Assalamualaikum, salam sejahtera semua
Lama betul tak menulis. Its been 2 years since my last entry....
Memang hebatla geng2 HO yg siap boleh buat business, buat nota, tulis buku bagai.....massive respect kepada korang.Dalam masa 2 tahun ni, memang berat betul nak tulis entry. Kalau cuti panjang sekalipun, habiskan dengan rehat je. Maklumlah penat jadi HO ni lain macam sikit
Anyway, aku nak cerita pasal pengalaman pertama ak buat Housemanship @ House Officer @HO @Pegawai Perubatan Siswazah dekat Hospital Lipis ni
Rasa2nya, yang tengah search pasal hospital lipis ni mesti type sebijik macam tajuk blog kan. Kepada yang betul2 mintak Hospital Lipis sebagai placement HO, tahniah diucapkan. Kepada yang pilih Hospital Lipis ni sebab tempat lain dah habis/lambat login time eHO/taknak ke Sabah/Sarawak padan muka hahaha. Harap2nya ini jadi pengajaran kepada korang supaya lebih peka untuk handle issue2 penting bila melibatkan life korang. Aku sendiri, sebab taknak pergi CC untuk dapatkan line internet yg lebih baik, then, waktu eHO bukak, line sangkut2, one by one hospital favourite kena sapu. Sampaila tinggal hosp ni je yg paling dekat dgn rumah aku (Teluk Intan), and terpaksa habiskan 2 tahun of my life dekat sini.
Lepas dapat Hospital Lipis ni, kemurungan jugak beberapa hari. Kau search apa2 pasal Kuala lipis dekat internet haram ada benda keluar. Mesti korang dah search macam2 kan, mall la, panggung wayang la, fast food la kan kan kan. Hahaha, lepas tu korang bosan takde benda keluar google la review pasal HO dekat sini, sebab tu dapat jumpa blog ni kan kan kan, haha.
OK adik2 bakal HO semua, lupakan kemurungan korang sekejap. Ini super senior korang nak cerita pasal Hosp Kuala Lipis aka (HDKL), sedikit sebanyak harap dapat membantu.
PENGENALAN
Pada asalnya, Hospital Kuala Lipis merupakan sebuah hospital Daerah (District Hospital, thus its name for HDKL). HDKL menerima CT scan machine sekitar April 2018 sumbangan kerajaan Datuk Seri Najib Abdul Razak, (PM ketika itu) dan menerima kunjungan Pakar2 Perubatan. Lalu, HDKL diiktiraf sebagai Hospital berpakar minor, dan secara kriterianya layak untuk menjalankan latihan siswazah. HDKL memulakan pengambilan HO menerusi portal eHouseman buat julung kalinya pada 22 May 2018, membuka sebanyak 30 jawatan kosong pada masa itu.
Alangkah sedihnya kerana hanya 11 orang saja yang mengisi tempat kosong ini. Daripada 11 orang, hanya seorang yang request Hospital Lipis sebab rumah dekat di Lipis. Selebihnya sebab lambat, tiada hospital pilihan etc2. 11 orang doktor muda ini melapor diri pada 2 July 2018 dan merupakan pioneer batch (batch pertama) sebagai doktor House Officer di Kuala Lipis.
Batch pertama HO di Hospital Kuala Lipis, semua berdiri di belakang. Aku di line belakang, no 4 dari kiri |
Second batch HO Hospital Kuala Lipis |
MENDAFTAR DI HDKL
Korang akan diminta untuk mendaftar diri pada sekian2 tarikh. Daripada tarikh ini, korang akan melalui proses orientasi selama seminggu, sebelum mula2 berkerja sebagai HO. Barang2 yang digalakkan ada
-baju labcoat lengan pendek, at least 2 (some department tak perlu labcoat macam paeds and medical)
-sthethoscope sendiri
-cop sendiri (tak kisah format janji ada Nama,gred jawatan, No MMC Sementara dan Hospital). Hospital akan provide cop jugak, tapi ambil masa sedikit dan selalunya, akan hilang haha.
-copy salinan document yg diperlukan seperti yg dalam email. buat je banyak2
Dalam tempoh orientation ni jugak akan buat pre-employment screening, macam Viral screening, mantoux test dan Hepatitis B vaccination.
