Assalamualaikum salam sejahtera semua, wah sudah lama betul aku tak menulis ya..Maklumlah,lepas habis grad, busy nak settlekan daftar MMC, SPA semua. Nak settlekan convo lagi.
Okaylah, sebenarnya aku menulis entry ni sebab waktu nak kerja McD dulu, TIADA langsung yang cerita cara2 atau proses nak apply kerja McD ni. Yang ada pun cerita keburukan/kebaikan kerja di sini. So, those yang baru terfikir or start nak apply kerja di McD boleh lah baca ya, semoga bermanfaat.
Sebelum Apply Kerja McD
Waktu nak apply kerja, anda semua kena decide dulu nak mohon jawatan apa. Basically, jawatan ada 4, Restaurant Crew (baju merah), Customer Service Ambassador, CSA (baju purple), Barista (baju oren dan Manager (baju kelabu). Jawatan Manager memerlukan Ijazah dalam bidang F&B dan sebanding dengannya, atau pernah bekerja di McD minimum 3 tahun. Bagi mereka yang TIDAK PERNAH bekerja dalam industri McD, anda perlu bekerja sebagai Restaurant Crew terlebih dahulu. Takkan kita nak manage benda yang kita tak tahu, betul tak?So, most of the time, yang baru nak masuk kerja akan jadi Crew lah.
Okay Sekarang nak Apply
Ada orang yang apply kerja McD di website2 jawatan kosong. In that case, mereka akan kena hadir interview di store2 (istilah rasmi untuk Restoran) McD random di seluruh negara, tak semestinya yang dekat dengan rumah kediaman. Tapi ini memakan masa untuk pemprosesan etc. Cara cepat ialah directly datang ke store.
Dahulu waktu aku start kerja, McD ada satu pamplet seperti borang apply kerja yang diletakkan di pintu masuk atau di tepi sebelah kaunter. So, kalau macamni senang, isi saja borang tu dan passkan ke mana2 staf McD untuk diserahkan kepada manager. Dalam beberapa hari, manager akan panggil korang sekiranya diluluskan. Sekarang, at my store (McD Teluk Intan), borang ni sudah tiada. In this case, korang approach je mana2 Crew yang korang nampak, and cakap "Nak mintak kerja boleh?".
Then, kalau ada kekosongan, on the spot, manager akan interview korang, Make sure korang berumur 18 ke atas by IC sebelum memohon ya.
Interview ni bukanlah gaya interview SPA tu ya, santai and pakai baju biasa saja. Manager just nak tahu latar belakang korang and yang paling penting, BERAPA LAMA korang nak kerja. Kalau setakat sebulan dua, most likely korang tak akan diterimalah. Macam aku graduan course Medic, ada gap almost setahun sebelum masuk kerja, so sebab tu aku boleh join kerja di sini. Manager juga nak tahu sama ada korang available setiap masa, atau korang hanya free pada waktu tertentu saja sebab dorang perlukan info ni untuk buat jadual kerja.
Nak Masuk First Day
Okay sekarang korang dah habis interview. Selalunya, kalau korang dapat masuk manager awal2 btau dah apa kena buat. Aku just bagi idea lah eh untuk yang takde pengalaman. Benda pertama yang korang perlukan STAT adalah suntikan Typhoid. Ini adalah wajib kepada semua pengendali makanan dan tertakluk dibawah undang2 Malaysia, Akta Makanan 1983. Sabit kesalahan akan didenda RM10,000 atau penjara maksimum 2 tahun.
Harga injection ni berbagai2 dari rm50-70 untuk klinik swasta (mungkin lebih di kawasan Selangor/KL). Di klinik 1Malaysia, atau Hospital kerajaan boleh didapati dengan RM20. Selesai dapat injection, simpan kad imunisasi, dan resit sekali kalau ada. Bawa ke store on your first day, tunjuk dekat manager. Selain injection, benda yang tertakluk dibawah undang2 ialah kelas pengendalian makanan. Kelas ni ialah 1day paid course yang wajib korang attend dan akan diuruskan oleh manager around 1-2 weeks lepas korang start kerja.
Next, attire, korang perlu cari baju Tshirt putih, short sleeve lelaki, long sleeve perempuan (perempuan ada extra tudung hitam), seluar hitam and kasut hitam. Bagi lelaki, janggut tak dibenarkan, so kena shave, misai boleh asalkan kemas. Belilah baju and seluar ni mimimum 2, sebab korang kena pakai baju ni around seminggu. Korang akan dapat apron dengan cap je on first day. Lepas dalam semiggu, barulah korang dapat baju McD yang merah stripe hitam tu.
Etika pemakaian baju McD |
Seperkara lagi tentang requirement sebelum masuk kerja. Korang perlu ada account Maybank, sebab gaji dibayar thru maybank. And bagi yang belum pernah bekerja (mcm akula student degree duk buat belajar je), korang kena daftar KWSP. Senang je, serious....dekat bangunan kwsp tu, straight pegi ke mesin, xyah pergi ke kaunter pun xpe.
Macam Mana Kerja?
Okay, sekarang korang dah diterima masuk. Nice job people! In general lah kan, aku cakap in general. Crew Lelaki akan diletakkan di Kitchen whereas perempuan akan masuk Front counter atau Drivethru (DT) counter. Shift kerja Full Time adalah selama 8 jam sehari (7.5jam kerja, 30min break), 6 hari seminggu.Whereas shift kerja Part Time adalah 4 jam sharp tanpa break.
Waktu mula2 masuk ni, nama korang belum ada dalam duty roster. Dalam seminggu, nama korang akan didaftarkan dalam system dan korang akan dapat buat unique Palm ID untuk punch in dan punch out.. System punch dekat McD ni guna tapak tangan korang sendiri, so mustahil nak palsukan waktu korang masuk and keluar
Dalam seminggu, korang ada 1 off day, itupun tak tetap kejap hari rabu, kejap khamis etc depends. Shift paling awal ialah shift 7am-3pm yang dipanggil sebagai "Open shift". Shift paling lambat ialah shift 11pm-7am yang dipanggil "Midnight shift". Aku nak cerita pasal kitchen lah, sebab waktu aku mula2 masuk pun, aku kena campak situ je huhu.
KITCHEN
Okay so bagi yang tak pernah ke McD, korang kena tahu McD ada 2 jenis set makanan. Breakfast (4am-11am) dan Regular Menu (11am-4am).Dan untuk regular Menu pulak, ada Burger and ayam. Standard budak2 baru masuk lah, korang selalu akan disuruh masak ayam je. Sebab apa?, sebab untuk masak burger perlukan speed and accuracy. Kalau customer complain pasal anything wrong pasal their order , say, patty dah keras, atau ban dah lembik satu kitchen crew akan dipersalahkan. In addition, KVS (kitchen-video service) kena jaga bawah 25 saat or else manager akan panggil korang lagi kenapa lama sangat nak siapkan product. Whereas masak ayam lebih relax and less pressure, tapi takdelah relax sangat sampai tak siap2 ayamnya kan. Kalau product tu parking (istilah untuk customer kena tunggu barang ni siap masak), korang still kena sound dengan manager jugak.
