Saturday 7 July 2012

Pengalaman Blog yang Pertama oleh Aku..


     Banyak isu yang akan diketengahkan dan diutarakan menerusi perspektif seorang Aku. Well, mungkin ada jugak cerita tentang asal-usul address blog ini sendiri nanti, ESA (epilog-seorang-aku)..
     Tak banyak ayat-ayat gramatis, tapi cuma menyatakan fakta dan perkara yang ingin diluahkan saja di kala waktu kelapangan masih meniti (chewah)..

BIODATA

     Sebagai permulaan, biarlah Aku menceritakan sedikit biodatanya. Aku tidak berminat dengan biodata yang skema, macam favourite food, hobi, DoB, etc...Bagi aku, ciri-ciri biodata ini lebih kepada cara kita menganalisa diri sendiri beserta perwatakannya secara pure untuk memudahkan orang lain memahami diri kita.
     Mula-mula, Aku gemar memerhatikan perwatakan manusia lain. Setiap kali aku melihat gelagat manusia, aku akan berfikir tentang rasional tindakan mereka itu. Fitrah manusia adalah bertindak rasional, jadi tatkala Aku melihat tindak-tanduk manusia yang lain dari yang lain, Aku akan mencari justification untuk action mereka. Well, kalau takda Aku simpulkan mereka ini special kalau tak tergolong dalam kumpulan orang gila.
     Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan kerana terlalu banyak memerhatikan orang, Aku berubah sikap menjadi seorang yang pendiam dan tidak banyak berkata-kata. Aku lebih gemar berada dalam comfort zone dan tidak akan bertindak atau memulakan sesuatu selagi tiada urge to do so. Aku teringat akan pepatah Melayu: bagai pahat, tidak ditukul tidak makan.
     Aku merupakan seorang yang berprinsip human realist. Aku tak percaya, apatah lagi menaruh minat kepada movie ataupun anime/kartun yang overloaded dengan alien, penjaga galaksi, etc...Biarlah x real dan lebat macam mana sekalipun, asalkan cerita human based macam Naruto, Detective Conan (teringat seorang kawan Aku yang memang suka Conan, so Aku suka panggil dia kiddo haha) dan etc..
     Aku percaya dengan apa yang dipanggil 'hukum karma' dan 'dejavu' meskipun kedua-duanya tidak dapat dibuktikan melalui fakta sains. Aku percaya jika kita buat kebaikan pada orang, nescaya kalau tak immediate, lambat laun ada orang yang akan buat baik pada kita. 
     Jadi, Aku reversed the sequence: kalau nak orang happy, kita mesti happy dulu dan kalau kita marah-marah, orang sekeliling kita pun mesti terbawa2 dan asyik nak marah saja, betul tak?Yes! Pepatah Arab pun kata: Barangsiapa yang menanam, dialah yang dapat menuai hasilnya. Itu merupakan contoh behaviour yang telah aku perhati dan fikirkan secara mendalam dan apa yang baik telah Aku cuba jadikan panduan hidup ini.
      Aku berasal dari keluarga yang sederhana, tiada darah raja, pembesar, Dato' mahupun Datin. Jadi, ianya bagaikan satu cabaran bagi Aku untuk menyesuaikan diri dengan orang2 seperti ini. Well, Aku sendiri  pun mempunyai rekod buruk dalam berkomunikasi secara professional.
      Aku sangat kagum akan mereka yang dapat berpidato, menyampaikan hujah yang bagai meriam saja tanpa henti. Aku memang fail kalau spontan dan tiada kebolehan seperti itu, hendak cakap pun kena fikir dulu apatah lagi mahu mempertahankan hujah sendiri. Jadi sewaktu kelas, aku menjadikan rakan yang petah berkata-kata sebagai idola untuk Aku memperbaiki skill komunikasi Aku. 

ASAL-USUL

     Sebenarnya, idea tentang ''epilog seorang aku'' telah pun tercetus sejak 2009 lagi, ketika aku masih menuntut di Form5. Ketika itu, Aku di prep malam (student SBP) dan tidak dapat fokus untuk study kerana terlalu banyak konflik yang melanda diri; keputusan exam merosot, cikgu tak suka, ditinggalkan girlfriend (kidding, best friend) kawan-kawan bahan etc..
       Di tempat duduk sendiri, Aku, dengan hampir menitis air mata mengenangkan nasib ini mencapai sebatang pensel dan mula mencanangkan idea tentang situasi Aku ketika itu. Maka lahirlah karya ringkas yang macam cerpen pendek (dah pendek, pendek lagi, haha); ESA yang kini entah ke mana yang berkisar tentang kesedihan dan nasibku yang bagai jatuh ditimpa tangga ini. Aku luahkan segala-galanya di atas kertas itu, walaupun aku sendiri sedar yang ia tidak akan memperbaiki mutu penulisan aku jua.
       Itulah satu-satunya karangan pasal diri Aku. Kini, Aku telah tamat Form5 dan juga selesai program Diploma International Baccalaureate, IB. Namun, 2 tahun yang Aku hadapi bukanlah seperti fairy tail yang happy ending saja. Terlalu banyak duka, kepayahan, seksa dan pengorbanan yang telah aku lalui, tak lari seperti sekolah dahulu saja rasanya. Jadi,  kebetulan pula masa lapang ada melimpah-limpah, Aku bercadang untuk menyambung legacy ESA melalui blog pula.

FOKUS

     Jadi, di entri yang akan datang, inshaAllah, Aku akan berkongsi pendapat tentang beberapa isu yang menarik serta banyak lagi realiti manusia dan masyarakat yang aku rasakan menarik perhatian. Lagi satu, Aku amat menghargai sokongan. Jadi, Aku ingin berterima kasih kepada sesiapa saja yang telah menyokong Aku selama ini. Tanpa anda, Aku pasti sudah lebur dimamah kehidupan. 








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...