POSTINGS
Medical, Ortho, O&G, Paediatric, Surgical. Elective: ED, Anaest. 4 months each department excludding extension. Di HDKL, hierarki tertinggi adalah specialist. Tiada registrar/consultant. Wad disini ialah Perubatan Lelaki, Perubatan perempuan, Multidisciplinary lelaki, Multidisciplinary perempuan, ICU dan HDW. Multidisciplinary ward share pesakit untuk Ortho, surgical, ENT, dan Ophtal.
Seawal posting ke 6, dah boleh uruskan urusan pendaftaran penuh. Habis saja posting ke 6, boleh isi borang penempatan semula UD2A untuk MO. Kami menunggu 3 bulan sebelum dapat penempatan MO. Oklah kan, cuma, macam biasalah, kini, MO cuma diberi jawatan kontrak UD41, tiada lagi jawatan tetap dan UD44.
LOGISTIC
Korang digalakkan untuk mencari rumah yang berdekatan dengan hopital sebelum mendaftar diri. Range harga dalam RM800-1500 sebulan, boleh check di website Komuniti Anak-anak Lipis dan Mudah.my. Bagi yang belum berkeluarga, boleh request untuk perkhidmatan Asrama (ada staf Hospital yang akan call kita sebelum daftar).
Cuma nak cerita sikitlah, Asrama untuk HO adalah sangat old school. Ia merupakan bangunan asrama penolong jururawat lama 2 tingkat yang berumur lebih 100 tahun. Tangga kayu, Lantai kayu. Tiada shower, cuma tempayan, dan bunyi ayam kokok pagi2. Sewa dalam RM300 sebulan tolak terus gaji. Thats why ramai opt untuk duduk luar, especially if korang ada member/geng nak stay sekali.
Lantai kayu |
Betul, tak tipu |
LOKASI
Hospital Kuala Lipis, secara jujurnya, terletak di kawasan yang agak pedalaman. Perjalanan ke Kuala Lumpur mengambil masa sekitar 2 jam 30min. Hospital kuala Lipis merupakan salah satu hospital kluster Pahang barat selain hospital raub, bentong dan cameron highland. Perjalanan ke Hospital Berpakar yang terdekat (HOSHAS @ Hospital Temerloh) mengambil masa 2 jam. Jadi, digalakkan sekiranya anda mempunyai kenderaan sendiri untuk memudahkan pengangkutan
KEMUDAHAN
Tiada Mall di Kuala Lipis. Hanya ada pasaraya beli belah, yang terbesar ialah TF Value Mart. This holds true untuk raub dan bentong juga. Anda boleh meluangkan masa 2jam perjalanan untuk ke Mentakab Mall, tapi percayalah, Mentakab Mall tu sangatla suam suam kuku. Memang ada GSC cinema, tapi barang2 lain almost takde. Most of us kalau nak ke mall memang akan ke KL juga
Fast Food restaurant: KFC dan Marrybrown sahaja. McD terdekat di Jerantut. Pizza hut, Dominos, secret recipe, Tealive terdekat ada di Raub. Ada aplikasi Foodpanda dan iGG food untuk contactless order
Station bas: Terminal Anggerik Kuala Lipis. Majority diuruskan oleh syarikat Pahang Lin Siong. Jika nak ke KL, bas ini hanya berhenti di Jalan Pekeliling sahaja. Takkan lalu TBS/Duta
Tiada Grab service/myTeksi.
PROS HOUSEMAN DI HDKL
-Environment sangat kondusif. MO kebanyakannya junior (pengalaman less than 3 years) and most are baik2. Takda yang pure malignant jerit2 macam hantu. This holds true even in the O&G department. This helps you strive through psychologically. Dekat hospital besar, some of them are chronic MO. They dont care shouting /throwing BHT dekat korang sebab they are permanent poison in this system. In the long run, ada yang dapat depression and worse, quit Housemanship.
-Lots of basic procedure to get to try. You guys will be seeing many basic cases, and lots of common procedure.Eg, pleural tapping, peritoneal tapping, appendicectomy, simple wound debridement and lots more. Ive even been given chance to perform a saucerization and Ray amputation myself. Dekat hospital besar, you are not even competing among uguys, tapi even MO pun berebut procedure.
-All cases are basic and common. Sebab apa? complicated cases are usually referred out. Korang akan jumpa so many of MI, CKD, COAD, cerebral concussion, neonatal jaundice etc2. Semua ni case basic and actually akan membantu korang in case korang duduk di KK/ district one day.
-Patient to Houseman ratio yang kurang. Dulu, sebelum era COVID, patient melimpah ruah sebab extension beds, memang exhausted la. Tapi sekarang era COVID, extension beds dihapuskan.. Bilangan HO sekarang lebih ramai daripada dulu hence workload agak kurang.