Setiap Crew yang masuk at specific time ada function masing2. Contohnya Crew Open kitchen (7am-3pm) kena buat breakfast, crew 9am kena standby untuk regular menu, crew 10am masak ayam, 5pm bersihkan grill, 9pm buat filtering dan sebagainya.
Kerja bukan setakat buat burger dan masak ayam saja. Korang juga perlu belajar part cleaning/maintainance. Contohnya, tempat Grill digunakan untuk masak GCB, beef patty. Korang perlu belajar cara guna, cara bersihkan, and cara maintainence dia. Tempat masak fries, patty dan ayam pulak, setiap malam kena buat "Filtering". Kalau minyak dah hitam, kena tukar minyak baru terus. Satu kitchen area pulak kena "Scrub" untuk bersihkan sisa2 mintak dsb dekat lantai. Berita baik ialah crew2 malam je yang akan buat kerja2 bersih/maintenence ni SETIAP MALAM, so kalau korang masuk pagi senanglah sikit kerja sebab petang dah balik
Selain tu, dalam 2-3 kali seminggu, lori delivery akan sampai and 2 orang yang nasib tak baik akan dipanggil manager untuk susun barang2 ni. Bukan sikit tau, banyak berkotak2! Barang chiller, barang freezer, barang drystore and barang2 backyard. Korang kena angkat barang2 ni, susun atas trolley, then susun balik dalam store. Confirm sakit belakang kalau kena.
Let say korang punya shift habis pukul 5pm, korang tak boleh balik macamtu je. Korang kena "stockup" barang2 yang dah habis digunakan (stockup product dengan kotak). Stockup ni maksudnya macam refill la so that crew yang nak sambung bekerja tak perlu susah2 nak cari product2 yang dah habis ni dalam freezer/chiller drystore. Dorang pun kena jaga KVS timer jugak
LOBBY
Dalam lepas 3 minggu aku kerja kitchen, aku kena masuk Lobby pulak. Lobby ni merangkumi dining area, and toilet. Kerja lobby ni senang je macam waiter restoran. Kerja korang angkat tray, stockup sos, lap meja, sapu, mop dan kerja2 pembersihan lain. Bila pagi, best lah kalau kerja lobby ni, sebab customer pun kurang, serious lepak je korang kerja. Siap boleh singgah kitchen lagi sembang2 dengan dorang.
Tapi, kalau korang dapat midnight lobby (11pm-7am), fuh, ni sakit. Sebabnya, korang kena scrub the whole lobby by yourself. Macam scrub kitchen, senang je sebab kitchen tu kecik. Lobby ni satu kawasan makan tu semua korang kena alihkan meja & kerusi, scrub semua lantai tu, lepastu susun balik. Toilet pun kena srub, sental dengan green pad sekali tau. Serious patah pinggang. Lagi teruk kalau weekend, bila customer suka lepak sampai 3-4 pagi. Bila korang nak habis scrubnya betul tak? Lepas habis scrub, korang kena buat "lobby pickup" pulak. Maksudnya kutip SEMUA sampah sekitar store. Kalau korang tengok kawasan sekitar McD tu kotor semacam, trust me itu sebab crew midnight dia tak buat kerja.
Paling teruk yang aku pernah kena ialah pada malam sebelum Azmir Jaafar, Managing Director McD Malaysia (yes guys, satu Malaysia punya McD dia pegang) nak datang ke store kami. The moment aku punch masuk pun dah kena suruh buat macam2. Even daun kering dekat jalan pun kena sapu! Korang bayangkanlah dia punya penat macam mana.
Paling teruk yang aku pernah kena ialah pada malam sebelum Azmir Jaafar, Managing Director McD Malaysia (yes guys, satu Malaysia punya McD dia pegang) nak datang ke store kami. The moment aku punch masuk pun dah kena suruh buat macam2. Even daun kering dekat jalan pun kena sapu! Korang bayangkanlah dia punya penat macam mana.
FRONT COUNTER
Ok setiap fast food restaurant mesti ada staff yang jaga dekat counter untuk ambil order. Senang cerita orang kaunterlah kami panggil. Duduk kaunter ni ada beberapa bahagian. Satu, ambil order (Front Counter Order Taker, FCOT), yang akan sapa korang "hai selamat datang ke mcDonald!" sambil buat fake smile tu.Kerja dia hafal apa yang customer order baru press button dekat monitor tu. Sebab once dia press a button dekat situ, semua timer start berjalan. And satu lagi tanggung jawab besar ialah jaga drawer. Bila korang duduk FCOT, nama korang akan masuk dalam system. Masalah jadi bila jumlah sales dalam system tak tele dengan jumlah duit dalam drawer tu. Dalam istilah inggerisnya, "short". A common problem sebab sepanjang 8 jam korang kerja, mesti ada korang salah bagi coin ke , takde 5 sen ke, so yang baik ni bagi 10sen, and paling teruk customer yang hulur rm50 tapi dia mati2 defend yang dia dah bagi rm100. Hat ni yang korang kena hati2 takut ada orang ambik kesempatan!
Untuk FC juga, dia ada satu lagi tanggungjawab iaitu make sure kena make sure customer ambik "set besar" sebanyak yang mungkin kerana McD ada large set target 60% per day. Sebab tu kalau korang perasan, the moment korang order je, dia terus pancing, " Ambil set besar ye" Kalau customer taknak, ada spare ayat followup "Tambah RM1.60 sahaja!". Ayat pancing kena power sebab kalau tak sampai target 60% manager akan bising. (Walhal manager pum sama je tak dapat large set hahaha)
Untuk FC juga, dia ada satu lagi tanggungjawab iaitu make sure kena make sure customer ambik "set besar" sebanyak yang mungkin kerana McD ada large set target 60% per day. Sebab tu kalau korang perasan, the moment korang order je, dia terus pancing, " Ambil set besar ye" Kalau customer taknak, ada spare ayat followup "Tambah RM1.60 sahaja!". Ayat pancing kena power sebab kalau tak sampai target 60% manager akan bising. (Walhal manager pum sama je tak dapat large set hahaha)
Kedua, Runner (Front Counter Runner, FCR). Kerja runner ni ambik product apa yang customer order tadi dari kitchen. Tanggungjawab dia agak besar, sebab kalau ada product missing, and customer file complain dialah yang akan disalahkan dulu. Sambil tu, runner kena jaga timer jugak, so dorang ni memang jenis akan pressure orang kitchen suruh cepat2.
