Tuesday 16 July 2013

Malaysia: My Return Home

The Lord shall return....after so long he had travelled.....

The night

Cheerfully, we left the hostel


Kami berlapan bertolak dengan riangnya selepas Isyak & tiba di VRL station Belgaum tepat jam 9.20pm. Bas ke Bangalore pula dijangka tiba jam 9.30pm. Masing2 unload beg keluar. Gambar demi gambar diambil, saat2 terakhir di Belgaum. Tiada yang sedar apa yang bakal menanti....9.40pm berlalu, bas tidak kunjung tiba. 

Something is wrong....

The company called Talhah, saying the bus were already waiting. But, where are they, we were stone age waiting here.Takde pun. Uncle Ashfak (driver bas USMKLE) tiba-tiba bergegas menuju ke ruang driver...


Come innnn!! CEPATT2!! Bus not here, lake!!

Rupa-rupanya bas tidak tunggu kami di sini. Oh my God....Sympathetic chain stimulated. Maka seperti askar, masing2 reload beg semula. Go, Go, Go! Bas kami memecut umpama Ferrari menuju ke stesen bas VRL yang 1 lagi di tasik. Laju gila... Aku turun berlari  mencari bas. Di mana? tak jumpa...macam-macam bertalu di fikiran....adakah kami sudah ditinggalkan??Peluh membasahi diri, walaupun Belgaum sudah nyaman waktu itu....

Mechanic are repairing the rear engine
of the bus.
Huh. itu dia. VRL 964, berhenti di simpang jalan. Jumpa. Tapi, bas ada masalah pickup & tak boleh jalan. Ah, apa pula sekarang. Enjin tak boleh start pula. Bas di India hanya satu pada satu2 masa, bukan setiap 30 min seperti di Malaysia. Kami terlepas yang ini, dan kami akan terlepas Malaysia....

Dengan izin Allah, maka bas boleh bergerak. Lega dan tak terkata. Maka bermulalah perjalanan 400km 10 jam Belgaum-Bangalore menaiki bas. 5 Ramadhan, kami sahur di atas bas berbekalkan oreo, kurma dan air masak saja.

The apartment


Tiba di Bangalore dalam jam 7.30am. Destinasi seterusnya-Gokula. Macam biasa, pakcik2 auto yang cuba menggoreng kami dengan tambang yang sangat mahal. Tawar saja, sampai dapat harga ok. Mereka pun jarang dapat customer & perlukan duit, & kami pun perlu sampai ke Gokula.Masing-masing ada permainan sendiri.... 

7.45am. Sampai di rumah member di Gokula. Masing2 penat, angkat beg 25kg naik turun tangga di bulan puasa memang mencabar. Ini barulah cabaran oversea...Kami disambut oleh tuan rumah KN dan kucing Parsi gebu yang kami gelar Grumpy Cat haha.
Grumpy Cat awaiting us

Flight pukul 5.30pm. Takkan mahu duduk saja berjam2 di apartment? Dahlah bangalore ni jarang pergi (second time for me after Wonderla in December). The board decided, untuk jalan2 di Orion Mall, Bangalore, @ Alamanda di Malaysia. Hmm, time nak berjalan tak rasa penat pulak kan? Pelik...

Di Orion ini, semuanya orang kasta tinggi. Budak2 pun sudah ada smartphone. Teruja sungguh. macam2 premis ada, termasuklah ZARA. Kami lelaki, mana ada jiwa nak shopping. Nak makan pun, bulan puasa. So, destinasi pertama is Bowling yang dijuarai oleh Al-Fadhil Helmi Hamid, jaguh bowling kelapa di Grik. Yang bestnya, score above 120 dapat air tin free. Pun boleh...


Champion in virtual driving, but newbie
in real driving

Love this game...
                                       

Destinasi seterusnya ialah ke arked. Kali terakhir main ialah di Alamanda zaman KMB dahulu. Semua melepaskan naluri kebudak-budakkan. Hampir semua kami balun- basketball, tennis, gitar, motor, kereta, etc. Kami balun arked sehingga jam 1.30pm. Semua mengeluh penat. Hai, main arked pun penat??!! 


That bag is 25kg..Must go upstairs

Dengan kepenatan main arked, kami pulang ke Gokula untuk bersiap-siap ke airport. Dan dalam kepenatan itu juga, kami dipenatkan lagi dengan menarik beg 25kg turun naik tangga lagi. Mak aih...Memang dah tak larat betul dah time tu. Kami meninggalkan apartment dengan berat hati walaupun tak sampai sehari menetap. 

Selamat tinggal Grumpy Cat......Selamat tinggal KN......Malaysia, here we come....

The airport


Petang, 4pm tiba di Bangalore International Airport. Security di sana sangat ketat dengan guard yang pegang rifle- sama seperti sewaktu di Airport Srinagar, Kashmir dahulu. Nak snap pic pun takut. Check in sudah, security check pun sudah, tapi...
Aku dah lepas security, tapi Haziq & Kaya tak lepas....


Kaya & Haziq tak lepas security. Patutlah mereka duk lama depan counter tu je. Mengikut officer tu, FRO mereka tak valid. What?? FRO x valid means you will be trapped in India forever. Ini tak boleh jadi. Jam sudah 4.30pm. Boarding gate tutup 20 min sebelum departure (5.00pm). Itu maksudnya 4.40pm!! 10min.......kami ada 10minit.....apa boleh buat?? dah check in tak boleh cross balik....Talhah cuba jumpa security. Dia langsung tak kisah pasal kami. Aku call Kaya, risau dan gelisah...

Katanya tengah deal & dalam pengesahan....

 Huh, lepas juga. Lega kami. Tatkala itu juga aku sedar yang departure time kami ialah 5.30pm sebenarnya, bukan 5.00pm. Stress-yang betul jadi tak betul, yang tak betul jadi gila....

its raining outside

Alhamdulillah semua selamat. Tiada yang tersekat permanent di airport. Kami menjejakkan kaki dalam plane. Suasana di luar hujan, seolah-olah menangisi pemergian kami....seolah-olah sedih kami meninggalkan bumi India ini.....

Kapten mengumumkan penerbangan. Ya, dalam bahasa Melayu!! selain penghuni USMKLE, inilah kali pertama kami mendengarnya. Pramugara juga cakap bahasa Melayu. Ah, rindunya daku akan tanah air!

Maka berbuka puasalah  kami di atas kapal terbang setelah diumumkan oleh kapten. Flight makan masa 5 jam. Kilat sabung menyabung di luar, walaupun tak kedengaran. Gelap. Zero visibility dari tingkap. 

See you later in 8 July

Perjalanan kami sangat memeningkan. Angin kencang berlaga dengan kapal terbang, menyebabkan kapal bergegar dan bergoyang2 sepanjang perjalanan. Tepat jam 12.05am, 16 July 2013, tayar kapal terbang menjejakkan tayar di bumi Malaysia. 

Malaysia, Aku sudah sampai......

Perjalanan kami pulang saja sudah berliku-liku.Ujian memang akan menanti tidak kira di mana jua kita berada.  Apa pula nasib kami selama 6 minggu di rumah ini? Wallahualam, semoga ia penuh bermanfaat, untuk kami pelajar perubatan & bakal doktor untuk masa hadapan. Sekian.

Till we meet again guys...

Till we meet again, guys...



1 comment:

  1. Salam.. nak tanya...
    Wktu saudara hari tu..
    Blood test dibuat di usmKK atau kena buat sebelum orientasi?

    Thanks

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...