Satu Pengalaman
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda maksudnya:
``Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya segala apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri berupa kebaikan''. [HR Bukhari dan Muslim].
Maka, pada 27 Jan 2013, hampir semua pelajar lelaki USM-KLE Belgaum, India dalam 50 orang mengorak langkah membina ukhwah dalam program Ashabul Gokak, bertempat di.....mana lagi tengok nama dah tahu, Gokak Waterfall. Ni preview dari Google Image pasal Gokak Waterfall:
Cantik atau tidak, depends pada anda. Perjalanan ambil masa dalam 2 jam dari campus, and still Gokak ni dalam negeri Karnataka jugak, macam Belgaum. Malam before bertolak ni, ramai jugaklah yang bergotong royong masak untuk breakfast ikut group usrah masing-masing. Group aku buat lauk ayam kicap and Tomyam Thai, ft. budu hehe (even though Aku tak makan budu haha).
Pagi-pagi dah blur-mana nk cari bekas letak semua lauk nih, last2 angkat dengan periuk2 sekali, senang.
Bertolak
Sebenarnya, ikut jadual bertolak pukul 7am, namun maklumlah manusia...pukul 8.10am baru gerak.
|
Tengok la barang, banyak tak banyak kena jaga takut
tumpah, tu periuk sekali pun ada. |
Perjalanan
Huh, perjalanan kitorang selamat berkat baca doa naik kenderaan. Tapi, Aku cakap beb, seksa doe travel naik bas kat India. Road dia sedap kat highway je. Lepas je dari tol tu, masuk jalan common, ha, amek kau! Nak tau macam mana rasanya dalam bas? Imagine korang ada fitness machine fat burner yang goyang-goyang tu. Duduk bersila atas tu, bukak speed lima belas, hah rasa! Phew, berapa kilo ilang, tambah-tambah lagi Aku duduk seat belakang,hmm..
Bila dah masuk jalan kampung tu memang terbayang Malaysia zaman 40an gitu. Ada sawah padi, serai, jagung, bajak pun guna lembu. Sambil-sambil membakar lemak dlm bas tu, sempat gak amek a few pic.
|
Nampak timbunan jerami kat belakang tu. Besar kemungkinan itu rumah penternak sini sebab aku ada nampak banyak, and ada some design dia besar sikit. |
|
Ada rumah yang bersusun dari batu-bata tanpa simen-rasanya hand made sebab kami ada ternampak orang kerja pecah-pecahkan batu dari gunung. |
|
99.9% orang yang kami passed by pandang bas kami sampai hilang dari pandangan. Mungkin itu pertama kali mereka tengok bas lalu situ...Kami pun lambai-lambai je kat diorang haha |
Tiba
Sampai lebih kurang pukul 10.15am kat Gokak Waterfall. Sekarang semua dah lapar. Kitorang turun bas, terus cari port nak breakfast, then start activiti.
|
Mencari-cari the best spot untuk bentang tikar. Even though tempat ni dia jaga, namun kek landmine (aka. tahi lembu) still present haha. Semua langkah dah pandang bawah dah. Maybe mereka ada religious reasoning ke untuk tak cleankan landmine2 ini? |
Aktiviti
|
Sempat gak sembahyang Dhuha kejap. Ada yang ambil wudhu via toilet, via sungai, yang manual pun ada (botol air) haha
|
|
Kumpulan usrah kami- 8 orang, dipimpin oleh Hussein al-Belgaumi (pegang Samsung Note). Topik kali ini membincangkan 2 daripada10 tanda tarbiyah oleh Imam Hassan Banna. Nampak kertas bergulung tu, kena present sikit intipati perbincangan.
|
|
Itu dia! Dengan effisiennya aku membentangkan tajuk Ibadah yang benar. Huh, fokus sungguh para pendengar! Chewah..