Ketiga, presenter (FCP) Kerja presenter ialah bagi order yang runner tadi kepada customer. And tambahan kalau order banyak, presenter akan duduk tempat air untuk tolong runner. Masalahnya yang berlaku ialah customer ingat McD ni macam kedai mamak yang akan hantar order dorang straight ke meja. Its not okay. Tolonglah duduk dekat waiting area. So, bila presenter terjerit2 nombor customer, tapi takda customer datang ambik product. Dah satu hal nak cari customer tu, bila pusing belakang pulak order lain dah beratur dengan timer berjalan lagi. Bayangkanlah the stress macam mana!
Drivethru (DT)
Duduk area DT sama jugak macam duduk counter. Ada order taker, runner dengan presenter. Cuma semua barang kena bungkus, and runner kena pandai guna carry bag size apa nak guna untuk setiap order.
Juga, dekat tempat DT tu ada monitor yang tunjuk ranking utk semua 138 McD outlet seluruh Malaysia. Siapa yang kerja lagi cepat, dapatlah ranking No1. Ranking ni bukannya apa pun, but inilah yang jadi pumca manager bising nak jugak kita dapat top ranking.
Juga, dekat tempat DT tu ada monitor yang tunjuk ranking utk semua 138 McD outlet seluruh Malaysia. Siapa yang kerja lagi cepat, dapatlah ranking No1. Ranking ni bukannya apa pun, but inilah yang jadi pumca manager bising nak jugak kita dapat top ranking.
GAJI?
Soalan paling famous untuk orang yang tengah consider nak cari kerja betul tak? Okay first of all, bila korang nampak iklan "Kru Restoran McD diperlukan, Gaji RM2500++" korang tak boleh expect 100% macam tu ya. Sebab apa? sebab macamni. Satu, gaji yang dorang iklankan tu adalah gaji maksimum. Jangan mimpi la nak kerja McD gaji rm2k++...membongak je semua tu. Then, dari hari pertama korang kerja, sampai ke hari gaji (selalunya last day of the month), gaji korang akan dikira secara PART TIME at the rate of RM2.50 per hour. Sebagai contoh, gaji bulan pertama aku kerja (21 hari) ialah rm460 saja. Ini merupakan saat yang genting untuk korang tidak putus asa kerja dekat sini sebab bulan kedua onwards gaji dah okay, bukan lagi macamni.
Di McD, pekerja yang baru masuk within 3 months akan dilabel sebagai part time crew. Lepas 3 bulan baru manager akan update status korang jadi Full Time (juga dipanggil Monthly Crew).
Apa yang beza gaji part time crew dengan full time crew?Senang saja. Full time crew ada basic tetap RM1200 permonth. Whereas, untuk part time crew, tiada basic tetap and gaji dikira ikut rate of RM5 per hour. Disebabkan gaji part time crew ikut hour, 1 minit pun sangat berharga tau. Korang lambat punch satu minit, atau terlebih break 1min, semuanya akan affect gaji.
Secara keseluruhannya, gaji korang akan evolve dari gaji pertama yang ciput tu, then, gaji part time crew selama lagi 2 bulan, then baru gaji full time crew bulan ke-4. Jangan expect masuk2 je gaji dah rm1200 . Kalau korang kerja cantik, disiplin baik, datang on time semua, manager
mungkin akan up status korang kepada Monthly Crew lebih awal daripada 3
bulan, ingat tu. So,ikhlas2kan bekerja!
MAKAN?
Kalau korang perasan dekat atas, aku ada mention 30min break waktu kerja. Break ni generally 4 jam selepas masuk kerja, tapi kadang2 ikut manager jugak. Kalau dia panggil korang break, korang kenalah break walaupun baru sejam korang masuk.
Anyway, guess what, waktu break ni, korang akan disediakan makanan dari McD itself free of charge!Tetapi, ada bezanya in terms of part time crew dengan full time crew. Full time crew, korang makan apa2 menu, yang paling sedap antaranya ialah ayam 2 ketul, and my personal favourite GCB. Tetapi, kalau korang part time crew, korang boleh makan limited choice je, McChicken, nugget 6, fillet of fish, bubur, cheeseburger, beefburger, double cheeseburger. Hanya pada hari sabtu dan ahad part time crew dibenarkan makan any menu pada waktu break.
Menu break korang consist of 3 benda. Main (burger/bubur/nugget) + side (pie/fries/sundae/corncup) +air (Coke, Fanta, Milo, etc2). So korang trylah semua combination sampai dah bosan nak makan apa hahaha.
MINTA CUTI
Kalau korang nak minta cuti, korang kena jumpa manager dan apply untuk cuti tanpa gaji (unpaid leave) sekurang2nya seminggu sebelum the date. Kalau korang sakit pula, and tak dapat datang kerja, korang perlu dapatkan MC (medical certificate) dan tunjukkan ke manager once korang dah masuk kerja. Andainya korang gagal tunjukkan MC, korang akan dikira sebagai "No Show" . Maksudnya, korang tak dapat gaji for that day, korang akan dapat surat amaran, dan korang hilang kelayakan untuk dapat bonus.
WELFARE
McD ada policy whislte blowing; any employee boleh memaklumkan kesalahan employee lain yang melanggar etika kerja. Juga, ada People Manager yang tanggungjawabnya memastikan korang sentiasa ok (hopefully lol)Add caption |
NASIHAT?
Nasihat aku kepada korang yang nak kerja McD, ialah supaya bertahan fizikal dan mental.Ramai mereka yang kerja di McD adalah budak lepasan SPM yang tidak berpeluang sambung belajar. So, perangai budak2 ni korang faham lah macam mana kan, yang kurang ajar pun ada. Walaupun aku umur 25, and dorang baru umur 19, dorang dah pandai kurang ajar dengan aku. Belum cerita dengan staf umur 30 and 40 lebih lagi.
Even manager yang umur awal 20an pun dah pandai marah2 crew yg umur lagi tua...Apa dia kisah, dia manager dekat situ betul tak...pernah jadi satu kes, sorang crew kena gantung kerja 7 hari sebab lawan cakap sorang manager muda ni.
So, mana2 tempat kerja pun pasti ada orang yang perangai tak berapa nak elok ni. Makcik bawang, bbnu bajet gengster, mat vape, mat rokok, mat ketum, you name it macam2 perangai manusia aku dah hadap sepanjang kerja dekat sini. Terpulang pada kita ni yang kena tabahkan diri untuk keep focusing to our job.
Even manager yang umur awal 20an pun dah pandai marah2 crew yg umur lagi tua...Apa dia kisah, dia manager dekat situ betul tak...pernah jadi satu kes, sorang crew kena gantung kerja 7 hari sebab lawan cakap sorang manager muda ni.
