Showing posts with label Kembara. Show all posts
Showing posts with label Kembara. Show all posts

Monday, 28 January 2013

Ashabul Gokak : Pengembaraan Para Muslimin

Satu Pengalaman

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda maksudnya:
``Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya segala apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri berupa kebaikan''. [HR Bukhari dan Muslim].

Maka, pada 27 Jan 2013, hampir semua pelajar lelaki USM-KLE Belgaum, India dalam 50 orang mengorak langkah membina ukhwah dalam program Ashabul Gokak, bertempat di.....mana lagi tengok nama dah tahu, Gokak Waterfall. Ni preview dari Google Image pasal Gokak Waterfall:
     Cantik atau tidak, depends pada anda. Perjalanan ambil masa dalam 2 jam dari campus, and still Gokak ni dalam negeri Karnataka jugak, macam Belgaum. Malam before bertolak ni, ramai jugaklah yang bergotong royong masak untuk breakfast ikut group usrah masing-masing. Group aku buat lauk ayam kicap and Tomyam Thai, ft. budu hehe (even though Aku tak makan budu haha). 
Pagi-pagi dah blur-mana nk cari bekas letak semua lauk nih, last2 angkat dengan periuk2 sekali, senang. 



Bertolak


Sebenarnya, ikut jadual bertolak pukul 7am, namun maklumlah manusia...pukul 8.10am baru gerak. 
Tengok la barang, banyak tak banyak kena jaga takut
tumpah, tu periuk sekali pun ada.

Perjalanan


Huh, perjalanan kitorang selamat berkat baca doa naik kenderaan. Tapi, Aku cakap beb, seksa doe travel naik bas kat India. Road dia sedap kat highway je. Lepas je dari tol tu, masuk jalan common, ha, amek kau! Nak tau macam mana rasanya dalam bas? Imagine korang ada fitness machine fat burner yang goyang-goyang tu. Duduk bersila atas tu, bukak speed lima belas, hah rasa! Phew, berapa kilo ilang, tambah-tambah lagi Aku duduk seat belakang,hmm..

     Bila dah masuk jalan kampung tu memang terbayang Malaysia zaman 40an gitu. Ada sawah padi, serai, jagung, bajak pun guna lembu. Sambil-sambil membakar lemak dlm bas tu, sempat gak amek a few pic.

Nampak timbunan jerami kat belakang tu. Besar kemungkinan itu rumah penternak sini sebab  aku ada nampak banyak, and ada some design dia besar sikit.

Ada rumah yang bersusun dari batu-bata tanpa simen-rasanya hand made sebab kami ada ternampak orang kerja pecah-pecahkan batu dari gunung. 

99.9% orang yang kami passed by pandang bas kami sampai hilang dari pandangan.  Mungkin itu pertama kali mereka tengok bas lalu situ...Kami pun lambai-lambai je kat diorang haha

Tiba

     Sampai lebih kurang pukul 10.15am kat Gokak Waterfall. Sekarang semua dah lapar. Kitorang turun bas, terus cari port nak breakfast, then start activiti.

Mencari-cari the best spot untuk bentang tikar. Even though tempat ni dia jaga, namun  kek landmine (aka. tahi lembu) still present haha. Semua langkah dah pandang bawah dah. Maybe mereka ada religious reasoning ke untuk tak cleankan landmine2 ini?

Aktiviti

Sempat gak sembahyang Dhuha kejap. Ada yang ambil wudhu via toilet, via sungai, yang manual pun ada (botol air) haha


Kumpulan usrah kami- 8 orang, dipimpin oleh Hussein al-Belgaumi (pegang Samsung Note). Topik kali ini membincangkan 2 daripada10 tanda tarbiyah oleh Imam Hassan Banna. Nampak kertas bergulung tu, kena present sikit intipati perbincangan.


Itu dia! Dengan effisiennya aku membentangkan tajuk Ibadah yang benar. Huh, fokus sungguh  para pendengar! Chewah..


Solat Zohor n Asar jamak sekali. Surface x rata so kaki kena berdiri ala koboi sikit


Ini jambatan gantung Gokak Waterfall, berukuran 201m panjang. Tengoklah background tu. Air cetek gila sebab kami datang waktu dry season huhu


Orang dia pun complaint benda yang sama (bajet paham pulak bahasa Hindi haha)

Lunch

Dah abis aktiviti dalam pukul 1pm, kami pun makan lunch. Ini dia lunch kami, prepared by chef Che Arif (white shirt). Huh, sedap beb, chefnye je rendah diri kata tak sedap  haha. Untuk menjimatkan space, talam direplace dengan plastik. Ni baru style student oversea.


