Monday 9 July 2012

Fairy Tail: Happy Ending Tidak Mustahil

    Kejanggalan Pada Drama

      Pertama sekali, Aku berpendapat realiti kehidupan yang intersect dengan unsur drama adalah karut dan absurd. Aku tidak percaya pada air mata drama kerana mereka tak ubah seperti terpaksa saja. Bukan sekadar air mata, Aku berasa agak janggal kalau asyik jumpa orang yang sama saja setiap kali lalu, walhal kalau drama, berpisah sekejap pun nak menangis dan berpeluk-peluk.
       Kalau diperhatikan pada drama, hampir semua jalan cerita ikut skrip fairy tail yang happy ending. Aku berpendapat ini adalah kontra terbesar dalam kehidupan ini kerana tidak semua insan berpeluang merasai detik gembira.

The Word of Wisdom

    Meskipun aku tidak berapa taksub dengan keindahan cerita fairy tail, namun ada beberapa peristiwa yang menyangkal pemikiran Aku. Well, aku dapat simpulkan ending kehidupan ini menerusi sebaris ayat; sedap kalau translate jadi English:

             ''Eventually, the thing that counts is the well ending, not the foul beginning''

     Ya! Bagi apa-apa pekerjaan sekalipun, janganlah dinilai dari permulaannya yang teruk, tapi dari hasilnya. Aku mempunyai beberapa pendapat untuk dikongsi bersama tentang quote ini. Mungkin ada yang dekat di hati anda atau macam pernah dengar, mana tahu?

     Beberapa Alkisah

     Aku dapati agak susah untuk memandu kereta walaupun kalau tengok orang lain, macam petik jari saja mereka lepas JPJ test. Pusingan pertama aku dalam lesson pemanduan yang pertama sudah jadi petunjuk awal yang aku akan gagal. Dengan enjin kereta yang mati dalam 5 kali dan 2 tiang terkorban semasa parking kereta, suasana ketika itu amat frustrating. Ianya terbukti; Aku gagal semasa ujian JPJ sebenar kerana berhenti terlalu lama di ujian 3 penjuru.

     Aku dihujani perasaan bersalah kerana terpaksa melaburkan extra RM untuk benda ini. Itu pun atas dorongan keluarga, kalau tidak, sudah lama aku biarkan terbengkalai saja. Well, akhirnya aku ketepikan perasaan risau akan gagal dan berjaya melakarkan huruf ''D'' di lesen memandu Aku. The well ending...

     Semasa menuntut dalam diploma IB, aku bagaikan terasing kerana pertama kali berjumpa dengan mastermind yang kencang dalam pelbagai bidang. Aku terkakai dalam subjek Theory of Knowledge beserta segala bagai ujian lisan yang seakan-akan tahu aku perlukan masa untuk fikir apa yang nak dikatakan; spontan memang nightmare.
        Tatkala Aku terlalu memikirkan diri sendiri, rupa-rupanya ramai lagi sahabat yang memerlukan bantuan.Ada yang mengeluh asyik dapat gred 5 (max gred 7) dalam exam math atau subjek lain. Amaran cikgu-cikgu akan exam sebenar kami sudah bagai bom jangka menanti detik 00.00 saja. Hanya doa, tawakal dan ilmu yang menemani kami sewaktu exam sebenar. Namun siapa tahu, rakan Aku yang tak pernah cecah score 40 (max 45) tiba-tiba score 40, malah ada yang lebih. Aku sendiri terkejut, namun  yang lepas biarlah ia berlalu. Peristiwa ini menguatkan lagi keyakinan aku pada quote ini. The well ending...
       
       Ultimately, sebagai seorang muslim kita perlu mempersiapkan diri kita untuk ke alam kematian. Aku tiada tauliah, malah ilmu pun dangkal celup lagi kalau nak tulis soal agama. Tapi kita perlu berwaspada, sedangkan tukang kasut yang seumur hidupnya jujur boleh masuk neraka, kerana sekali khianatnya pada pelanggan (beliau korek sedikit kayu di terompah untuk buat pencungkil gigi, tapi tak beritahu customer). Aku berpendapat, apa yang penting nanti ialah kita semua dapat menuju ke syurga Allah, the well ending- tak kiralah apa pun cabaran yang kita hadapi.

 Jadi, inilah satu-satunya part di mana Aku percaya akan happy ending dalam fairy tail...Jadi, kalau ada orang marah or kutuk anda sebab prestasi anda teruk, ingatlah quote ini dan anda mesti buktikan yang mereka salah!

Nantikan epilog  yang akan datang, InshaAllah, banyak lagi isu-isu yang akan dikupas melalui perspektif seorang Aku. Siapa Aku? Aku bukan siapa-siapa.Sekian.
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...