So, mana2 tempat kerja pun pasti ada orang yang perangai tak berapa nak elok ni. Makcik bawang, bbnu bajet gengster, mat vape, mat rokok, mat ketum, you name it macam2 perangai manusia aku dah hadap sepanjang kerja dekat sini. Terpulang pada kita ni yang kena tabahkan diri untuk keep focusing to our job.
Update After April 2018
--Waktu Regular Menu dah diawalkan kepada pukul 10am instead of 11am. So, regular menu will be from (10am-4am) dan Breakfast from (4am-10am)
-Penulis mula bekerja di Hospital pada 25 Jun 2018 dan mungkin tidak dapat membalas komen anda semua setelah tarikh tersebut.
--Waktu Regular Menu dah diawalkan kepada pukul 10am instead of 11am. So, regular menu will be from (10am-4am) dan Breakfast from (4am-10am)
-Penulis mula bekerja di Hospital pada 25 Jun 2018 dan mungkin tidak dapat membalas komen anda semua setelah tarikh tersebut.
-Pasca COVID, kebanyakan store dah ada option self -order dan Table Service so that lagi senang. Ambik je nombor plastik yg besar tepi machine order tu, nanti ada crew hantar direct ke meja bila order kita siap.
Doakan kelancaran penulis sebagai seorang doktor yang berkarisma untuk menulis pula :)
Doakan kelancaran penulis sebagai seorang doktor yang berkarisma untuk menulis pula :)
Sekian entry kali ini,drop your comment if this helps okay! assalamualaikum~
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oh, kalau tak nak kalut, better prepare baju siap2 sebelum start kerja =)Baju Tshirt putih murah (Lelaki, lengan pendek) : https://invl.io/cljlghh
Baju Tshirt putih murah (Perempuan, lengan panjang): https://invl.io/cljlgi4
Tudung hitam cantik: https://invl.io/cljlgnl
Wah seronok baca. Btw dik you dah dapat posting ke? Akak pon medical grad jgk cuma tua sikit awak huhu ingat nak kerja dkt mcd jgk thanks for the info! ;-)
ReplyDeletestill tengah tunggu..kalau bulan 6 tak dpt jugak genap setahun tunggu😕..terima kasih kak
Deletehai saya salah seorang crew mcd saya rasa nk berhenti lh selalunya klu kita nk berhnti diorang akan byr gaji kita berapa?
DeleteWhyy6
DeleteSolat macam mane? Encik solat sempat tak?
DeleteSo sekarang still kerja mcd juga ke?
ReplyDeleteya masih bekerja di mcD
DeleteAssalamualaikum bang, saye budak sldn kalau saye nak berhenti nak pindah sekolah, saye kene baya ke?
DeleteHi hello. Do you think it's possible if I wanna apply for the part time, but then some time later I wanna change into the full time?
ReplyDeleteHi there! Its completely okay with your plan. There are even permanent crew which take leave for 3 months due to PLKN course. Later, he resume his position as full time crew without reapplying. However, some small store, may have positions limited for new employee, hence, you need to double check with the manager
DeleteHai encik rusydi.. kalau tentang skop solat di mcd mcm mne.. encik keje situ boleh solat tak???
DeleteKerja Managment Trainee apa? Saya baru dapat pangilan utk intrvw??
ReplyDeleteklau ikutkan nak jdi manager tu
DeleteKerja sebagai management trainee apa dia? Baru dapat pangilan intrvw tu jwtan
ReplyDeleteHi Rusydi! Banyaknya info bekerja di McDonald hehe.. sangat2 bermanfaat. Boleh saya tahu, bekerja di McD kan, ada tak dia sedia kan apa2 form feedback untuk pekerja terhadap organisasi? Saya tgh buat kajian untuk 1 thesis mengenai feedback untuk fast food restaurant. Rata2 yg saya jumpa adalah feedback untuk customer terhadap McD, nak tahu how about internal employees pulak. Terima kasih banyak Rusydi !
ReplyDeleteFeedback form tu secara rasminya tiada. Dalam banyak2 manager, ada sorang yg dipanggil "People Manager" yg ada jobscope dia utk pastikan employee bekerja dengan gembira (konon la sangat). Juga, ada satu saluran feedback yg dipanggil sbgai "whistle blowing". Any employee boleh maklumkan sebarang feedback (usually salahlaku) tentang other employee (termasuk manager) kepada HQ. Might as well put the pic in here later. Terima kasih & all the best for your thesis!
DeleteNice! Write about grad, konvo pula, please hehe :)
ReplyDeleteseronok baca...sok sy start keje di mcD..semoga tahan lama kerja di situ...aamiin
ReplyDeletetahniah! semoga bertahan lama hingga naik ke manager. amin
DeleteFor me who already got my career secure but still wanna get for part time work as I'm still single. Adakah direkomenkan untuk part time di McD? Cari duit nak berumahtangga pulak ni. Tu dok mikir lagi nak buat part time dekat McD or jadi dropshipper je for the night. Thanks in advance for reply
ReplyDeleteHi arif! Ada staf yg kerja government sector 9-5pm isnin till jumaat. Dia kerja diMcD minta shift part time 4 hours shift from 7pm-11pm on weekdays, and 8 hour shift on weekend. so, dia dptlah side income dlm rm700-800/month
DeleteHari tu husband saya nak aply part time xdpt sbb kje gov
Deletekalau tiba tiba dia suruh cuti, gaji still jalan ke? ke cut terus? sbb saya dua hari cuti direct. sebab sekarang bulan puasa tak perlukan ramai pekerja. saya takut takut juga suruh cuti tapi gaji tak jalan huhu
ReplyDeleteawak jaga bahagian apa?
Deletekalau tiba2 dia suruh cuti, gaji tak jalan. ada staf yang hidap asma, kebelakangan ni dia punya attack tu agak unpredictable..kejap2 masuk hospital.Kadang2 dia dapat MC, kadang2 tak. Only dengan MC saja gaji akan jalan walaupun cuti.
DeleteKebiasaannya kalau sesuatu restaurant tu mempunyai volume yg rendah staff dibolehkan diberi cuti lebih untuk mengelakkan over flow salary so gaji tidak dibayar
Deletehahaaa sy mntk xnk duk kat kaunter..mgkn susahla nak jadi manager...sy jaga nasi ayam n bubur nasi
ReplyDeletewah bagusnya! Mesti nasi tu lagi sedap kan sebab perempuan yang buat. Macam store kami kitchen memang lelaki je yang pegang. Berapa kali dah nasi seperiuk jadi waste sebab salah SOC =.=
Deletesy da dpt gaji ptama 23hb..start 14/5..nak tanya bila last gj di kira ea?
Delete16 hb
DeleteHi rusydi..thanks, banyak sgat info..dpt la kurangkan nervous hari ni. Skejap lgi jmpa manager utk program GEP under McD.