Mana-mana pun pergi, faktanya tetap sama-India merupakan sebuah negara miskin dan overpopulated.Tatkala kami nak kemas-kemas, makcik ni nampak kami, sanggup kutip pinggan retak (yang one of student kami buang) lalu meminta sedikit makanan kami. Yang kelakarnya, dia siap tambah 2nd round  lagi haha. So chef, apakah yang ingin kamu dustakan bahawa lauk itu  tak sedap??


Melihatkan kami  ini pemurah, seorang lagi pakcik meminta makanan daripada kami. Huh, betapa rasa bersyukurnya kami dapat makanan sedap-sedap tatkala orang lain meminta sedekah di jalanan. Tu makcik tadi, selamba je duk bersila situ makan sorang-sorang. Sedih betul aku tengok huhu. Moga usaha kami menolong mereka diberkati.

Tudia kelapa muda 15 rupee @ 90sen...Terkejut badak makcik tu aku hulur 100 rupee..Change, nehi he..katanye Nasib baik blogger Rashdan Roslan ada duit kecik haha. Kasi hilang dahaga sikit haha. Kalau makcik ni masuk sukan orang tua, kompem menang. Dia cantas kelapa tu dua kali je, hentak-hentak sikit terus terkupas. Gerun aku...



Lepas dah makan, and minum air kelapa bagai, kami naik bas ``pembakar lemak`` semula, menuju ke Godachina Falls, satu lagi daya tarikan. Tapi kena jalan jauh lepas turun bas, dalam 15min jugakle. Kali ni, kek landmine semakin berleluasa- species lembu and kambing pun ada. Phew, kuredah jua mereka.




Ha, nampak sangat musim keringnya. Mula-mula tu agak kecewa lah lepas penat jalan, tapi waterfall nye cenggini. Kami duk merentas jelah batu dasar sungai ni. Air terjun pun banyak tu je. tapi, ini baru part yang atas.

Tapi, part bawah waterfall tu, Masha Allah cantik beb, sebijik macam gambar poskad. Ada member yang siap mandi sini lagi. Cantik, cantik jugak tapi dalam. Orang yang paling tinggi pun tak jejak kaki ke dasar.


Aku pulak dok decide, nak turun ka taknak...Nak terjun somersault ka, backflip ka, free style...last2 x turun sebab dalam huhu. Bila swimming pool kat campus siap boleh la amek swimming class haha.

Dah enjoy amek gambar apa suma, dlam pukul 5.45pm bas bertolak balik campus. Sempat gak snap pic sunset, matahari tu bulat betul and colour dia agak merah. Huh, byk pokok kat sini, tapi tanah dia kering. Kalau siang ni, memang rasa macam kat tanah Savanna, Africa sana.

Tiba semula

Akhirnya tiba di pekarangan kampus jam 7.20 malam. Huh, bergegas semua  turun sebab  Isyak masuk 7.30pm!

Konklusi


Dari kiri: Syabil biro hostel,  Hanif Pres, Blogger Rashdan Roslan,  Safwan Nasyid, Khairie iPad & Ashman KPop. eLpas graduate tengokla gambar ni buat kenang-kenangan
     Adventure ini, memang banyak berikan pengalaman, dan membuatkan Aku berfikir dan merenung kembali tentang kehdupan aku sebelum ini. Hidup di bumi India ini membuatkan aku terasa kaya; ramai lagi penduduk mereka yang suffer below poverty line. Cabaran dalam kehidupan terus diredah, pengalaman hidup terus dipungut dan dijadikan bekalan. Tarbiyah diri, adalah satu kemestian...




















Tuesday, 23 October 2012

Setelah Sepurnama di Perantauan

Pengalaman yang Pertama


     Tidak Aku sangka, 2(pejam celik) dah lebih sebulan aku menetap di negara orang, almaklum di Belgaum,Karnataka, India.Pertama kali Aku menghirup udara bumi India adalah pada 14 Sept 2012. Tujuannya tak lain tak bukan, untuk menggenggam amanah menjadi pelapis kepada para-para cendekiawan perubatan negara. Even though baru sebulan, banyak (boleh ditambah gila.....-banyak gila) benda-benda baru yang seumur hidup aku tak pernah jumpa kat sini.

Gaya Hidup

     Di sini lifestyle memang betul2 buat aku culture shock. Pertama, kat Msia, kita tak suka orang hon-hon kita- buat sakit hati je. Namun, kat sini, aktiviti hon mengehon memang digalakkan. Tak kirala nak potong ke, nak belok ke hooonnnn je. Tambah syok, ada gak hon yang berirama & ada melody. Pelik tak pelik hahaha...