CONS HOUSEMAN DI HDKL
- Tiada subspecialty. Contoh subspec cardio, nephro, endocrine, etc, semua masuk under general medical department. Some might has trouble to comprehend such vast topic to refresh in 4 month. Kadang2 bila masuk subspec boleh belajar in detail. Jangan terkejut kalau HO yg in charge subspec tahu lebih banyak benda dari general MO.
-BHT system. Maksudnya, review patient kena tulis tangan and update file. Problems arise bila nak trace old notes. Only can be done at office hour. Unlike big hospital yg computerized. Dapat je no IC, semua history boleh korek.
-Takda sangat leisure life. No cinema, no fancy foods, no fancy dinner. Klau nak kena travel jauh sikit
-Kurang posting elective. HDKL cuma tawarkan posting elective Anaesth dan ED sahaja. Tiada posting psychiatry dan Family Medicine.
-Tiada kepakaran dalam bidang ophtal/ENT, cuma ada MO, itupun sorang saja. All ophtal/ENT emergency kena straight refer ke HOSHAS
-Ni in case korang duduk luar dari Lipis. Jalanraya teruk, jauh and bahaya. Eg, korang stay dekat KL. So, bila nak balik lipis tu memang kena lalu highway Gombak-Bentong. Dahla bengkang bengkok, kalau malam gelap sebab takda lampu. Then, kalau musim perayaan eg: CNY, Hari Raya etc...jalan ni akan jadi sangat2 jam. Im talking hours of jam here. Sebabnya orang balik kelantan/orang kelantan balik KL akan guna highway ni, sebab inilah satunya highway nak ke kelantan dri KL. Yang selalu gunalhighway ni mesti tau dia pnya jam mcm mana. Aku sendiri pernah sangkut 7 jam dri rumah nak ke Lipis waktu Hari Raya Haji!
FINAL WORDS
Apa apa sekalipun, Houseman ni adalah fasa wajib dalam perjalanan karier seorang doktor. Tempoh masanya bukan sekejap. 2 tahun tu. Jadi, anggap ia sebagai satu investment. A good investment always pay, no matter how long it took. Jadi, bincanglah properly untuk masa depan korang semua. Kalau korang antara golongan yang terpaksa pilih Lipis ni as HO, percayalah, after 2 years later, korang pilihla mana yang korang nak, inshaAllah dapat.
Sekian, jika ada sebarang cadangan penambahan/soalan boleh dikemukakan, inshaAllah akan dijawab jika ada kelapangan.
*Penulis sekarang berada di Hospital Sungai Buloh sebagai MO di bawah Covid Response Unit.
Hi Salam... Sy khairul bercadang nak buat pilihan di hospital k. Lipis..
ReplyDeleteAda mention 11 yg masuk hanya 3 berjaya tanpa extension... Maksudnya extension rate tinggi di HDKL?
Saya dengar yang Ramai beritahu.. Disebabkan kontrak, skrg perlu habis kan dlm masa 2 tahun shj..
Atau Jika diextend boleh apply untuk sambung contract?
Thank you :)
contract untuk houseman adalah 3 tahun. Extension rate adalah multifactorial. Boleh kata ada certain2 posting yang killer macam surgical & OBG
Deleteowh macam tu..tak sangka surgical boleh malignant ya...haha... selalu paeds dan o&g.. anyway doakan sy, moga2 dapat hospital k.lipis..my 2nd attempt..sebelum ni hosp temerloh :) Thanks...
Deletesini SVD kena berapa kalau nak lepas O&G...ada kes superior kenakan HO ke sampai ramai stuck kt satu2 posting..contoh kat selayang extend medical ngn paeds ada yg sampai 8 bulan kot sebab specialist ngn MO x suka, O&G pun mcm puaka ramai sabo SVD orang lain
DeleteAssessment susah x kat lipis? Sebab aku tahu setengah district mmg high extention rate sebab assessment susah gila. Lagi kalau sorang specialist tu je assess kau kan? Memang ke sudah stuck kat dept tu
DeleteHi, may i know why despite the pros, only 3 went through housemanship without extension out of 11 of the housemen?
ReplyDeleteits multifactorial. individual factor + environment factor. i would say surgical posting is tough here. Alhamdulilllah survived it
DeleteHDKL sekarang dah ada Ophthalmologist mulai 1hb August 2021.
ReplyDelete