DeleteHi. Dah lepas setahun GEP program. Apa commemt anda? Dpt diserap ke Management Trainer tak?
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDekat maukerja jawatan kru restoran dengan barista diasingkan. Apa beza kru restoran dengan barista ya?
ReplyDeleteYa memang asing seperti yang saya mention di atas. Barista kalau ikutkan cuma jaga McCafe (buat coffee plus dessert). Cuma pada waktu yang McCafe kurang order, Barista perlu tolong kru kaunter (eg buat air, jadi presenter) which akan diajar juga bila amsuk kerja nanti.
DeleteKru restoran akan ditugaskan di semua kitchen, kaunter atau DT, kecuali McCafe. Tentang gaji saya tidak pasti pula macam mana.
CT kt Mcd Batu Caves. Boleh tahan
ReplyDeleteTahniah dah jadi CT! Next, manager pula!
DeleteCT tu ap?
DeleteCT tu Crew trainer yg ad time dy yg akn mngjr pkrja baru
DeleteHi, I was considering to apply for part time crew for this coming raya. So the job scope for part time crew is the same as you mentioned above?
ReplyDeleteHi there! They mention it as casual crew. I believe casual crew jobscope is limited to basic stuff like counter (order taker most likely), batch frier in kitchen, or lobby crew. Unless you want to work permanently, they wont force you to do complicated task as casual crew, so dont worry!
DeleteHey! So memang gaji for the first month is rm 2.50 per hour? Kinda low tbh.
ReplyDeletebetul berdasarkn pengalaman saya..21 hari kerja cuma dpt rm430++ bersih
DeleteAssalamualaikum. Saya pn teringin nk tahu pasal gaji utk 1st month tu. Mmg btol rm2.50/hour? Saya bru je keje dgn mcd arini dgn smlm. Bru 2 hari training 4 jam/hari. 1 lg soalan, bile tarikh bukak dgn tutup gaji utk mcd ye? Sekian..
ReplyDeletewaalaikumsalam..berdasarkn pengalaman saya mmg betul. cuma gaji first saja...tarikh closing payroll ialah 16hb each month..gaji masuk depends..kadang2 22hb, kadang2 25hb tal tetap
Deletekalau kru kasual macam mana ya?
ReplyDeletemacam crew biasa, just period kerja tu dah ditetapkan dari bila sampai bila
DeleteHai rusydi mz...ada kekosongan untuk part time lagi x ...bagaimana sy nk hubungi..tq
ReplyDeleteHai Nana! maaf saya cuma crew biasa, bukan manager utk recruit crew. Awak boleh tengok iklan di portal2 online seperti jobstreet, maukerja dsb utk jawatan kosong
DeleteHi. Kalau sy plan nk buat side income jd part time crew, mmg minimum 4 jam je ke mcm mna? Then, scope kerja limited ke?
ReplyDeleteHi. Ya, minimum kerja 4 jam..maksimum 8 jam....mana2 pun boleh ikut fleksibiliti anda. Di store saya dulu, ramai student yg kerja part time 8 jam hari sabtu dan ahad sahaja
Deletescope kerja macam crew biasalah, cuma gaji dikira per hour
Assalamualaikum. Wah, terima kasih dgn perkongsian yang sangat bagus ni sebab saya sedang cuti semester dan ada terfikir jugak nak part time di McD. Tetapi macam takut pulak bila baca pengalaman hahaha tapi tak cuba tak tahu kan.
ReplyDeletewaalaikum salam...ya benar sekali pengalaman itulah yg mematangkan kita :)
DeleteHarap Faizah jaga 'apam'..umm..tak tahulah dah kena atau tak..sebab keje mcm nie biasanya bab kehormatan sentiasa dicabul dan penuh kerelaan ..
DeleteMcd ada sediakan tmpt tinggal tak?
ReplyDeletetiada hostel disediakan. penginapan and transport perlu uruskan sendiri
DeleteHai. Terima kasih dgn perkongsian. Sy baru tamat belajar kos foodservice. Jadi esok ada interview mcd. Tiba tiba cuak pula baca pengalaman saudara. Hehe. Apa2 pun kena cuba utk dpt pengalaman kan.
ReplyDeleteAku dri sandakan sabah . .and aku baru masuk kerja mcD 2 minggu . .sepanjang yg awk crita ni . .mmg 100% betol . .terutama nya 'kena kuat fizikal dan mental' . .ini mmg betol2 kena kuat . .pengalaman yg awk crita . .mmg pengalaman yg aku alami skrng . .manager lebih muda kuat marah,budak2 vape,maci bawang . .semua ada . .tpi seriously . .aku enjoy kerja mcD . .krew2 lain sporting and bgi kerjasama . .mmg la penat . .tpi mna ada ada kerja yg x penat kan . .thats why aku 100% sokong kerja mcD kena kuat mental and fizikal . .😀
ReplyDeleteWow this entry really something !!!! Saya baru je baca post ni and today is 26th of June and what caught my eyes from your entry is your notes that you updated *after April 2018. Probably today, 26th of June is your second day working in hospital. Im wishing you a goodluck 😃
ReplyDeletenak tanya, syarat minimum 6 bulan kontrak kan, so if saya berhenti 2 bulan pertama saya berkerja ada didenda ke..?
ReplyDeletePakai safety boot ke?
ReplyDeleteLOL apa pnya soalan hahaaha. Ingat kerja buruh binaan ke apa kahkahkah
DeleteKerja fnb biasa kasut yg getah grip kuat...safety boot pun boleh
Delete1st month keje rate gaji rm2.50 perhour? Then 2nd month baru naik rm5.00 perhour? Struggle betol bulan pertama tu ye gaji byk tu jer..
ReplyDeleteGaji mcd blh je dpt 2000++ yang penting kena rajin ot sy ckp mcm tu sbb sy kerja mcd dan sy pernah dpt gaji sbyk sbyk tu termasuk ot
ReplyDeleteKerja mcd ni x de laa penat sgt
gaji 2000++ tu bkn untuk fresh grad je ke? or sy sila info , sial terangkan someone
DeleteBahaya typo ni hahahaha��
DeleteKalau cuti sem, tpi nak apply kerja kat mcd. Boleh ke eh? Cuti sem 2 bulan je
ReplyDeleteboleh try, dlu kerja kt fast food laon, sebulan je aku dh bemti . huhu
DeleteSangat3 membantu..terima kasih 😋
ReplyDeleteSaya suka baca Blog dia ni...sangat berpengalaman....
ReplyDeleteWaktu kje tu as runner mcd sama je ke...mmg 5jam je waktu kje?
