap kali aku melihat gelagat manusia, aku akan berfikir tentang rasional tindakan mereka itu. Fitrah manusia adalah bertindak rasional, jadi tatkala Aku melihat tindak-tanduk manusia yang lain dari yang lain, Aku akan mencari justification untuk action mereka. Well, kalau takda Aku simpulkan mereka ini special kalau tak tergolong dalam kumpulan orang gila.
     Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan kerana terlalu banyak memerhatikan orang, Aku berubah sikap menjadi seorang yang pendiam dan tidak banyak berkata-kata. Aku lebih gemar berada dalam comfort zone dan tidak akan bertindak atau memulakan sesuatu selagi tiada urge to do so. Aku teringat akan pepatah Melayu: bagai pahat, tidak ditukul tidak makan.
     Aku merupakan seorang yang berprinsip human realist. Aku tak percaya, apatah lagi menaruh minat kepada movie ataupun anime/kartun yang overloaded dengan alien, penjaga galaksi, etc...Biarlah x real dan lebat macam mana sekalipun, asalkan cerita human based macam Naruto, Detective Conan (teringat seorang kawan Aku yang memang suka Conan, so Aku suka panggil dia kiddo haha) dan etc..
     Aku percaya dengan apa yang dipanggil 'hukum karma' dan 'dejavu' meskipun kedua-duanya tidak dapat dibuktikan melalui fakta sains. Aku percaya jika kita buat kebaikan pada orang, nescaya kalau tak immediate, lambat laun ada orang yang akan buat baik pada kita. 
     Jadi, Aku reversed the sequence: kalau nak orang happy, kita mesti happy dulu dan kalau kita marah-marah, orang sekeliling kita pun mesti terbawa2 dan asyik nak marah saja, betul tak?Yes! Pepatah Arab pun kata: Barangsiapa yang menanam, dialah yang dapat menuai hasilnya. Itu merupakan contoh behaviour yang telah aku perhati dan fikirkan secara mendalam dan apa yang baik telah Aku cuba jadikan panduan hidup ini.
      Aku berasal dari keluarga yang sederhana, tiada darah raja, pembesar, Dato' mahupun Datin. Jadi, ianya bagaikan satu cabaran bagi Aku untuk menyesuaikan diri dengan orang2 seperti ini. Well, Aku sendiri  pun mempunyai rekod buruk dalam berkomunikasi secara professional.
      Aku sangat kagum akan mereka yang dapat berpidato, menyampaikan hujah yang bagai meriam saja tanpa henti. Aku memang fail kalau spontan dan tiada kebolehan seperti itu, hendak cakap pun kena fikir dulu apatah lagi mahu mempertahankan hujah sendiri. Jadi sewaktu kelas, aku menjadikan rakan yang petah berkata-kata sebagai idola untuk Aku memperbaiki skill komunikasi Aku. 

ASAL-USUL

     Sebenarnya, idea tentang ''epilog seorang aku'' telah pun tercetus sejak 2009 lagi, ketika aku masih menuntut di Form5. Ketika itu, Aku di prep malam (student SBP) dan tidak dapat fokus untuk study kerana terlalu banyak konflik yang melanda diri; keputusan exam merosot, cikgu tak suka, ditinggalkan girlfriend (kidding, best friend) kawan-kawan bahan etc..
       Di tempat duduk sendiri, Aku, dengan hampir menitis air mata mengenangkan nasib ini mencapai sebatang pensel dan mula mencanangkan idea tentang situasi Aku ketika itu. Maka lahirlah karya ringkas yang macam cerpen pendek (dah pendek, pendek lagi, haha); ESA yang kini entah ke mana yang berkisar tentang kesedihan dan nasibku yang bagai jatuh ditimpa tangga ini. Aku luahkan segala-galanya di atas kertas itu, walaupun aku sendiri sedar yang ia tidak akan memperbaiki mutu penulisan aku jua.
       Itulah satu-satunya karangan pasal diri Aku. Kini, Aku telah tamat Form5 dan juga selesai program Diploma International Baccalaureate, IB. Namun, 2 tahun yang Aku hadapi bukanlah seperti fairy tail yang happy ending saja. Terlalu banyak duka, kepayahan, seksa dan pengorbanan yang telah aku lalui, tak lari seperti sekolah dahulu saja rasanya. Jadi,  kebetulan pula masa lapang ada melimpah-limpah, Aku bercadang untuk menyambung legacy ESA melalui blog pula.

FOKUS

     Jadi, di entri yang akan datang, inshaAllah, Aku akan berkongsi pendapat tentang beberapa isu yang menarik serta banyak lagi realiti manusia dan masyarakat yang aku rasakan menarik perhatian. Lagi satu, Aku amat menghargai sokongan. Jadi, Aku ingin berterima kasih kepada sesiapa saja yang telah menyokong Aku selama ini. Tanpa anda, Aku pasti sudah lebur dimamah kehidupan. 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...