     Jangan terkejut kalau tengok bangunan belum siap lagi, tapi dah ada orang  duduk. Takda sijil CF kat India, asal selesa je, diorang terus pindah masuk and stay. Yang tak bestnya, kalau diorang da comfortable dgn 1st floor, memang baris 1st floor jela yang siap. No wonder rumah2 kat sini tak berbumbung, banyak yang still terpacak cerucuk on their roof. Even tingkat atas masjid  (sebenarnya rumah kedai bertingkat je...) still bau simen and berpasir lagi.

     Kat India still ada sistem kasta, yg membezakan orang kaya dan miskin. Yang miskin ni memang sanggup buat apa-apa je, asalkan dapat duit. Memang bersepah la orang gaji (a.k.a Moshi) kat sini, ada yg siap bawak anak sekali angkat batu2 kat construction site.

     Yang status rendah memang takut dengan orang atasan. Ada sekali Director of Karnataka Lingayat Education (setaraf macam Datuk Pengarah MARA la..) pergi visit hostel kitorang.. Time tu banyak lagi tak siap. Baru bawah je habis. Seminggu lepas tu, semua student dah boleh terus pindah hostel baru. Nak kata betapa efficientnya and cuaknya diorang ni haha. Sampai harini pun, kerja construction still ada utk siapkan tingkat 3,4&5. Start pukul 7.00 pagi dah dgr bunyi driller, sampailah lebeh kurang pukul 10.00pm baru abes.

     Ramai penduduk sini yang miskin& tak berkemampuan. Yang dah besar takpa, tapi yang kecik2 ni end up mintak sedekah tepi lorong.Their victim??Orang yang kaya mengikut persepsi mereka. Pernah sekali Aku jalan dengan member2-pakai baju smart2, jeans siap speck rock kapak dengan beg sandang lagi, kira style abes la ni. Then ada budak2 datang serbu mintak duit. Ramai, bukan sorang .Siap cium kaki, tarik-tarik baju lagi. Sabo jela. (Last2 lari kat kedai high class yang ada guard hehehe).

     Then, kedai Samsung, Nokia, Sony Ericcsson etc memang ada, tapi sikit gila customer. Lagipun most citizen tak guna smartphone, but yang cikang2 je. Sekali korang keluarkan iPad, Samsung SIII, Galaxy Note etc, memang ramai la yang menjeling & mengusha tahap tak puas hati. This happens everywhere- hostel, hospital, restaurant, money changer, dalam lif (kelakar jugak la haha ).

     Ada ke dalam lif tengah whatssap, tiba2 orang sebelah tanya, " how much you buy this (my Galaxy Note"? Terkejut den nk mengonvertkan RM jadi rupee on the spot.. Aku beli rm1900, so Aku tembak jela 40k rupee, & terbeliak jugak la mamat ni dengar hahaha....Then, another story, sambil tunggu member kat money exchange, adala sorang worker ni duk sembang2 denga kitorang, and tiba2 mintak tengok my Galaxy Note. As usual, tanya how mucy you buy this? Den da bersiap-siaga dah this time.."32k rupee sir, and it might be lesser than that now since the new model is coming out (Note II)". Kesimpulan: jangan show gajet depan orang ramai.=--=

     Ada certain2 benda yang murah kat sini. Sari, makanan , baju, motor superbike pun murah haha. Nasi beryani common sangat, dalam 50 rupee @ Rm3 dah ada, siap boleh mintak delivery lagi. Sari sepasang for rs110 @ rm6.60 ada. Teksi Auto (Yang roda tiga tu) tambang dalam rs50 @ rm3  for about 4km journey, naik 3 orang, singgit sorang. Teringat dulu time dekat kolej. Journey 30km nak pegi Alamanda,naik teksi 7 orang kena rm55. Memang tercekik darah den huhu.

     Kalau kat Msia ada Telekom dengan Astro, dominate telefon dengan tv. Kat sini memang ada berpuluh2 company tv and telefon. Piring yg macam Astro tu macam2 colour ada haha. They have a lot of competitions and untuk promote company mereka, harga pun jadi murah la sebab nak tarik customer. Memang jarang la Aku recharge (a.k.a topup). Bersalah pun ada. Most local student recharge kredit dalam 50-100 rupee. Kitorang bantai 500 or rs1000 terus. Tetiba rasa kaya sekejap =).


Terus Menyusur

     Banyak je lagi benda yang kalau nak diceritakan full, berjilid2 la jawabnya. Ni baru sebulan haha., kalau setahun entah macam manalah. Aku tak pernah tak rasa seronok berjumpa perkara baru. Pengalaman adalah aplikasi terbaik untuk konsep infinity. It can never be reached nor satisfied, but it will increasingly grow and increase-That will make you more mature.





     

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...