ReplyDeleteSy 5 ringgit sejam. Baru nak dekat 3 bulan kerja. Baru lagi. Betul ape yg diceritakan tu smua sy rase. Sy keje sbgai rider. Last2 tade oder kena tlg kitchen. Kdg jadi runner presenter, runner counter, jd presenter, duk side 2,side 1 prepline, kdg lobby.. Smua bende kena buat. Manager arah je. Senang kdg jadi manager arah itu arah ini. Tapi tula nama pun kerja kan. Btw suka baca blog tu. So nak tnya rusyzdi keje brpe lame dh?
ReplyDeleteSaya nak bertanya..saya akan mula bekerja di mcd pada minggu depan..saya mula bekerja pukul 4pm..mcm mana ya kalau nak pergi solat asar dan maghrib sepanjang bekerja tu ya..ada break ka untuk solat?
ReplyDeletesemoga saya juga mampu bertahan mental & fizikal . after 10 tahun berkhidmat sbg kerani akhirnya saya memilih untuk menjadi crew mcd . in shaa Allah by monday saya akan start bekerja ☺ wish me luck gengs ! thank you for the info ��
ReplyDeleteAtad tu apa?
ReplyDeleteklu sy nak apply part time isnin-jumaat saja boleh ke? sbb sabtu ahad sy weekend class.
ReplyDeleteSalam, boleh ke kalau terus apply jadi manager dgn berbekalkan degree in business?
ReplyDeleteHi, saya nk tanya. Klou first masuk kerja selalunya 4jam kn? Adakah 4 jam tu di byar gaji? Atau dyaorg bgi mknn sbgai ganti gaji masa keje 4 jam tu?
ReplyDeleteBestnya blog ni! Thanks for the sharing! Kepada siapa yang ingin mencuba rezeki di McDonald's sila tekan sini dan mohon : www.maukerja.my/mcd
ReplyDeleteBanyak jawatan kosong disediakan disini! Semoga dapat membantu!
Salam saya nak tanya kalau saya dipanggil interviuew trainee manager ? Permulaan mmg kena pakai baju merah sebagai crew biasa dulu ke ?
ReplyDeleteSolat camner plak? Kalo 30 minit break, tu campur ngn time solat ke? Kalo susah, menyesal lak aku apply mcdonald, baik aku apply domino's je, lagi dekat ngn umah aku. Tolon la jawab
ReplyDeleteMengikut pengalaman aku kerja mcd dulu. Mmg agak susah nak klua solat. Aku pandai curi masa, nak solat pun xde surau. Nasib tmpt makan utk pekerja tu bilik kosong.
DeleteGaji rider full time berapa eh?
ReplyDeleteSaya sekarang bekerja office hour (9am-5pm). Saya merancang untuk buat part time di 'McD' untuk mencari duit lebihan. Adakah waktu part time di McD boleh pilih sendiri ? i mean nak shift malam laa sbb free. Mohon Dr. hehe
ReplyDeleteWaahh.. Even awk x dapat balas mesej ni, sy nak ucap terima kasih banyak sbb sudi share pengalaman ^^ Sangat membantu walaupun sy tak mohon kerja McD kot haha
ReplyDeletealso Congratulation sbb dapat kerja di hospital~ Moga2 Allah permudahkan dan berkati segala urusan Aamiin
Hi thnx for da info! Just nk tye, i sambung belajar & classes every saturday-monday. And was thinking of working as part timer pd hari xde klas. As part time, mmg only working for 4 hours shj ?
ReplyDeletesy juga sekrg masih bekerja office hour (8.30-5.30). baru2 ni company having bad financial. dah 3 bulan gaji x dpt full amount. mmg sangappp.... dalam nk try2 keje mcd, terjumpa blog ni n sy apply awal oct18. sekrg sy dh jd kithen crew. goreng segala chicken patty, nugget n pie dn bnyakkkk lg.. hihihi... overall apa yg di kongsi oleh penulis tu.. semuanya benar belaka hahaa.. tq bebnyak kpd penulis blog ni ye.
ReplyDelete* sy keje sabtu ahad 10am-6pm sahaja. waktu keje kita boleh pilih ikut kesesuaian kite.
waahh terima kasih sebab tulis ni, aku baru mintak kerja kat mcd hari ni, dah buat macam2 research, ni la yang paling seronok baca hahah, doakan untk aku weee
ReplyDeleteBrpa gaji klw bru mula bkerja tanpa pglmn?
ReplyDeleteMaceh.. sbb bgi info pasal kerja di mcd.. sy baru nk g mintak.. nasib da tau cara mcm mn nk g mintak.. tq for the info rusydi
ReplyDeleteTerbaikkkk...saya akan start training 2 hari pada rabu n khamis..semoga dpermudahkan semuanya..😊
ReplyDeletehi nak tanya kerja management trainee tau tak brapa gaji?
ReplyDeletebergantung pada mcd store kalau billion gaji rm1400.00 crew kalau mcd store biasa2 je rm1200.00
DeleteKalau utk jawatan Gel tu mcm mana pulak
ReplyDeletejawatan gel ni lebih kepada buat2 kerja event2 besar.. grassroot buat.. grend opening store kerja dia.. birthday party kerja dia. large oder kerja dia.. dia ni blh bantu2 manager.. gaji rm1600.00 ada ot blh dpt 1bulan rm 2400.00. nk dptkan bonus kena jaga gc dessert, gc birthday party, gc open door , dpt jaga dgn baik blh dpt bonus rm770.00 sebulan
Deletegaji manager berape?
ReplyDeletekalau ada diploma gaji basic je dlm rm2200.00 xtermasuk bonus.. dan lain2.. kalau xde diploma gaji rm 1800.00 ini gaji asst manager. kalau people manager gaji rm4000.00. kalau restoran general manager gaji rm 5000.00- rm6000.00
Deletehai nak tanya . boleh ke if kita nak intern kat mcd ?
ReplyDeleteKalau holiday ada double pay tak?
ReplyDelete3kali ganda dia bayar.. xde 2kali ganda dh dia bayar..
DeleteTahniah menjadi sebahagian keluarga McDonald's Malaysia.. sy ex mcd from 1994-2004..until now masih dlm bidang f&b .. thanks to McDonald's for the greatest experience!
ReplyDeleteGji sbnarnya mcd ni lubuk duit....thn ngn xthn je..rjin ot dpt la byk...tmpt sy crew sja pun ada yg dpt 2- 3k..gji bln kedua sy pun 1300..
ReplyDeleteape masuk crew trainer di mcd?
ReplyDeletecrew trainer ini dia dah tahu semua kerja2 mcd.. n dia layak mendapat ct atas pencapai kerja yg memuaskan.. ct ni bawah manager.. ct blh tegur crew2 dan blh mengalas sedikit tugas2 manager.