|
|
Solat Zohor n Asar jamak sekali. Surface x rata so kaki kena berdiri ala koboi sikit |
|
Ini jambatan gantung Gokak Waterfall, berukuran 201m panjang. Tengoklah background tu. Air cetek gila sebab kami datang waktu dry season huhu |
|
Orang dia pun complaint benda yang sama (bajet paham pulak bahasa Hindi haha) |
Lunch
|
Dah abis aktiviti dalam pukul 1pm, kami pun makan lunch. Ini dia lunch kami, prepared by chef Che Arif (white shirt). Huh, sedap beb, chefnye je rendah diri kata tak sedap haha. Untuk menjimatkan space, talam direplace dengan plastik. Ni baru style student oversea.
|
|
Mana-mana pun pergi, faktanya tetap sama-India merupakan sebuah negara miskin dan overpopulated.Tatkala kami nak kemas-kemas, makcik ni nampak kami, sanggup kutip pinggan retak (yang one of student kami buang) lalu meminta sedikit makanan kami. Yang kelakarnya, dia siap tambah 2nd round lagi haha. So chef, apakah yang ingin kamu dustakan bahawa lauk itu tak sedap?? |
|
Melihatkan kami ini pemurah, seorang lagi pakcik meminta makanan daripada kami. Huh, betapa rasa bersyukurnya kami dapat makanan sedap-sedap tatkala orang lain meminta sedekah di jalanan. Tu makcik tadi, selamba je duk bersila situ makan sorang-sorang. Sedih betul aku tengok huhu. Moga usaha kami menolong mereka diberkati. |
|
Tudia kelapa muda 15 rupee @ 90sen...Terkejut badak makcik tu aku hulur 100 rupee..Change, nehi he..katanye Nasib baik blogger Rashdan Roslan ada duit kecik haha. Kasi hilang dahaga sikit haha. Kalau makcik ni masuk sukan orang tua, kompem menang. Dia cantas kelapa tu dua kali je, hentak-hentak sikit terus terkupas. Gerun aku...
|
|
Lepas dah makan, and minum air kelapa bagai, kami naik bas ``pembakar lemak`` semula, menuju ke Godachina Falls, satu lagi daya tarikan. Tapi kena jalan jauh lepas turun bas, dalam 15min jugakle. Kali ni, kek landmine semakin berleluasa- species lembu and kambing pun ada. Phew, kuredah jua mereka.
|
|
Ha, nampak sangat musim keringnya. Mula-mula tu agak kecewa lah lepas penat jalan, tapi waterfall nye cenggini. Kami duk merentas jelah batu dasar sungai ni. Air terjun pun banyak tu je. tapi, ini baru part yang atas.
|
|
Tapi, part bawah waterfall tu, Masha Allah cantik beb, sebijik macam gambar poskad. Ada member yang siap mandi sini lagi. Cantik, cantik jugak tapi dalam. Orang yang paling tinggi pun tak jejak kaki ke dasar. |
|
Aku pulak dok decide, nak turun ka taknak...Nak terjun somersault ka, backflip ka, free style...last2 x turun sebab dalam huhu. Bila swimming pool kat campus siap boleh la amek swimming class haha.
|
|
Dah enjoy amek gambar apa suma, dlam pukul 5.45pm bas bertolak balik campus. Sempat gak snap pic sunset, matahari tu bulat betul and colour dia agak merah. Huh, byk pokok kat sini, tapi tanah dia kering. Kalau siang ni, memang rasa macam kat tanah Savanna, Africa sana. |
Tiba semula
|
Akhirnya tiba di pekarangan kampus jam 7.20 malam. Huh, bergegas semua turun sebab Isyak masuk 7.30pm! |
Konklusi
|
Dari kiri: Syabil biro hostel, Hanif Pres, Blogger Rashdan Roslan, Safwan Nasyid, Khairie iPad & Ashman KPop. eLpas graduate tengokla gambar ni buat kenang-kenangan |
Adventure ini, memang banyak berikan pengalaman, dan membuatkan Aku berfikir dan merenung kembali tentang kehdupan aku sebelum ini. Hidup di bumi India ini membuatkan aku terasa kaya; ramai lagi penduduk mereka yang suffer
below poverty line. Cabaran dalam kehidupan terus diredah, pengalaman hidup terus dipungut dan dijadikan bekalan. Tarbiyah diri, adalah satu kemestian...
thanks la sbb mention nama aku. haha :D
ReplyDelete