DeleteTaon lps cari cart time raya xjumpa punnn... Keje part time kfc rm800 for 14 days.. McD dgnya rm1000 for 10 daus. This year nak cari!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteTaon lps cari part time raya xjumpa punnn... Keje part time kfc rm800 for 14 days.. McD dgrnya rm1000 for 10 days. This year nak cari!!
Deletexdelah 10 hari kerja rm1000.. melainkan hari tu ada PH.ada ot smpi lebih 12jam.. memang akan sampailah..
Deletekalau kasual yes.. mereka akan bg gaji banyak.. kalau mcd yg billion 1jam rm8- rm10 .. kerja 8jam je..
DeleteRalit baca posting ni. Pandai betul si penulis ni bercerita.
ReplyDeleteSelamat maju jaya ya bertugas di hospital. Lepas ni kita layan kisah-kisah di hospital pula lah ni kan
Kalau MIA macam mana pulak ye..Boleh mohon lagi tak?
ReplyDeleteassalammualaikum.
ReplyDeletesaya tengan cuti sem, tapi saya kat malaysia sebulan lebih je.
Based on your opinion, patut ke tak saya apply part time even for 1 month je?
Asalamualaikum. Biasa berapa lama yaa nk tunggu dia pnggil inteview or kerja lps isik borang
ReplyDeleteNk tanya klw buat ot berapa jam?
ReplyDeleteLg 1 nk tanya saya ada isi borang dekat mau kerja so tunggu calling ke cmna ehh
ReplyDeleteWah thank you, bantu sangat la article ni..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian Dr! Harini first day masuk and reading this is helping me much!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteyupp betul mmg kena kuat physical n mental .. last year buat practical kat mcd lah, sbb elaun diaa tinggi huhuu tapii awal2 tu mmg seksa, direct 12 ke 14 jam kdg2, lepastu baru tau ot tak dibayar so elaun fixed gitu jeee haha tp enjoy mmg sngat enjoy .. kena satu shift dgn krew n manager yg 'masuk air', memang boleh trbalik store hahah .. rindu pulak nak krja mcd lagii .. paling best manager campak jee kita mana2 station, mesti boleh hidup sndirii sbb nak tak nak mmg kena survive sndiri kat station masing2 huhu
ReplyDeletekalau lepas practical kalau kita nak stay boleh terus dapat management trainee ke atau macam mana? boleh kongsi x?
DeleteWaktu solat camne? Boleh terangkan? Solat jumaat contohnya?
ReplyDeletejgn risau, management mcdonalds sangat trbuka bab2 solat .. jadi just ckp je kt manager, kita nak solat .. dorg akan carik org utk cover station awk utk sementara ..
DeleteGaji permulaan biasanya mcm mna ye? Betul ke rm 2.50 per hour? Atau ikut cwngn mcd jgk ?
Deletebuat solat jamak pon boleh sbb sibuk kerja
Deletelawak hengko .senang senang je nak buat jamak��
DeleteAssalamualaikum. Hai. Saya nak tanya, pakaian smart casual macam mana saya perlu pakai ye untuk pergi interview belajar sebagai perantis SLDN di bawah McD ?
ReplyDeleteHi tq share artikel ni
ReplyDeleteBaru bercadang nak apply mcd as a restaurant crew. Nak apply utk part time job je.. is mcd accept utk keje part time after 6pm and above? Sebab currently, I da ade keje tetap just nak get extra income. Is it possible? Thanks in advance
ReplyDeletebesok adalah hari pertama aku bekerja di mcd dn hari pertama aku berkerja di kedai makan or fastfood reataurant.. saje baca artikel ni nk paham tentg keje kt mcd.. adehh nerves plak hahaha
ReplyDeletenak tanya selepas kita isi borang dan hantar..berapa lama dia akan panggil untuk interview? dan pakaian mcm mana digunakan?kalau pakai baju asalkan bcolar boleh ka
Deletehi. boleh email sy kejap tak. ada soalan nak tanya pasal mcd. urgent. nurfarahsyazana13@gmail.com .
ReplyDeleteAssalamualaikum tlg jawab pertayaan sy,,, sy dpt staff bahagian birthday party maksud ye ape yee
ReplyDeleteApa tugas management tranee do mcdee ya.mohon pencerahan dan segi gaji
ReplyDeleteKalau nak hantar notis pon saya belum lg kerja 2 minggu...macam mana nak ckupkan tempoh 2 minggu?
Deleteassalamualaikum saya baru je kje mcd nak dekat seminggu...tapi saya akan resign sebab dapat tawaran kerja lain...saya baru tahu notis berhenti kerja perlu diserahkan 2 minggu sebelum anda berhenti...oleh sebab notis berhenti yg saya berikan kurang tempohnya dari 2 minggu manager cakap gaji saya akan dipotong. Boleh saya tahu berapa amaun potongan tersebut? Btw saya part-timer crew dengan gaji rm5.30 sejam
ReplyDeleteSye ade tertgk dkt fb psl sldn mcd(sistem latihan dual nasional) ni...sye nk tye sldn ni mmg bnr² wujud ke sbb sldn ni dlm mse yg sme blh bljr bidang mcd?
ReplyDeleteSalam saya nak tanya pasal syif macam mana? Malam tu seminggu sekali atau macam mana?
ReplyDeleteassalamualiakum asben sy dpt kje di mcd basic 1400 agak2 bole capai 2k ke? kalau ad ot?mcd mmg ad ot kn? kalau bkn 24jam mcm mne pula ad ot ke?
ReplyDeleteMantap .. terus x jadi nak bt part time mcd lol.
ReplyDeleteHI NAK TANYA LAH,SAYA DULU KERJA MCD TAHUN LEPAS BUT SAYA BERHENTI DENGAN NOTIS 24 JAM. KALAU SAYA NAK MASUK BALIK TAHUN NI BOLEH KE?
ReplyDeleteThanks perkongsian yang sangat bermanfaat.In shaa Allah jadi panduan berguna untuk saya.Alhamdulillah baru dpt jwpn berjaya diterima utk post GEL.Will start soon @ McD Singapore.May Allah ease everything esp bab time solat😍
ReplyDeletenk keje mcd kena bwk result spm ke ?
ReplyDeleteAssalam saya nak tanya contoh saya nak sambung blajar pada bulan 9. And skrang bulan 4. Saya patut amik part time ke full time.
ReplyDeleteNak tnya pasal kwsp ? Kita yg kena daftar or store yg daftar punya kwsp kita
ReplyDeleteYour story really inspired me. I just received a message from the manager that said I need to come for briefing tomorrow. I went here to study about the job and get some input. Thanks a lot
ReplyDeleteOverall bila dah confirm kerja , berapa gajinya ?
ReplyDeleteMcm mana nak naik manager guna kelulusan tetapi skrng bekerja cuma sebagai barista
ReplyDeleteKerja rider mcd sekarang rm10/delivery kan? Kalau tak ada delivery, so tak ada gaji atau macam mana? Mohon pencerahan.
ReplyDeletehi,saya baru kerja seminggu di mcd,kalau saya nak berhenti boleh tak untuk mintak gaji selama sy bekerja 6 hari tu?
ReplyDeleteNk tnya. Keje mcd kena sedia kan resume jgk ke?
DeleteBaru baca 2020 hehe..terima kasih diatas perkongsian sis..ingat nak try keja kat mcd tapi bila tahu janggut tak dibenarkan T_T..tapi tak ape In Shaa Allaah ada kerja yg lebih baik buat saya.
ReplyDeleteKita kalau masuk kul 3 memamg kena punch kul 3 tepat ke ? tak boleh awsl seminit ye ?
ReplyDeletekalau lelaki rambut panjang boleh ke sebab esok dah masuk keje pls balas
ReplyDeleteNak tanya..betul ke kalau sudah jadi manager hanya dapat gaji pokok sahaja. Sebarang ot yg dibuat tidak dikira/dibayar. Rugilah kalau macam tu. Kalau macam tu baik jadi crew biasa je sbb kalau banyak ot lagilah banyak gaji bulanan.
ReplyDeleteBoleh pakai baju tak berkolar tak time interview?
ReplyDeletewow..seronoknya jadi manager. Tapi kalau boleh perangai tu biar la elok sikit. Tahu la ada hak untuk buat macam-macam pada pekerja. Tapi kita xtahu kalau satu hari nnt kena kat kita pulak.
ReplyDeleteFuh memang bestla cerita kau ni boleh pergi jau, papahal tq informasi
ReplyDeleteTQ information , semenjak PKP ni nk cari kerja full time fast food restraunt , tiada pengalaman. so dgn baca ni , even tak dpt kerja macd / tp kerja tmpt brand lain tp skop pengalaman kerja tu sama utk semua yg beza menu sahaja.. dan patuh SOP. thankss harap owner blogger masih hidup lagi..
ReplyDeleteada kejr kosong ke saya nk kejr
ReplyDeleteumar27
ReplyDeleteRohana binti Abdullah
taman chi blok A
thank you for the info. time2 pkp ni aku pun mmg apply kerja2 fast food restaurant je
ReplyDeleteThank you abg rusyhdi share pasal penaglaman kerja dekat McD.
ReplyDeleteCompany besar2, customer pelbagai karenah,
tapi diorang takkan tahu kesusahan pekerja yang sediakan makanan untuk mereka.
Saya serba salah sangat bila order makanan dekat McD & tanya banyak soalan dekat abg/kak pasal menu especially Ala'Carte or Set.
Sebagai customer, saya akan pastikan untuk jadi pelanggan yang beradab & permudahkan kerja korang ✨✨
thank you for the sharing awk, i salah sorg pekerja mcd jugak awk and my mental was not okay at all because jawatan yg i nak tak same dgn ape yg i apply mase iv , so stress right now and my mental break down right now.. hope dapat gaji nanti okaylah ..kalau tak okay i have to resign and kene carilah kerje lain yg lebih bagus.
ReplyDeleteSalam nak tanya...dalam mcd tu dekat tmpt kerja saya..ada 1 org tu pkai baju kemeja warna biru gelap...dorang kata dia vip lah kalau x salah dengr...dorang kata dia x masuk dapur...x masak produk..tu kira jawatan apa ye ..
ReplyDeleteTu xsilap Restaurant General Manager...Tu pangkat tertinggi kat restoran tu..
DeleteSorry i want to ask gaji mcd ni for the first time mmg rendah ye?Sy first masuk awal bln ni then bila sy tgk gaji sy 200 lbh je i'm a little bit surprise cause i've been work maybe about half a month.. Maybe la tolak hostel seratus..Mslhnya bila sy kira semula (all they said that for 1 hour maybe about RM6/7) patutnya sy dpt dlm 5/6 ratus x campur lg ot sy..Sy training pun dh mcm bukan training sbb kerja 8 jam tau..Sumpah i've been a little bit upset when i saw my gaji dengan uniform pun x bg² lagi dok la sy pakai baju putih sy sedangkan org yg lg lambat masuk dari sy dh dpt uniform..Katanya perlu order but it's about 2 week and no clothes for me???So redicilous...Bila sy pikir² semula sy jadi nk resign pun ada..But when i told the general manager right there that maybe i will resign next month she's been mad at me..I don't think it's my fault cause i've been told my interviewer that i'm not working here for too long just temporarily...Other situation when i told my manager and she looks like she doesn't give me permission to resign so yeah it's oky i'm not even give my letter yet..But then tomorrow i found out that she's been write at my name as resign..I felt like damn how can she do that?!..I told her that i'm not resign yet and will resign next month cause i need to continue my study..I hope that i will not regret my decision..
ReplyDeleteFrom Hamba Allah
(Wish me gudluck..I'm not critic mcd it's just i wnt to share my story and fimd back my patient)
Lusa nak iv 😭 nervous gak... Korang rasa ok ke tak kerja mcd ni?
ReplyDeletegaji mcd bayar bape hb ye . ..n gaji bayar bpe kali
ReplyDeleteSaya pun bekas krew McD zaman uniform stripe halus. Masuk je manager cakap kau duduk kitchen je lah, letak jadi cashier kang lari customer aku 🤣. Kuang hajar punya manager. Krew² kitchen masa tu memang brutal, kena maki haram jadah, musibat sebab lambat atau silap tu biasa. Gurau pun boleh tahan kasar, campak birthday boy/girl dalam tong sampah besar tu lepas tu curah air sink trap, kurung dalam freezer masa stock up.. semua tu jadi kenangan manis bila teringat balik.
ReplyDeleteSya tnga tunggu iv online, nervous jg la Soalan apa yg kena bgi t.. Tu yg searching2 ne 😂😂
ReplyDeletenak tnye .. kalu keje mcd, pastu nk benti x bg notis, mmg kene saman ke?
ReplyDeleteBoleh pilih shift malam saja ke?
ReplyDeleteAda tak perbezaan shift antara mcdonald indoor (dalam shopping complex) dan outdoor?
ReplyDeleteSy nak kje partime mcd tpi sy xthu gji stu jam brpa ?
ReplyDeletecan I know AGBBR and GRFP stands for?
ReplyDeleteKalau saya nak kerja tpi tiada spm boleh di terima ke dah semua tempat cari kerja kosong nak yg 18 keatas any suggest tak
ReplyDeletekenapa tiap bulan dia potong wages ? apa maksud??
ReplyDeleteHello, can I know more about what compensation or benefit that McDonald give to their employee like in details because I am writing for my college assignment HRM laa tq ~
ReplyDeleteCool and I have a dandy proposal: Renovation House Company house repair near me
ReplyDelete